Assalamualaikum

Selamat hari lahir kepada diri sendiri, dan ribuan terima kasih acik ucapkan kepada mak yang telah lahirkan acik pada hari ini. Dan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membesarkan acik, telah membuat hati ini bahagia dan sudi menjadi kawan acik selama 24 tahun acik hidup di muka bumi Allah ini.



Pejam celik pejam celik dah 24 tahun umur acik, cepat betul masa berlalu. Ribuan terima kasih kepada seorang blogger ini yang acik perasan buat satu entri khas semperna hari lahir acik (click Disini )

Setiap tahun acik akan sambut hari lahir dengan sederhana, dari kecil lagi memang begini jalani setiap kali hari lahir. Tak pernah sambut , hanya kadang-kadang kawan-kawan sahaja yang sambut semasa di tempat belajar dahulu. Asalkan mereka ingat dan mendoakan itu pun sudah memadai bagi acik. Acik tak mengharapkan orang memberikan hadiah yang besar-besar tapi cukuplah kalau mereka mendoakan acik. Kesusahan hidup yang acik hadapi bersama mak tercinta itu bukan penghalang untuk acik terus bersedih tetapi jadi pembakar semangat untuk terus berjaya dalam hidup ini.

Ribuan terima kasih kepada semua yang sudi "wish" dan mendoakan acik. In sha Allah acik akan sentiasa membaiki diri dan akan lebih matang dalam penulisan acik di blog. Doakan yang terbaik, esok acik ada 1 paper lagi yang terakhir. Rasa gementar pun ada. 

Sekali lagi terima kasih mak kerana melahirkan acik, merasa susahnya melahirkan dan membesarkan anakmu. Jasamu tidak pernah akan ku lupakan sehingga nyawa terpisah dari badan.