mr arrogant

Assalamualikum


Ya Allah hari demi hari semakin sibuk kerana tinggal 4 minggu lagi untuk sesi pembelajaran dan akan peperiksaan akhir sem. Dan terlalu banyak pekara yang perlu di uruskan ,esok akan "cover stroy" untuk program-program yang akan berlangsung dan dengan kerja yang melambak.

Semalam acik di hantar email oleh beberapa yang menyatakan kekecewaannya terhadap acik , dan acik di katakan sombong ? 

Adakah acik salah baca ataupun kamu yang tak kenal acik lagi ? 

Ye acik memang kurang pendedahan tentang diri, acik tidak di kenali ramai tapi itu bukan alasan untuk acik menjadi seorang yang sombong. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau kamu berjumpa dengan acik jangan terkejut kerana tentu sekali perwatakan acik berbeza sama sekali. Tanyalah kepada mereka yang pernah kenal dengan acik.

Acik minta maaf sangat kerana beberapa minggu ini acik sangat sibuk, dan tak dapat berkunjung ke semua blog, mana yang termampu sahaja. 

Dan terdapat beberapa pertanyaan yang katakan kenapa blogger senior ataupun blogger popular begitu sombong ?

Tak baik bersangka begitu, kita husnozon ( bersangka baik) boleh jadi mereka terlalu sibuk dan hanya ada masa tentu untuk kemaskini entri sahaja. Yelah kebanyakkan blogger ini bukanlah blogger sepenuh masa tetapi rasa kerjaya lain di luar sana.

Kedua, boleh jadi ketika kamu komen atau tinggalkan jejak masa itu dia "offline" dan tak sedar dan komen-komen lain banyak pula masuk.

Ketiga ,  mungkin ketika itu dia dalam keadaan tak sehat , ada tugasan, ada kerja perlu di buat sehinggakan tak sempat untuk di baca.

Keempat, Kalau nak balas satu persatu komen memang jenuh perlukan masa berjam-jam di hadapan komputer. 

Jadi jangan cepat melulu dan melatah, kita bersangka baik ,jika kita sentiasa bersangka baik dan positif insyaAllah Allah akan hantarkan pekara-pekara yang positif juga untuk kita. Ahhh mana satu hari nanti blogger terkenal seperti Ben ashaari, Fatin liyana, Yuyu zalika, abang ensem dan blogger terkenal lain berkunjung ke blog kamu pula. 

Sebagai blogger baru kamu kena faham satu istilah iaitu "consideration" dan hak seseorang blogger itu untuk berkunjungan kembali atau tidak. Kita tidak ada hak untuk memaksa, kamu mahu mereka datang sekali atau berkali-kali ? Jadi fikirkanlah ye. Wasalam.