Pengikut

Sabtu, 21 Disember 2013

Tomboy Itu Isteri Saya Yang Istimewa


tomboy

Assalamualaikum

Hari ini excited untuk berkongsi cerita kepada kamu semua, petang semalam tak ada kelas di batalkan. Di Shah Alam di hiasi hujan yang menjadi peneman waktu petang. Fikir sedap ini kalau tidur, baru sahaja nak lelapkan mata tiba-tiba telefon berdering dengan kuat, terkejut di buatnya. Lihat di screen phone Zack call apa hal pula ? bila teringat dia di fikiran terlintas wajah dan perilakunya yang kasar. Bila acik jawab telefon itu terkejut bukan kepalang " Assalamualaikum acik, ini Zubaidah boleh jumpa tak, aku datang Shah Alam.

Cepat-cepat acik bingkas bangun dan bersiap untuk berjumpa dengan rakan lama yang menyepi dan datang kembali. Setibanya di tempat kejadian, acik mencari mana perempuan yang berwatakan lelaki ? ehh tak ada tapi kelihatan seorang perempuan melambai-lambai dan menghampiri acik.

Zu : Assalamualaikum acik, lama tak jumpa kau, apa khabar ?
Acik : Walaikumusalam ...... (terkedu setika) ini zack ke ?
Zu : Ishh itu dulu acik, sekarang aku bukan lagi zack, aku zubaidah. Aku dah insaf.
Acik : Alhamdulilah, subhanaAllah Allahuakbar aku sangat suka tengok perubahan kau ini, Terkedu aku di buatnya bila dah nampak kau seperti ini.
Zu : Setiap manusia ada peluang untuk berubah cik, begitu juga aku, aku mahu berubah dan aku lakukan berubahan ini kerana Allah.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang mendokong bayi menghampiri kami.

Awak ini ah, anak awak nie tak nak dengan saya ,asyik nak mama dia aja. Keadaan itu buatkan acik bingung seketika .

Zu: Ishh jangan buat muka terkejut kau tulah, ini amir suami aku .
Amir : Ohh ini acik yang Si Zu asyik cerita itu, hai saya amir
Acik : Ermm Saya Acik.
Amir : Kami jalan-jalan ke Kuala Lumpur , itu bila Zu kata rindu nak jumpa acik, itu saya bawa datang ke sini.Zu banyak cerita tentang acik, dia kata yang banyak bagi kata semangat, beri dia kekuatan saat orang lain hina dan kutuk dia adalah acik.
 Acik : ehh x delah amir, saya buat apa yang termampu sahaja, itulah tugas saya sebagai seorang kawan.
Zu : Terima kasih sangat acik
Acik : Zack bila kau kawin ? dah ada anak baru nak jumpa ?

Zu : Sorry acik, dah lama dah aku kawin, yelah kita pun dah lama tak jumpa, aku pula mana ada facebook macam orang lain. 

 Acik : Ehh tak pe, zack minta maaf nak tanya macam mane boleh berubah 100 % dari yang dulu ?

 Zu : Kenapa terkejut sebab dulu tomboy ? hahhaha itulah kalau Allah berkehendak, siapa pun tak boleh larang. Aku dulu memang tomboy , gaya semua ala lelaki, kawan-kawan semua dengan lelaki. Aku rasa aku lelaki, ramai orang duk kutuk dan hina aku. Hati aku tak tenang, fitrahnya aku juga seorang perempuan. Dalam hati yang paling dalam sebenarnya aku juga nak seperti yang lain, aku jadi tomboy bukan kerana kemahuan aku tetapi aku nak tunjukkan aku bukan seorang yang lemah . Sejak kau selalu kata setiap manusia boleh berubah yang penting kita berusaha, aku cuba ke arah perubahan itu. Ingat tak dulu kita pernah pergi kem hijrah dan kau jadi fasilitator ? di situlah mulanya perubahan aku. Aku tak boleh lawan fitrah aku sebagai seorang perempuan. Aku rasa aku jauh dari Allah, aku mula berubah dari penampilan dan perlahan-lahan aku berubah untuk segalanya.

