Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersama-sama di ramadhan terakhir di bulan ramadhan ini. Nanti mesti kita rindu ramadhan nantikan. Kebetulan semalam mak acik cerita tentang kelebihan surah al mulk, mak kata surah ini dapat menyelamatkan kita dari di soal nanti di kubur. Jadi acik nak ceritakan juga kepada kamu semua wahai pembaca blog acik yang acik sayang.
Ada diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.Malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"
Seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.."
malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."
Lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran Mu.."
Maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."
Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..
Ini baru satu surah..kalau beramal byk surah?Allahurobbi.
28 ulasan:
terima kasih bro untuk perkongsian ni.. apa lagi sekarang ni sangat mudah untuk membaca al-quran. tak perlu lagi nak bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. pakai smartphone pun dah boleh baca Al-Quran :)
Perkongsian yg sangat bagus, Thanks for sharing.
terima kasih acik atas entry acik yang ini.. bersama-sama lah kita mengamalkannya..
nice sharing acik..salam jumaat
nice... amalkan baca sebelum tidur... :)
Nice one Acik. Thanks for sharing! ^^ salam Jumaat~
surah yang boleh kita amalkan dikala kesusahan......nice info..
Allahuarkbar..mudah2an dpt diamalkan...:)nice sharing bro..:D
nice sharing...boleh la amalkan..^^
surah ni pendek . klu dah biasa baca , jadi sekali lalu jer . tak sampai 30 minit . terpulanglah ... pilihan ditangan masing - masing ...
alhamdulillah akak membacanya walaupun tak kerap sebab surahnya pendek sahaja.. tapi akak tak pernah tahu mengenai kelebihannya.. terima kasih di atas perkongsian acik..
Sebaiknya dihafal.. boleh baca sebelum tido..
begitu sekali allah syg kat kita hingga beri peluang utk elak drp siksaan kubur ! bacalah ...
TERIMA KASIH BERKONGSI..... SGT MEMBANTU
sangat berguna...sedih pulak bila ramadhan semakin ke penghujungnya... :(
alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. moga moga sudah ni dapat sentiasa diamalkan. disebarkan ilmu yang baik inshaAllah dapat ganjaran yang baik, amin :)
Subhanallah.. terima kasih diatas perkongsian ini. Sungguh bnyk membantu. Semoga Allah memberkati Acik & membalas dgn sepenuh kebaikan.. amin.
Subhanaallah, besar anugerahnya. Moga kita berjaya merebutnya. Terima kasih perkongsian ini.
share yg bgus acik..ni baru tau
perkongsian yg bagus bro...semoga kita boleh amalkan...
alhamdulillah, sama2 kita manfaatkan bacaan surah2 al quran =)
Alhamdulillah.. Pelajar sekolah saya baca surah ni setiap malam selepas prep malam di surau sekolah..
satu perkongsian yg sangat bermanfaat.. terima kasih Acik
satu huruf pun dh berpahala apatah lagi satu surah kan,...
Nabi saw tidak akan tidur slgi x baca dua surah.. Al mulk n As-sajadah... (Y)
Alhamdulillah nice sharing Achik :) lbih baik hafal surah ni..mmg antara surah yg terbaik..
nice sharing..ilmu yang baru
nice sharing...besarnya fadhilat membaca surah ini...sama-samalh kita amalkan
Catat Ulasan