Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup ! | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 20 Disember 2013

Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup !

 

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama di muka bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur kehadratnya. Seperti biasa hari jumaat acik akan kongsikan kisah-kisah tauladan untuk peringatan kita bersama. Hari ini acik ingin kongsikan satu kisah yang dikhabarkan kisah benar dan marilah kita ambil iktibar dan jadikan tauladan untuk kita. Kisah ini acik dapatkan dari Ustaz Nasir 

Jikalau kita hanya ada masa sejam lagi untuk kita hidup ? bagaimana?  apa yang kita akan lakukan? sedangkan tubuh badan telah terbujur layu ? 

Ikuti kisah selanjutnya di  KAMU HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Selalulah memberi.




Share This!


27 ulasan:

Norhasniza Khalid berkata...

bergenang air mata membaca kisag teladan ini.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita semua tidak ketahui. JUsteru, beringatlah...

Asha Lya berkata...

sedih baca kisah nie...

atien zuraidah berkata...

Hidayah tu,, allah bg saat akhir kematian,x semua org tahu ble dia akan mati.tp kalau di saat itu x ada bekalan utk akhirat,,subhanallah..hanya mengharapkn taubat nasuha ketika itu moga taubat diterima.sesungguhnya allah maha pengasih lg penyanyang.amin

acik idah berkata...

Idah pernah baca kisah nie dulu Acik...

Thanks 4 peringatan.. :)

Niesa berkata...

Ya Allah menitis air mata baca entry ni..sungguh keikhlasan itu sgt penting.. Semoga kita sentiasa muhasabah diri kita atas apa yg kita pernah lalukan dahulu dan sekarang..thanks for sharing.. :')

Niesa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ida Syuhada berkata...

Kadang2 orang yang tiada kena mengena dgn kita itu lah yg ikhlas mendoakan kita

Sylarius Yusof berkata...

Sometimes, dalam kita mengejar 'kejayaan' dunia, ramai yang sanggup mengorbankan hubungan baik dengan orang-orang sekeliling kita, terutamanya ahli keluarga sendiri. Somehow, jika kita mengurangkan produktiviti atas tanggungjawab keluarga, akan dituduh sebagai 'pemalas' pula.

Ironi sungguh hidup sekarang ini.

Hafiza AizZawa berkata...

pendek kata berbuat baiklah dengan semua orang terutamanya ibu bapa dan sesama ahli keluarga serta jangan engkar perintah Allah... cerita yang baik untuk pedoman kita semua..

Yumida Huda berkata...

sebak baca
moga jd peringatan n pengajaran buat kita

Fatin Hazwani berkata...

Sedih betul cerita ni...

Liana Sulaiman berkata...

pernah baca citer ni..memang sedeyh

syuk shusuke berkata...

sedih cerita ni acik. alahai..

fatin wawa berkata...

Subhanallah.. Insaf.. v.v

Terima kasih atas perkongsian acik..

Affy Afiqah berkata...

patut dijadikan pengajaran kisah yang acik kongsikan ini :) subhanallah!

Raudzah Z berkata...

Alhamdulillah acik..kisah yang penuh pengajaran..kita ni selalu lalaikan...semoga mengampunkan dosa-dosa kita. Aminnnn!!!

Cik Tieka berkata...

pernah terbaca kisah ni tapi lupa dimana..fb kot..memang terkesan dihati bila baca kisah ni apalagi kisah benar.pengajarnnya 1)baiki hubungan dgn Allah dan manusia. 2) jangan bakhil dgn keluarga sndiri :)..nice sharing Acik..

paridah berkata...

berdoalah dgn seikhlas hati agar Allah memakbulkan doa kita n kisah ini sepatutnya menginsafkan kita...tq perkongsiannya.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

akak pernah mendengar kisah ini.. sangat bermanfaat perkongsian ini acik.. semoga kita semua mengambil ikhtibar darinya.. ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

sedih sungguh...

Tanpa Nama berkata...

sedih sangat2....sangat menginsafkan membaca entri ini..mari kita muhasabah diri..

Tanpa Nama berkata...

Salam acik....

Kisah benar yg berlaku ini adalah utk peringatan kpd kita yg mahu berfikir.....

Gee Lion berkata...

Tragisnyer.. First time dengar citer macam ni.. seriyes menginsafkan.. :'(

Khir Khalid berkata...

Allahuakbar.. satu pengajaran yg sungguh menyedihkan.. Allah...

Maria Firdz berkata...

terima kasih atas perkongsian yg sungguh menyentuh hati... muhasabah diri...

Tetamu Istimewa berkata...

Subhanaallah, acik, kisah yang sangat menyentuh hati saya dan menimbulkan ketakutan pula. Muhasabah diri kembali, sejauh mana amal yang telah dilakukan.

Mieza Jhaa K berkata...

Ya Allah, sedihnya kisah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails