Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertahun-Tahun Dendam Kerana Dia Pernah Mempermainkan Hati Kita ?




Assalamualaikum 

Selamat hujung minggu, hari ahad selamat bercuti kepada kamu semua , luangkan masa bersama keluarga tercinta. Ya Allah rindunya mak di kampung dah lama tak pulang, bulan 1 nanti baru dapat balik ke sana. Tak apalah itulah orang yang berada di perantauan. Bila baca balik entri lama-lama jadi ketawa sorang-sorang. Jatuh cinta ? bercinta ? putus cinta seumpama menjadi kebiasaan kepada kita .

Selalu boleh di katakan ,orang kalau sayang sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa buat dirinya terseksa. Tetapi bila dah tak suka dan sayang pelbagai alasan yang di berikan . Tak ada gunanya terus bertahan pada perasaan yang telah pergi. Jika saat ini dia telah menjadi milik orang lain maka lepaskanlah.

Jangan habiskan waktumu menunggu seseorang yang bahkan tak mahu peduli tentang apa yang kamu rasakan.

Mungkin kita akan rasa sakit dan kecewa, sehinggakan bertahun-tahun kita tak dapat memaafkan apa yang dia buat pada kita. Dendam terukir di hati yang paling dalam khas untuknya. Walaupun kadang kita telah temui orang yang baru tetapi untuk memaafkan dia tidak semudah yang di sangka. 
Dia pernah mainkan perasaan aku, sampai mati pun aku tak akan maafkan dia
 Ayat ini selalu di pertuturkan , begitu sukarnya memaafkan orang lain walaupun orang yang kita dendam itu orang yang pernah buat kita bahagia. 

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, sebagai imbalannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadang, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan dapat benar-benar bahagia sebelum mahu memberi maaf.

Orang yang mempesona adalah mereka yang selalu baik pada orang lain.Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain,bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita.
Pepatah arab pernah mengatakan " Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu."
Maka ikhlaskan apa yang berlaku, segalanya perancangan Allah yang telah di susun rapi. Mungkin derita yang kita rasa itu hanya di permulaan, di akhirnya ? in sha Allah bahagia menyapa. Janji Allah itu pasti, seseorang yang selayaknya untuk kita.

Oleh itu janganlah kita menyimpan dan membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menyakiti kita, sama ada secara fizikal atau perasaan. Maafkanlah mereka seperti yang Allah SWT berfirman dalam ayat 133-134, Surah Ali Imraan yang berikutnya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Catat Ulasan

41 Ulasan

Fatin Wawa berkata…
sangat setuju.. jika kita menyimpan dan sakit hati sebenarnya kita lebih menyakiti diri sendiri. Jika kita memaafkan hati akan lebih tenang.. semuanya memang megambil masa, tapi cubalah utk memberi kemaafkan. InsyaAllah, kita pasti akan lebih tenang dan diredhaiNya. Selamat berhujung minggu Acik.. :)
Dzureen Darwis berkata…
Nice sharing :) Thank you so much
paridah berkata…
maafkanlah...bukankah dgn memaafkan itu hati akan jadi tenang n ganjarann pahalanya adalah istana indah di syurga...in sya Allah.
penaberkala berkata…
nak ucap maaf itu mudah, tapi memaafkan itu sedikit susah
apapun, sentiasa pohon maaf klu dah buat silap dengan hati yg iklas
Liniey Nor berkata…
yup betul!susah nak memaafkan apalagi melupakan ..
LadyBird berkata…
Cinta itu mendamaikan.. tp bl ia tidak dihargai, ia sesuatu yg sgt mengecewakan..
Cik Tieka berkata…
secara realitinya, mmg susah nak maafkan org yg myakiti kta apalagi org tu prnah jd or yg paling kta sayang..hewhew :P , tapi benda tu boleh kta ubati sbnarnya ..cuma ambil masa jer..
Scripters berkata…
Seseorang yang keras hatinya lebih menjurus kepada seorang yang pendendam tetapi berdendam bukanlah jalan penyelesaian.
Unknown berkata…
memaafkan lah mereka...hati pun jadi tenang sebab x perlu nk berdendam dgn sapa2..
BinMuhammad berkata…
Kemaafan adalah dendam terindah... Sukar tapi bila berjaya pasti akan terasa nikmatnya.
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Sifat dendam itu sbenarnya merosak diri dn hati sendiri...setiap org perlu belajar utk memaafi......
tarmizi berkata…
Acik kalau kita cintakan dia tapi dia dah ada org lain. Patut ke kita lepaskan dia.
Azwar Syuhada berkata…
Memaafkan orang memang mudah, cuma nak meletakkan kepercayaan semula tu yang payah..hahaha.. Apa-apapun nice sharing!! Realitinya sekarang ramai yang suka menyimpan demdam...h
nae nematoda berkata…
bercinta atau buat sesuatu kena mahu ikhlas...jangan harapkan balasan
baru hati tenang, terlepas dari dendam
Khir Khalid berkata…
Memaafkan sesaorang itu adalah satu perkara yg amat mulia.. apabila kemaafan terjalin, segala dendam terhapus, in shaa Allah.. t kasih diatas perkongsian yg baik Acik..
Unknown berkata…
maaf lebih mulia dan menenangkan jiwa
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah kita memang tak suka simpan dalam hati..lebih tenang rasanya..kalau kita tak suka atau marahkan somebody jiwa kita selalunya tak tenang acik..
Tanpa Nama berkata…
akak dah melaluinya . masa patah hati tu , segala jenis aura marah keluar . bila masa berlalu , tak de apa pun . ia sekadar ujian drp Allah dalam sebuah perjalanan yang kita perlu lalui dan tempuhi .
Farhana berkata…
maaf di mulut tak sama dgn maaf di hati. muhasabah diri
sobri yaacob berkata…
it true acik..kemaafan adalah yg terbaik..insaalllah akan hilang sgala duka..dan kpahtan yg dirasai,,
tapi maaf di mlut adakah trut terlintas di hati..? tpuk dad tnya selera...
Unknown berkata…
salam acik....betul tu,memaafkan orang lain dalah satu sifat yang mulia....kina nak Allah s.w.t ampunkan dosa kita...kenapa kita xboleh nak ampunkan dosa orang lain?
Unknown berkata…
tak tahu nk kata apa.. speechless.. senyum je lah :)
Jejari Menaip berkata…
drama kehidupan hari ini..kunci yg pling pnting ialah kemaafan.."DD
Shahrul Yusof berkata…
Ada orang, dia boleh memaafkan, tapi sukar untuk melupakannya. Apa pun, elakkan perasaan dendam kerana ia bakal menjerumuskan kita ke arah kezaliman.
MalizaMah berkata…
apa2pun tak baik berdendam ....
MalizaMah berkata…
susah tak nk tukar ke template ni? ajar leeza
Maria Firdz berkata…
redha dan memaafkan penenang hati... dendam buatkan hati makin sakit dan jiwa makin parah...
Cik Itah berkata…
sy da maafkan :) kita merancang, Allah pun merancang dan sebaik baik Perancang adalah Dia..btw sy amat tertarik dengan ayat acik yang ni "Tak ada gunanya terus bertahan pada perasaan yang telah pergi"..suka entry acik ni..thanks share cikk..

