Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Orang Luar Negara Lebih Menghargai Bahasa Melayu



Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih bernafas di bumi pinjaman Allah ini syukur ya Allah, sebelum itu jom berselawat ke atas Nabi Muhammad Saw. Memang memenatkan bila ada program sana sini dan dengan kelas yang padat setiap hari. Tetapi itu tidak mampu melenyapkan ingatanku kepada blog yang sangat acik sayangi ini. Sebenarnya lepas kelas tadi acik terus pergi untuk program "new media" atau media baru.

Program ini untuk memperbahaskan lebih lanjut tentang media sosial atau laman sosial yang menjadi "pop culture" pada masa kini. Yelah Malaysia adalah salah satu negara yang rakyatnya penguna tegar laman sosial .Pantang dengar ada yang baru tentang laman sosial pastikan akan daftar dan memperkenalkan pada kawan-kawan. Tak salah tapi berpada-padalah. Kebanyakan yang menghadirkan diri dalam program ini adalah orang melayu dan ada beberapa jemputan dari luar negara. 

Kebanyakan perbincangan yang di lakukan itu adalah dalam bahasa inggeris dan tiba giliran salah seorang panel berasal dari Australia . Namanya acik lupa apa tapi yang paling mengagumkan dia fasih bercakap bahasa melayu dan menyampaikan hujah dalam bahasa melayu dengan baik sekali. Siap di tanya lagi siapa di sini orang melayu ? dan ramai yang angkat tangan, dan dia tanya kenapa tak gunakan bahasa melayu ? bukankah bahasa melayu itu indah dengan ayat-ayat puitisnya ? satu dewan terdiam. 

Acik tegelak sendiri, orang kita lebih agungkan bahasa luar dari bahasa ibunda kita sendiri. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang paling mudah untuk di pelajari. Kita bila berjumpa asyik nak "speaking London" sahaja tak mahu kalah dan siap pemakaian dan cara hidup di adaptasikan berdasarkan cara hidup "Hollywood". Sedangkan rakyat malaysia sendiri tak tahu hargai bahasa sendiri bagaimana orang lain mahu hargainya ?

Tak salah kalau nak gunakan bahasa penghantar selain dari bahasa malaysia seperti bahasa inggeris, mandarin mahupun Tamil . Tapi memperkasakanlah bahasa melayu yang semakin pudar kerana arus pembangunan teknologi. Acik pernah pergi ke indonesia dan dari pemerhatian acik kebanyakkan rakyat cina di sana bertutur dalam bahasa indonesia dan fasih tetapi bahasa ibundanya tidak di pinggirkan. Kalau pergi ke jepun, korea, china, france , itali dan beberapa negara lain mereka sangat bangga dengan bahasa mereka. Bila orang luar nak berurusan mahupun berkomunikasi dengan mereka, pastinya mereka perlu kuasai bahasa dan cara hidup mereka. Mereka bangga dengan baju tradisi mereka, tetapi bagaimana rakyat malaysia ?

Pakai baju melayu ,baju kurung, baju tradisi  yang lain di anggap pakaian yang kuno dan tidak mengikut peredaran zaman. Tapi pada acik cantik sahaja kalau di pakai. Orang kita mudah sangat ambil budaya luar dan di aplikasi dalam kehidupan seharian kita. Janggan sampai tahap nanti anak cucu kita tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa melayu.Dan jika ingin tahu perlu pergi ke Muzium mahupun pusat tuisyen . Adakah itu yang kamu mahukan ?

Fikir-fikirlah , kita memang boleh belajar apa yang kita suka untuk keperluan diri kita ,tapi jangan sampai kita lupa pasal asal usul kita. Itu belum lagi di perbincangkan tentang bahasa al quran dan bacaan lagi. Belum sentuh soal agama lagi, acik ini hanya menaip dasarnya sahaja.Biar kamu semua fikirkankan sendiri jika kamu tak dapat pertahankan bahasa kamu sendiri bagaimana untuk kamu mempertahankan agama kamu ? 


Catat Ulasan

41 Ulasan

Unknown berkata…
orang kita suka mencuba perkara yang baru dan lain dari yang lain..up to date la kata kan..tapi berpadalah dengan condition kita sebagai orang melayu..:) nice sharing bro..rasanya pernah baca pasal penceramah dari luar yang fasih berbahasa melayu..tapi dh lupa bila, dimana dan siapa..hehe
Addasyuhadadisini berkata…
bahasa luar mmg penting tapi lgi penting bahasa kebangsaan kita..tak perlu nak tiru org lain..jgn lupa jati diri sendiri :))
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Penuh bererti entry acik nih...memang terdiam dibuatnya bila org luar tanya kenapa tk guna bahasa melayu...tebal muka tau acik...kat tmpt akak ni,kaum india n cina pun berbaju kurung n kebaya..comel sgt akak tgk sedangkan kita org melayu,pergi ke majlis kawinpun pakai blous dan jeans...memang pelik....

P/s akak bangga berbaju kurung setiap hari...ala ala wanita melayu terakhir je akak rasa..ehehehehe....
Tanpa Nama berkata…
betul acik..orang luar lebih menghargai bahasa melayu kita, sedangkan orang melayu, sangat riak dengan bahasa asing. tak salah kalau belajar dan tambahkan pengetahuan tapi janganlah lupakan bahasa ibunda.
budakbandunglaici berkata…
betul tu. kadang2 malu tengok mat salleh ayu je pakai baju kurung pergi jalan2 kat muzium. orang kita, tak nak pakai baju kurung

Entri Terbaru : Putihnya Cafe Sukan Cakna
Mizz Aiza berkata…
akak sangat bersetuju dengan entri acik.. akak pernah berjumpa dengan orang melayu yang malu untuk bertutur di dalam bahasa melayu.. sangat menyedihkan.. mahukah kita tengok bahasa melayu hanya tinggal sejarah?
JunAina berkata…
Kat pejabat akak ada seorang India yg mai dari India nun 1-2 tahun kat sini dia dah boleh cakap Malayu.
Tanpa Nama berkata…
itu kathy sokong..kathy sendiri kalau boleh cuba nak gunakan bahasa melayu sekerap mungkin berbanding BI walaupun subjek feveret kathy di sekolah dulu BI..
krole berkata…
tngok...orang luar boleh hargai bahasa kebangsaan kita...tp orang kita lebih agungkan bahasa luar khususnya inggeris...cool katanya...hm...bagus juga acik buat entri ni...moga boleh menyedarkan kepada rakyat kita yang bersikap begitu...ohya tulisan jawi juga jangan lupakan...sekarangni...remaja bangga dapat menulis dan berbahasa korea...tp bila ditanya pasal jawi..ala tak penting pun katanya, Ya Allah...moga terbuka pintu hati si adik yang berkata begitu kat krole haritu~
Unknown berkata…
biasalah dik...melayu mudah lupa :)
norhasnizakhalid berkata…
setuju dengan pandangan acik. siapa lagi nak martabatkan bahasa kita sendiri kalau bukan kita orang Melayu..
Unknown berkata…
Siap campur aduk lagi melayu english..baik org Jepun..xkisah pn bahasa lain..tp mereka maju ke depan..
Cik Itah berkata…
so true...sy tak lupa asal usul sy :)
BinMuhammad berkata…
Bahasa melayu...itulah bahasa yang saya fasih pun, bahasa inggeris...tunggang terbalik.
Yang penting kita faham dan orang lain faham.
Bahasa menunjukkan bangsa...kalau bukan bangsa melayu siapa lagi nak menunjukkan bahasa melayu...
Zaza Iman berkata…
kadang2 betul juga org luar lebih menghargai BM.. ;)
PCL berkata…
ye lah kan ramai yg terikut ke mat salehan tu dari jadi manusia solehin/solehah ..macam dulu pernah hangat diperkatakan bila ada artis berkata dia seolah kedengaran bodoh bila bertutur dalam bahasa melayunya...ramai yg marahkan dia. kita ambil iktibar dari itu, tp sekarang nampaknya dah tak kisah dah pon..
Dkna Abza berkata…
Tapi paling sedih bila bahasa melayu yang dibahasa dirosakkan .. kitew..lewtur..banyak lagi laa..shayam...cayam..shomel..eh pelik2 bahasa dorang.
shazillahsani.com berkata…
memang betul..kdg2 org luar bersemangat belajar bahasa kita..^^
Unknown berkata…
Sedih sangat bila bahasa melayu dianaktirikan di negara sendiri.....Nak interview bahasa inggeris..alih-alih, bila kerja..guna bahasa melayu juga..mcm hampess jer...

Dan yess..kawan dari luar suka jer nak belajar bahasa melayu...apa boleh buat...
semua ni terletak pada diri kita sendiri bagaimana kita nak memperkasakan bahasa Melayu Sebab kat Malaysia ni ramai orang Melayu...kan...


x0x0 ^_^
Unknown berkata…
sokong acik
perkongsian entry yg menarik
mudah mudahan jadi peringatan di generasi ini
bahasa melayu semakin kurang dituturkan
lebih ke bi
Fais-SKA berkata…
setuju 2 acik..nmpak sgt negara kita ni terikut2..nk2 ank muda..smpaikn pergai pn ikot org lua..hrap xhilang la melayu dan adat melayu ni di dunia..nk2 di bumi Malaysia..
Tetamu Istimewa berkata…
Penyakit yang sukar diubati sebenarnya. Apabila kita tiada keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Melayu pastilah perkara ini amat membimbangkan.

