lelaki memasak

Assalamualaikum 

 Alhamdulilah dapat lagi kita hidup di muka bumi Allah yang sementara ini dan mari berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ini saje nak buat entri yang simple dan malas nak sentuh soal iklan 8 share.  Pernah lihat lelaki buat kerja rumah ? maksudnya basuh pinggan ? lipat kain ? kemas rumah ? memasak ? 

Mungkin ada tanggapan itu mengatakan "lelaki lembut'" ada jiwa wanita sahaja yang akan lakukan seperti itu. Tanggapan itu salah sama sekali salah kerana ramai lelaki di luar sana di didik untuk mengutamakan kebersihan lagi-lagi bila ada rumah sendiri nanti. 

Adakah salah dan melanggar fitrah lelaki untuk berbuat demikian ? Dan secara tak langsung mengambil kerja wanita ?

Sebenarnya tidak melanggar fitrah pun , pada dasarnya lelaki perlu juga buat kerja tersebut lagi-lagi ketika mereka bujang dan duduk d rumah sewa pekara yang di perkatakan perlu di lakukan. Apabila sudah berumahtangga serahkan pada isteri tapi kita mesti membantu bersama-sama. Memang kalau ikutkan segala kerja rumah tangga di uruskan oleh lelaki tapi hasil toleransi kerana perubahan zaman di tambah dengan dengan adat maka tugas itu di ambil oleh wanita dan di bantu lelaki

Secara jujurnya, di keluarga acik, anak lelaki di ajar sedemikian rupa, di suruh basuh kain, di suruh lipat kain, memasak mahupun kemas rumah. Kami di didik untuk lakukan kerja tersebut dari kecil lagi. Kami lakukan secara bergilir-gilir. Kalau abang basuh kain, acik memasak, adik basuh pinggan. Mak selalu pesan " kami di suruh buat kerja ini bukan untuk mendera tetapi nanti bila ada isteri nanti senang bantu mereka buat kerja rumah tangga. Sedangkan Rasullulah sendiri seorang yang ringan tulang membantu isteri walaupun baginda adalah pemimpin masyarat., kewibawaan seorang bapa dan suami tidak dapat di tandingi.

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari

Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.

Baginda sendiri sering membantu isterinya dalam urusan rumah tangga jadi tak timbul masalah besar. Tak hilang tak "macho" seorang lelaki buat kerja rumahtangga. 

Lelaki melakukan hal demikian dengan tujuan untuk membantu para wanita, tetapi jangan pula para wanita mengambil kesempatan dalam kesenangan , semua kerja laki yang buat dia jadi madam besar. Maka lebih elok kalau lakukan bersama-sama. Bukankah lebih indah ? 

Jadi kepada lelaki di luar sana, selagi ada masa ini bahagiakan orang yang selalu ada untuk kamu. Kalau masih bujang cubalah buat hati ibu gembira berbanding hati "gegirls" kamu. Dan bagi lelaki dah berumahtangga itu bantulah semampu yang boleh pastikan isteri akan rasa lebih di hargai.