lifestyle

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya. Sebelum itu, dah undi blog acik untuk favorite lifestyle blog (click disini). Hari ini acik ingin berkongsi tips gaya hidup sehat kepada kamu semua dan cara asas untuk "diet". Pekara ini acik cuba praktikan kerana ianya buat memberi kesan yang baik untuk tubuh badan. Yelah orang sekarang umur 20an dah ada darah tinggi, kencing manis dan bermacam penyakit lagi.Setiap orang memang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri.

Terdapat pelbagai cara yang di amalkan sebagai gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan ,bersukan dan sentiasa bersenyum. Amat penting sekali kita menjaga kesihatan fizikal dan mental untuk melahirkan rohani dan jasmani yang berkualiti.Jadi mari acik kongsikan sedikit tips untuk kamu.

Pertama: Amalkan minum air suam atau masak

Acik memang tak minum ais, kerana ia akan menyebabkan badan lesu dan tulang-tulang menjadi sakit-sakit. Acik acik gemar minum air suam atau air masak. Tahu tak kamu air suam atau air masak ini dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tak di perlukan oleh badan selain mendapatkan kulit yang sehat. Selain itu juga ianya dapat mengekalkan keseimbangan suhu badan. 

Kedua : Makan yang mencukupi

Mungkin ada sesetengah orang yang berdiet memang hentikan secara drastik untuk makan nasi. Tetapi nasihat acik untuk yang mahukan berdiet itu jangan terlalu drastik tetapi peringkat. Contohnya biasa makan 3 kali sehari nasi dan apa kata kurang jadi sepinggan dan dalam kadar yang sikit. Makan yang mencukupi tetapi jangan berlebihan,sebaiknya makan ketika lapar dan behenti sebelum kenyang. Kita amat memerlukan makanan yang mencukupi dan yang berkhasiat yang mempunyai vitamin,karbohidrat dan pastikan kurangkan makanan yang berlemak.

Ketiga : Kurangkan tekanan

Ramai yang tertekan untuk diet , acik pernah jumpa doktor katakan jika kita terlalu tertekan untuk kurus makan badan kita akan menjadi tak stabil dan kebarangkalian untuk "badan naik" itu ada. Jadi kurangkan tekanan dan tenangkan diri, luangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan seperti beriadah, tengok wayang dan sebagainya. 

Keempat : Senaman

Pakar gaya hidup sehat menasihatkan kita agar bersenam sekurangnya-kurangnnya 3 kali seminggu 30 minit memadai bagi mereka yang sibuk dengan kehidupan seharian. Jadi kalau macam acik, setiap hari akan luang selama 30 minit untuk lakukan senaman walaupun ianya senamaan ringan yang boleh di lakukan di rumah.

Kelima : "Reward Yourself"

Kawan acik selalu nasihatkan berikan penghargaan kepada diri kamu dalam setiap pekara yang kamu lakukan. Ianya juga dapt mengurangkan tekanan untuk kita. Contohnya kita kurangkan makan seperti biasa kita makan, jadi "reward" diri kita dengan berikan hadiah seperti beri lebih masa untuk menonton televisyen. 

Keenam : Jauhkan Diri dari merokok, arak dan sebagainya

Rokok mengandungi lebih dari empat ribu zat- zat dan dua ribu diantaranya ternyata tidak baik untuk kesihatan seperti bahan redia aktif(palonium-201), tar, gas beracun dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah menghadapi ketagihan, pelbagai-bagai penyakit seperti kenser paru-paru,jantung dan sebagainya.Ia tidak bagus untuk badan kita. Begitu juga dengan arak yang dapat membinasakan badan kita.

Jadilah inilah tips gaya hidup yang sihat untuk tubuh badan kita. Walaupun nampak remeh temeh tetapi ianya sebenarnya mempengaruhi untuk kesihatan kita. Jadi sampai di sini dulu Wasalam .