di bayar cahs di dunia

Assalamualikum

Hari ini acik tak mahu cerita panjangan biar kamu yang berfikir sendiri.. Faham tidak cerita di atas ini ? 

Jika faham alhamdulilah, jika tidak faham sila lihat dan fikirkan sejenak. Kebanyakan lelaki banyak menyalah si isteri sebab asyik selekeh di rumah, tak berbedak, tak wangi-wangi seperti mahu keluar. Tengok isteri sendiri selekeh sedangkan perempuan yang di luar itu jauh lebih cantik dari isterinya.

Kadang-kadang kesian juga dekat isteri kamu dia perlu siapkan banyak pekara dari kerja rumah , kerjanya di pejabat (bagi isteri yang berkerja) dan sepulang di rumah .

Isteri tidak terurus kerana menguruskan rumahtangga. Jika si isteri diberikan ruang dan peluang untuk diri sendiri pastinya mereka jauh lebih cantik dari wanita-wanita di luar sana. Oleh itu, para suami please take note, jangan hanya letakkan beban menguruskan rumahtangga kepada isteri anda sahaja. Berikanlah mereka sedikit masa untuk mereka merehatkan dan mencantikkan diri.

Tapi pada pendapat aciklah, para isteri dan wanita di luar sana perlu sentiasa kemas dan bergaya seadanya walaupun di rumah ,bukan untuk orang lain tapi untuk orang kamu sayang jugakan. Takkan berbedak pun tak boleh, wangi-wangi sikit ,pakai baju kemas-kemas untuk sambut orang tersayang pulang.

Gambar ini adalah contoh apa yang berlaku pada masa kini.Tanggungjawab lelaki besar sebenarnya,seorang suami harus sedar bahawa mereka merupakan pemimpin dalam rumah tangga. Allah SWT dalam hal ini berfirman :

"Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerna Allah telah melebihkan sebagian dari mereka atas sebagian yang lainnya dan karena mereka telah membelanjakan sebagian harta mereka..."(Q.S. An-Nisa [4]:34)