Amir : Perubahannya itulah yang saya terpikat dengannya, walaupun berwatakkannya ganas dan seperti lelaki tetapi dia sebenarnya lembut dan hatinya sangat baik. 

Zu : Ishh abang nie malu saya, yang banyak menolong perubahan hidup aku nie aku dia ( menunjuk ke arah amir ) sebab aku kenal dia masa di UPM. Dia yang banyak mengajak aku untuk berubah, dulu kami kawan baik, walaupun dulu perwatakan aku masih seperti lelaki tetapi dia tak pernah anggap aku seperti lelaki malah dia layan aku seperti seorang perempuan , dia menjaga adab antara kami.  Dia pernah cakap kalau aku benar-benar berubah jadi perempuan dialah orang melamar aku jadi isteri dia.

Amir : Saya tahu setiap orang itu pasti ada cerita hidupnya sendiri, kita haruslah memberi peluang kepada orang lain, sekali, dua kali mahupun berkali-kali sebab Allah sendiri tak pernah berkira dalam memberi peluang kepada kita. Kita tak akan mengubah nasib kita jika kita tak mengubahnya sendiri. Keluarga boleh terima dia seadanya .

Zu : Sebenarnya jadi diri sendiri itu lebih baik, walaupun penat kena belajar memasak, mengemas rumah dan uruskan anak-anak tetapi hati ini rasa tenang. Aku berubah ini kerana Allah dan Dia hantar seorang lelaki untuk membimbing aku untuk di dunia dan di akhirat.

Amir : Saya terima dia seadanya , setiap manusia ada masa silamnya, saya tak kisah sama sekali. Tomboy itu isteri saya. Saya sayang dia dan terima dia seadanya. Terima kasih kerana Allah pertemukan saya dan dia.

Itulah kebesaran Allah, acik suka melihat perubahan kawan acik seorang ini ,alhamdulilah dah labuh tudungnya. Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup kita atau kita mengubah hidup dia ke arah yang lebih baik . Dia tahu yang terbaik dalam hidup kita. 


Share This!


30 ulasan:

Niesa berkata...

Ya Allah..Alhamdulillah..mesti rasa mcm xpercaya kan..kdg2 sesuatu tu terjadi ada hikmah..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita.. jom berubah ke arah yg lebih baik. InShaAllah.. :')

Affy Afiqah berkata...

tomboy tak semestinya dia takde naluri keperempuanan :)
les pun camtu...sebab ika ada kawan2 yang macam tu...berubah jadi begitu kerana kecewa dengan lelaki...nampak kuat..tapi di belakang dia menangis bila terluka....
apa pun...semua orang mampu berubah :)

Zara Nurhaidah berkata...

assalammualaikum.. even tomboy, msti naluri wanita itu tetap ada. alhamdulillah.. dah berubah sepenuh ny .. ^^

Liana Sulaiman berkata...

nice sharing acik... alhamduliah dah berubah....anak dia mesti comel..hehehe

mama amir berkata...

Alhamdulillah...ya, Allah jua Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya...^_^

cik yaya berkata...

semua orang mampu berubah dan Allah itu maha Esa dia menghantarkan seseorang sesuai dengannya

adrianna syaz berkata...

Alhamdulillah..semua org mmpu berubah kan..^_^ slmt berhujung minggu acik

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... achik,

tahniah gak pada zack...zubaidah yg mampu berubah kepada kebaikan... amin. Moga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Semua manusia boleh berubah.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Amin.

mselim3

Vee Lea berkata...