Unknown berkata…
Wow entry yg sgt baik. Thumbs up. Tp bhsa rojak n org mlayu mmg susah dipisahkan..termasuk sy sndiri
Unknown berkata…
kalau nak komen bab bahasa melayu ni bro, tak cukup 1 page rasanya...hmmm...entahlah kadang2 aku rasa kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi kat negara kita ni, hanya nak ambil hati org melayu je....hakikatnya bahasa melayu dipinggirkan...dan tidak dimartabatkan...mereka yg bertugas di dewan bahasa pulak pemikiran diorg kalau martabat tu kena buat byk bahan sastera...kena hasilkan banyak sajak2....bukan nak rendahkan usaha diorg....tapi ada "Perkara Besar" yg lebih penting dalam bab bahasa melayu ni...dari sudut org melayu itu sendiri dan jugak persepsi kaum2 bukan melayu secara amnya....

sedih apabila ada yg mengejek org yang tak pandai berbahasa inggeris, tapi tak dgn bahasa melayu....
Mawardi yunus berkata…
nak wat camne kan. Melayu. huhu
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. Org melayu ni kebanyakannya dlm dilema antara bahasa yg betul, pasar dan rojak.. tambahan sekarang ada bahasa2 sms, wassap dll.
Inisiatif dari pihak tertentu amat perlu utk memperkemaskan permasalahan ini. Sungguh pun begitu, penguasaan bahasa2 lain juga dilihat kini spt mandarin, inggeris, arab dll amat perlu demi memastikan bangsa kita bukan bangsa yg ketinggalan walau pun dari segi pegangan ekonominya agak ketinggalan.. tetapi tidak ilmu.
In shaa Allah, lagi ramai yg akan terpengaruh utk mempelajari bahasa kita. :)
Tanpa Nama berkata…
negara maju seperti jepun korea dan jerman , berjaya hanya dgn menggunakan bahsa mrk sendiri dan sgt bangga dgnnya ...
nOe suhaimi berkata…
sape lg yg nak guna bahasa melayu selain dari bangsa melayu tu sendiri...
||aLeaSaRa|| berkata…
salam Jumaat acik :)

kak lea masa di hong kong tahun 1996,sesat cari post office.dah macam itik dengan ayam,sorang pun tak reti BI.pelik betul sebab kaum cina kat malaysia terer BI.satu kerja terpaksa belek2 peta masa tu,dah diorang tak reti BI cehhhh....

adik lelaki kak lea pulak study medic kat moscow.nak tak nak kenalah jugak belajar dan bercakap bahasa rusia,tu.kalau tak terer bahasa sana,student n lecturer sana bo layan :(

area kak lea ni ramai student cina indonesia yang study kat nilai/inti college.terpegun dengar diorang borak bahasa melayu indonesia,acik!kaum cina di malaysia,dah lama duduk pun tak fasih2 lagi BM huhu...tak semualah.ada jugak yang fasih :)
Maria Firdz berkata…
paling tak suka org rojakkn bhasa.. ee... sakit kpala baca..
dina berkata…
Saya pun kekadang pelik je tengok orang Melayu sekarang ni. Dah ade bahasa sendiri kenape tak cakap je? Yang paling pelik, cakap sesama orang Melayu tapi cakap bahasa Inggeris. Ni la kesan jajahan orang Inggeris yang tak pernah hilang kat Malaysia :/
Shahrul Yusof berkata…
Tentang pakaian tradisi ni, rasanya dah tak ramai orang yang anggap baju kurung ni kuno. Baju kebaya lagi best, nampak lagi seksi dowhh. Hahaha.

Cuma tang bahasa tu, ikut kelas masyarakat jugak. Untuk kelas pekerja, bahasa Melayu ni memang bahasa rasmi. Untuk masyarakat kelas menengah dan atas, bahasa ibunda mereka adalah bahasa Inggeris, hatta di rumah sekalipun. Bahasa Melayu ni pakai time pegi kenduri kahwin atau pasar malam aje lah.

Mempopularkan Bahasa Melayu ni, aku rasa macam bloggers guna BM pulak lagi banyak mainkan peranan berbanding DBP sendiri.
Bunda_nora berkata…
bahasa menunjukkan bangsa... sama2 kita martabatkan bahasa melayu kita..
Tengkubutang berkata…
yg berbahasa enggeris tu saja nak tunjuk konon reti speaking london.. walhal mkn belacan gak.. opsssss

respect pkcik australia yg berbahasa melayu tu..
lynmunir berkata…
Sebenarnya apa yang Acik tuliskan disini memang betul, cuma kadang-kadang terlajak memasukkan perkataan bahasa ingggeris dalam penulisan.
Unknown berkata…
bm sng nak belajar....depa kata sng sgt aihhh tp tade yg senang bila kita erusaha kan :)
nurains berkata…
BM bahasa paling sng. Tapi sekrang ni, BI dah jd bahasa global kan. Kalau ada meeting antara perdana menteri di seluruh dunia, mereka akan guna juga bahasa inggeris
Syamimi Saad berkata…
waaa..terkagum jap.. apa2 pun gunakanlah bahasa melayu dengan sebaiknya.. :)