khasiat pucuk betik

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog ini, sebelum itu marilah kita berselawat ke atas nabi muhammad saw. Fuh hari ini sungguh penat dari pagi berkemas di rumah dan di belah petangnya acik masak. Ala masak yang 'simple' saje. Mak pulak teringat acik masak sambal sardin dan pucuk ibu serta pucuk betik. Alhamdulilah dah siap masak dan berpuas hati apabila adik acik makan apa yang acik masak.  

Ahh hari ini acik nak kongsikan tentang kelebihan pucuk ubi kayu dan pucuk betik. 

Pucuk ubi kayu 

Acik sangat suka pucuk ubi ini terutama kalau buat pecal mahup0on di cecah dengan sambal. Ahh khasiat daun ubi yang dimakan banyak berkait dengan kesihatan manusia. Pertama sekali ialah daun ubi pastinya mengenyangkan kita setelah makan dengan nasi atau makan pecel. Orang dulu percaya makan daun ubi dapat hilangkan pening atau sakit kepala selain daripada menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Daun ubi banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C serta bahan mineral seperti Kalsium, Posforan, Zat Besi dan serat. Protin dan Karbohiderat serta tenaga yang ujud dalam daun ubi akan menyihatkan kita. Penyakit cirit birit juga boleh disembuhkan dengan minum air rebusan daun ubi dengan masukan 900 cc air dan daun ubi sehingga tinggal 450 cc air sahaja untuk diminum.  Makanlah daun ubi kayu untuk menyihatkan tubuh badan dan kurangkan risiko penyakit.

Pucuk betik 

Kalau pucuk betik pula adalah favorite mak acik , rasanya agak pahit-pahit tapi sedap. Mak kata pucuk betik ini dapat menghaluskan atau melicinkan kulit. Selain itu, makan pucuk betik ini boleh mengatasi sakti migrain, dapat menrendahkan tahap kolestrol dalam darah. Selain dapat menurunkan tekanan darah tinggi.  Pastinya dapat melansingkan badan. Bagi ibu mengandung ini dapat membantu membanyakkan susu ibu.

Ini je yang acik dapatkan kongsikan. Ahh mak dah nak balik kerja ,nak hidangkan untuk mak makan pula. Lain kali kita share cerita lagi.