Assalamualaikum
 
Hari ini sangat seronok sekali kerana hajat tercapai untuk melihat cerita Thor: The Dark World dan sambut hari lahir sahabat baik iaitu faiesal khalid. Selamat hari lahir faiesal semoga panjang umur dan murah rezeki. Berbalik kepada kisah Thor tersebut di sini acik siapkan sedikit jalan cerita untuk kamu yang belum tengok itu biar teruja untuk menontonnya.

Kisahnya sendiri mengambil sedikit kesinambungan dari The Avengers, perbukaan cerita dengan prolog menarik yang di kisahkan oleh Odin (Anthony Hopkins) mengisahkan cerita kuno tentang musuh lama bangsa Asgard,  Dark Elves penghuni dunia gelab, Svartalfheim yang dipimpin Malekith (Christopher Eccleston) dengan kekuatan dahsyat Ather-nya. Tentara dark elves berhasil dikalahkan oleh prajurit Asgardian yang pada waktu itu dirajai oleh ayah Odin; Bor. Ather pun berhasil direbut dan disembunyikan dan di tempatkan tempat yang tidak di ketahu, tetapi Malekith beserta beberapa pengikut setianya berhasil larikan diri dan bersumpah akan kembali lagi mencari Ather dan menghancurkan Asgard. Ahh, ketika Jane Foster (Natalie Portman) yang sedang sangat rindu dengan Thor (Chris Hemsworth) berada di London kemudian tanpa sengaja menemukan Ather, maka cerita The Dark World pun di mulai.

Kali ini cerita thor mempunyai jalan cerita yang sangat baik dan mengagumkan. Kesinambungan dari satu plot ke satu plot yang di tonjolkan sangat kemas sekali .Tentu sekali cerita ini hanya berputar-putar pada pencarian sumber kekuatan besar seperti Tesseract dalam Thor, The Avengers dan Captain America: The Fisrt Avengers, dalam kisah ini ada pada benda  tak berbentuk bernama Ather yang muncul ketika 9 realms berada dalam posisi sejajar. Lalu juga ada beberapa "side story" menarik dengan segala konflik dan kadar komedi  untuk mendampingi plot utamanya yang serius, dengan kelanjutan dinamik kisah romantik  antara Thor dan Jane Foster yang sangat membahagiakan dimana menunjukkan Thor sangat sayang pada Jane, lalu ada cerita lain yang datangnya dari penjara Asgard dan serta kisah di dalam penjara yang telah di ceroboh.

Kali ini penampilan sangat istimewa dengan adegan kelakar yang di lakonkan oleh Darcy ,Iaan mahupun Dr Eric. Dan bahagian yang paling sedih apabila Pemaisuri Asgard ( Frigga)( Ibu kepada Thor dan Loki ) mati di bunuh oleh Dark Elves.  Lakonan Thor (Chris Hemsworth) sangat mengagumkan dan dia membawa watak dengan sangat sempurna, dengan watak yang serius, watak romantik , mahupun watak yang tegas dan turut di selitkan dengan unsur komedi.Turut perlu di beri pujian lakonan Loki juga pada acik terkesan dan sangat terbaik sekali terutama semasa di dunia kegelapan dan berkerjasama bersama Thor untuk menghampuskan Ather dan sangkaan awal ingatkan berjaya ,rupanya Ather tersebut boleh bercamtum kembali. Tentu sekali hasil garapan kesan  CGI sangat menarik dan hampir sempurna.

Dan ada satu babak di mana Loki mati , percaya tak ?

 Dan akhir cerita ini yang buat acik geram sangat , memang pandai lakonan Loki. sangat geram padanya. Haha ini acik cerita sekadarnya sahaja, untuk maklumat lebih lanjut silalah menonton di panggung wayang berhampiran dengan kamu , jujur katakan kamu tak akan kecewa dengan cerita thor ini.

Cerita ini acik beri 5/5 Star , memang terbaik !!