perempuan tak pandai masak

Assalamualaikum

Penat baru sampai di Johor dari klang dan esok akan ke Pekan, Pahang pula.Memang tak sempat untuk terbitkan entri ,memang mula-mula tak mahu terbitkan entri tapi permintaan seorang rakan jadi acik usahakan terbitkan entri ini. Seorang rakan tadi hantar mesej kata acik , mesejnya berbunyi :

Salam acik, aku nak minta pendapat nie, bakal tunang aku nie tak pandai tapi mak aku dah pesan kalau cari bini yang pandai masak. Masalahnya tunang aku memang tak pandai masak, kat rumah pun yang masak orang gaji dia.. please acik bagi sedikit nasihat ,nanti aku boleh hantar kepadanya. 

Pada acik isu ini dah di perbincangkan ramai blogger, ada siap saling menyalah. Ye memang bila sebut perempuan pastinya ia akan terfikir tentang masakan terutama masakan ibu yang enak dan tiada tandingan. Perempuan dan memasak itu tak dapat di pisahkan . Bila perempuan tak pandai masak ? jangan cepat melenting dan saling kutuk mengutuk. Tadi berkesempatan bertanyakan dengan seorang rakan yang telah berkahwin 5 tahun dahulunya pernah merunggut sebab tak pandai masak, kini kalah master chef berbandingan masakannya, jadi mari dengarkan celotehnya.

Zati : okey acik dulu memang aku akui tak pandai masak, setakat masak air, meggi itu memang expect. Bila nak kawin tu seriau sebab aku tak pandai masak langsung, aku selalu fikir kalau aku tak pandai masak ,suami aku dan anak-anak aku nak makan apa ? tiap-tiap hari beli kat luar ? Memang fitrah tugas isteri layan suami, kalau tak pandai macam mane nak layan ? itu yang selalu aku fikirkan. 

Jadi pekara pertama yang perlu ada dalam diri adalah keinginan untuk belajar, tak kiralah belajar di u tube, belajar dengan rakan-rakan dan sebagainya. 

Kedua paling penting adalah keikhlasan, kita kena ikhlas sebab yang makan nanti suami dan anak-anak kita, bila kita ikhlas in sha Allah akan lebih sedap. 

Ketiga masakan yang mudah-mudah dulu, carilah masakan yang senang-senang contohnya sayur bening, ikan masak asam pedas dan sebagainya. Jangan terlalu tertumpu dengan masakan yang hebat-hebat 

Keempat jangan malu dan segan untuk bertanya pada orang mahir,contohnya mak, kawan-kawan , mak cik dan sebagainya.

Kelima memasak berterusan , dan selalu memasak untuk ingatkan bahan-bahan yang di perlukan.Kalau ada masa, tiap-tiap hari masak walaupun simple.

Bukan nak cakap apa dulu zati ini seorang yang lasak sebab sekolah sukan main hoki dari tak tahu memasak langsung sampai boleh sekarang. Memanglah mula-mula banyak complain tetapi kini alhamdulilah makin hebat.

Ahhh dah baca dari kawan tips dari kawan acik tu?

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)

Dan nasihat dari acik untuk sahabat acik ,Jika bakal isteri kamu tidak pandai masak tapi dia usaha juga nak belajar memasak. Kadangkala lauk yang dimasak tidak berapa sedap, ada tawar, ada masin sangat. Janganlah sesekali memarahi dia, jangan kritik depan orang lain, jangan menjatuhkan maruah dan semangatnya.

Adakah kamu sanggup memarahi, mengherdik, menghina insan yang berusaha untuk kamu ? 

Bila salah, nasihatlah berhemah,Bila merajuk, pujuk dengan kasih sayang.Bila menangis, redakan tangisannya. Bila lemah, pulihkan semangatnya.Bila banyak kekurangan, baiki dan saling lengkapilah. Beri pujian untuknya.Beri kasih sayangnya padanya. Ucapkan terima kasih padanya.Dan selalu doakan untuknya. 


Pelik tak bagaimana  masakan ibu paling sedap di dunia ? walaupun ianya rasa lebih kurang orang masak tapi masakan mak tetap ada rasanya tersendiri dan tiada tandingan , di situlah kelebihan mereka iaitu memasak dengan kasih sayang dan keikhlasan memasak untuk kita. Jadi masaklah dengan kasih sayang dan ikhlas, in sha Allah tak sedap pun jadi sedap