Assalamualikum

Tentang entri semalam ramai yang mempertikaikan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap  diri ini, biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya cuba acik sampaikan.

Setiap hari aku cuba menjadi pemerhati dan pendengar yang baik baik untuk orang yang berada di sekelilingku. Pastinyanya akan muncul wajah-wajah yang gembira dan menyerokkan yang  di sajikan kepada setiap mata yang memandang.

Dalam sepanjang perjalanan yang aku lalui, aku melihat manusia takutkan tentang sesuatu pekara ini. Ianya adalah kehilangan.Kehilangan satu perkataan yang mudah tapi sukar untuk di terima.Kehilangan itu mampu memusnah pelbagai  impian yang telah di bina, kehilangan itu membuatkan si jenaka menjadi penduka. Kehilangan itu membuatkan air mata mengalir tanpa di duga, tangisan ,teriakan mahupun tidak dapat terima kenyataan.

Bagaimana Jika hilang baju kesayangan ?Hilang kasut ? hilang duit ? hilang kawan ? 

Pastinya setiap manusia yang pernah merasainya mampu menjawab soalan ini. Dan bagaimana pula untuk kita kehilangan orang yang kita sayang ?

Itu adalah saat yang paling menyedihkan dalam hidup kita, dialah insan yang sangat kita sayang. Acik sendiri tak dapat bayangkan kalau bagaimana jika acik kehilangan ibu bapa acik, kehilangan adik beradik acik. 

Tapi mak selalu pesan bahwa hidup ini kita perlu bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang, nanti di kubur kita akan keseorangan dan kita akan hilang nikmat dunia yang sementara ini. Belajarlah terima kehilangan dalam hidup kita. redha dan bersanka baik dengan setiap ujian di berikan.Setiap benda dalam dunia ini mempunyai tuannya, begitu juga kita yang akan kembali kepada tuan kita iaitu Allah.

Hilangan itu mungkin pada kita membawa kesakitan dalam hidup kita tetapi kadang kala kehilangan itu juga berikan sinar yang baru.

Bersediakah diri kita untuk menerima kehilangan yang seterusnya ?