Assalamualaikum

Nampaknya 2013 akan meninggalkan kita, dengan rasa berat dan sedih hati, kita akan meninggalkannya walau apa jua halangannya. Maka dengan itu selamat datang kepada 2014. Mungkin kepada kamu yang sedang membaca entri ini ,sekarang acik sedang menjalani peperiksaan akhir untuk kertas yang pertama iaitu Media Law.Doakan acik dapat buat yang terbaik ye dan acik setkan auto post. Sebelum itu acik ini menyusun 10 jari kemaafan jika selama acik menulis di blog ini ada bahasa yang menyingung kamu dan membuat kamu berkecil hati. Acik minta maaf sangat. 

Banyak kenangan yang tak dapat di lupakan selama berada di 2013 ini. Acik bukanlah harapkan duit yang berjuta-juta yang di sumbangkan untuk acik tetapi seandainya ada kata semangat dan kata kesedaran yang membaca entri acik itu pun sudah memadai. Sebelum meninggalkan kamu semua.Acik tinggalkan kata azimat dari pembaca blog acik. Alhamdulilah sangat jika blog acik ini memberi impak dalam hidup kamu.