p/s isi tabung inti :)
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..memaafkan dan melupakan perkara yang sangat pedih dan pahit..namun andai kita mampu melakukan..ianya akan menjadi perkara yang paling manis..didiklah hati kita agar sentiasa redha kerana kemaafan dan melupakan itu bermula dari rasa redha dalam jiwa..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

pasal memaafkan nie memang senang untuk diperkatakan tapi payah untuk dilaksanakan. Kekadang memang sakit hati... " kepala terhantuk nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu". Dendam mmg tidak digalakkan dalam islam tapi kita adalah manusia biasa yg mempunyai kelemahan dalam memaafkan orang lain.
Insaallah memaafkan .. "luka berdarah sudah sembuh tapi parutnya tak hilangkan"

mselim3

pls: ada pengalaman... tapi jadikan semua itu pengalaman utk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan yang mencabar. Tak faham apa maksud 'kemaafan adalah dendam indah" siapa tahu terangkan...
TelingaBulat berkata…
nice sharing acik.dulu tbpernah ckp mcm tuh jugak..dendam toksah cakap laa..mmg tahap dendam sesangat rasa mcm nk tikam2 tp nasib masih ada pegangan agama yg ckup dlm diri ni.memaafkan jugak membuat hati kita lebih tenang.alhamdulillah sekarang
Unknown berkata…
sakit hati dan dendam mcm simpan ikan..makin lama makin busuk
Tetamu Istimewa berkata…
Dendam tidak pernah melangsaikan segala-galanya. Jadi, kita perlulah jadi pemaaf dan penyabar.
terima kasih..
sedangkan nabi pun memaafkan umatnya
apatah lagi kita sebagai manusia
bykkan bersabar dan pemaaf adalah amalan yg terbaik
Tanpa Nama berkata…
buka pintu kemaafan seluasnya..tiada beza kita dengan dia jika aras dendam di pupuk dalam diri..
Affy Afiqah berkata…
ika pernah terluka...dan ika juga pernah melukakan...melukakan dengan niat untuk menguji...para sahabat pernah berkata, kalau kita nak tahu orang tu setia atau sahabat sejati atau tidak, uji laa dia...dan orang tu menganggap ika menipu dia...mungkin juga dia berdendam sehingga kini, wallahualam...tapi apa yang pasti dia juga pernah melukakan hati ika dengan sangat2 teruk :)

itu semua kisah silam...ika dah maafkan...lama dah...cuma untuk contact2 balik ke...ika tak selesa....
kehidupan harus diteruskan, dan akan lebih tenang jika kita memaafkan walaupun sukar....
Mizz Aiza berkata…
akak pernah menyimpan dendam.. hanya kerana si dia telah memungkiri janji dan mengahwini wanita lain.. yang menyakitkan apabila dia tidak pernah minta maaf pada akak masa dia tinggalkan akak dulu.. lama-kelamaan akak merasakan betapa bodohnya kerana terus menyimpan dendam terhadap dirinya sedangkan dia dah bahagia dengan isterinya.. maafkan dia dan yakinilah pasti ada hikmah di sebalik apa terjadi.. pasti Allah tahu si dia bukan yang terbaik untuk akak.. redha sajalah..
Nik Ainaa berkata…
siapalah kita taknak maafkan org dan berdendam sedangkan Allah Maha Esa lagi maha pengampun. tapi manusia.... memang susah nak memaafkan lebih2 lg apabila kecewa yg amat atau amarah terhadap seseorang itu menggunung. hmm.....
Unknown berkata…
nak maafkan orang memang senang, nk lupakan tu susah..tak pernah alami lagi, Alhamdulillah, xda dendam dgn sapa-2..:)
Unknown berkata…
Tenang bila dpt melupakan perbuatan org pada kita..