Hahaha.. Comenyee dorang ni :) Setiap orang pasti ada sejarah hitam dalam hidup. And it's up to us nak putihkan atau tidak. Gitu ;)

Kathy R'bain berkata...

perkongsian nyata tentang kita kisah hidup manusia..memang kita kena bagi peluang pada seseorang itu untuk berubah..yang lalu biarkan lepas..

paridah berkata...

semalam lain, hari ini lain n esok belum tentu bagaimana... yg penting bukan permulaan sesuatu tetapi pengakhirannya...perubahan n penghijrahan ke arah kebaikan sentiasa berlaku in sya Allah...

atien zuraidah berkata...

Betul tu,org yg nmpk buruk dimata kita bole berubah jauh lebih baik dari kita dgn izinnya.Jgn nak hina2 sangat,sebaiknya istighfar dan tegur dgn baik.manusia itu boleh berubah..sama ada baik atau pun jahat..jgn pula kamu sangka org yg nmpk baik akan baik juga pada akhirnya..malah dia juga boleh berubah menjadi teruk lebih dari apa yg kamu sangkakan.

Leeza Dayasari berkata...

TEMPLATE NI MMG BEST

Norhasniza Khalid berkata...

betul tu, hidayah Allah tak kenal siapa.. mana yang Dia kehendaki, itu lah yang terjadi.. justeru, kita sebagai manusia jangan cepat sangat menilai buruk orang.... :)

fatin wawa berkata...

Alhamdulillah.. everyone deserve for a better future.. :))

Cik Tieka berkata...

Alhamdulillah menjadi org yg dipilih trima hidayah oleh Allah..dulu Zack..sekarang Zubaidah :)

Wirda Amir berkata...

Allahuakhbar...kisah benar yg sangat menarik utk kita jdkan teladan...manusia blh berubah dgn hidayah Allah...manusia sebagai pendorong yg sebenarnya dititpkan ole Alla utk seseorg itu berubah...beruntung zack...ehhhh,zubaidah sbb ada shbt mcm acik dn amir yg mana amir telah menjadi suami zu sendiri akhirnya.....akak tumpang gembira...

Hafiza AizZawa berkata...

bersyukur la sbb dah dia dah berubah.. setuju dengan komen mselim tu..

Nik Ainaa berkata...

alhamdulilah. macam novel lah pulak. hehe tapi syukurlah sis Zubaidah tu dah berubah. :)

aisya berkata...

alhamdulillah.. semoga kita diberikan kekuatan yg sebegitu untuk berubah ke arah yg lebih baik, jauh lebih baik.. :)

Lieya Von Jay berkata...

kawan-kawan saya yang masa sekolah dulu yang tomboy kebanyakan nya memang dah jadi wanita sejati . siap beranak pinak lagi, kita yg bukan tomboy pon belom kawen... kahkahkah, tapi ada gak sorang akak ni kan dh tua dah tapi still jadi tomboy lagii... xtau bila dia nak dapat hidayah utk berubah

Nina Maslizza berkata...

org y ganas kat luar tu sebnrnya lagi lembt

Khir Khalid berkata...

Dgn memberi peluang, in shaa Allah, Allah membuka lebih bnyk ruang kebaikan buat kita.. pokok pangkalnya hati, penerampilan & gaya tomboy & sbgnya boleh berubah.. hati yg baik akan ttp baik dengan izin Allah...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Beri peluang kepada semua orang..

Maria Firdz berkata...

hehe... kelakar pun ada, sbb lebih kurg kisah hidup saya juga... jgn x sngka, saya yg tomboy dulu, kini jadi ustazah... :)

Cik Itah@RRP berkata...

alhamdulillah..

Tetamu Istimewa berkata...

Alhamdulillah. Moga perubahan ini akan membawa kebahagian dalam rumah tangga.

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

thumbs up!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

alhamdulillah.. tahniah di atas perubahan kawan acik itu.. ternyata seseorang itu boleh berubah menjadi baik dan positif jika dia benar-benar ingin berubah.. tahniah juga kepada acik yang memberikan semangat kepada beliau untuk berubah.. :D

Mieza Jhaa K berkata...

Apa yg kita lalui adalah pengalaman berguna utk masa depan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails