Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Memandangmu Bukan Hanya Kerana Kecantikanmu


wanita purdah cantik
Assalamuaikum
 
Alhamdulilah dapat bernafas di muka bumi Allah, syukur ya Allah kerana Engkau telah permudahkan urusan harianku. Lumrah manusia yang sukakan pada kecantikkan sama ada lelaki mahupun perempuan. Si lelaki sukakan pekara-pekara di matanya terlihat cantik dan manakala perempuan sukakan dia kelihatan cantik.Cantik itu subjektif untuk pandangan individu itu sendiri.

Pada acik manusia memang begitu unik kerana mereka mempunyai pandangan yang tersendiri tentang kecantikan dan diberikan definasi yang pelbagai. Manusia nie akan tafsirkan kecantikan adalah berdasarkan paras rupa , postur badan, kelangsingan badan, keseksian dan sebagainya. Tetapi sebenarnya Kecantikan terdiri dari 2 jenis iaitu kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hambaNya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim) 
Tapi kecantikan itu selalu di salah anggap pada kaum adam dan hawa

Kaum Adam: akan mengatakan kononyan kecantikan itu adalah kecantikan peribadi dan budi pekerti. Adakah benar ? ada yang memandang hal tersebut tetapi kebanyakkan memandang kepada kecantikan luaran dengan tubuh yang ramping dan seksi .Jika benar memandang kecantikan dalaman pastinya tak berlaku  kat luar sana ramai kaum hawa yang masih menjadi andartu dan terlajak,itu hanya apa yg di mulut manakala di hati hanya Allah yang tahu.

Kaum Hawa : mereka akan mengatakan mereka tak mahu berlakon dan hipokrit , segelintir kaum hawa beranggapan bahawa dengan berpakaian ketat, bermake up, pakai skirt, dan seksi itulah adalah kecantikan, Dan ada juga yang akan bersuara kecantikan adalah berdasarkan sifat peribadi seseorang. Jika benar kecantikkan kerana peribadi maka buktikanlah.

Pada acik kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang dan mentafsirnya. Lebih tepat pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Kerana Kecantikan seorang wanita terpulang pada siapa yang memandangnya.


Tetapi sungguh malang kepada mereka yang bepenampilan seksi dan menjolok mata kerana mereka hanya di jadikan tatapan dan hidangan kepada lelaki bernafsu sahaja. Mereka ingin memiliki untuk kesenangan yang sementara. Cubalah tanya mana-mana lelaki pastinya dia mahukan seseorang yang baik untuknya.Kerana dia perlukan seseorang wanita yang dapat membina keluarga bahagia untuknya dan menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. 


Sebagaimana kita ketahui Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Jadilah wanita yang bersederhana dan menjada dirinya, Allah beri peluang berkali-kali pada kita untuk kita membaiki diri, gunakan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin jangan mempersiakan. Peganglah pada agamamu ,pastikan tidak akan pernah tersesat malah kamu di hormati oleh kaum adam kerana keperibadianmu.

Pada acik cukup seorang perempuan yang menjaga adabnya dan memelihara kehormataannya dengan pemakaian menutup aurat serta mempunyai peribadi yang di sengani tak perlu berlakon baik tapi perempuan yang baik akan tahu macam mana nak jadi perempuan yang baik.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita


Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Nasihat acik Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Ikut rasa, binasa, ikut hati, mati...pilihlah.. :)

Catat Ulasan

24 Ulasan

chihiromia berkata…
tidak susah untuk menjadi baik..sebolehnya cuba la jadi diantara yang terbaik
Fatin Wawa berkata…
setiap orang pasti ada kecantikkan auranya yang tersendiri kan, sama ada ianya kelihatan ataupun tidak.. :)
by efatin razak berkata…
insyaAllah... semoga bertambah ramai suami/ lelaki yang dapat membimbing isteri/wanita ke syurga.. amiin
Aku pengembara berkata…
Bg saya pula, kecantikan itu adalah satu benda yang subjektif.. Luar cantik tp dalam x cantik pun jd masalah jgk.. Cantik luaran dan dalaman barulah cun.. :)
Wafi Remli berkata…
Istimewa sungguh wanita yang menutup aurat dengan SEMPURNA...
ANIM berkata…
acik pernah dengar orang kata "sejuk" memandang wajah seseorang? kalau nak diikutkan individu itu tidaklah sekacak dan sejelita mana tapi kita rasa "sejuk" memandang wajahnya. akhlaknya, wajah sejuknya...itulah kecantikan bagi seorang lelaki dan wanita bagi kak
Mizz Aiza berkata…
cantik luar dan cantik dalam juga.. terima kasih mengingatkan akak..
Unknown berkata…
Jadilah wanita yang bersederhana.
Fiza Aizzawa berkata…
Cantik luaran tetapi dalaman tak cantik takde gunanya.. tambah pula perempuan.. semua nak kene jaga.. adab, pertuturan, pemakaian, gerak geri.. semualah.. yang penting jgn hipokrit kerana kebenaran bersifat kekal..
AwekTrader berkata…
Exactly..
Kecantikan bukan dinilai pada sexy
Tetapi cantik itu sangat INFINITY definasinya
Khir Khalid berkata…
Cantik dalaman hati, jiwa & iman.. akan cantiklah luarannya.. Subhanallah.. Salam Jumaat Acik & jumpa esok.. :)
CD berkata…
salam jumaat acik..
cantik ni subjektif.. cantik luaran, dapat menipu mata yang kasar..
cantik dalaman, memberi kecantikan abadi :)
Tanpa Nama berkata…
Beauty is in the eye of the beholder...bergantung kepada orang yang memandang/menilai.
Maria Firdz berkata…
Wanita dh mmg cntik dan cntk tu plak fleksibel...
Atien berkata…
mg da lumrah manusia begitu.melihat kecantikkn dgn apa yg di lihat saje
BinMuhammad berkata…
Eh...penting Acik, kena juga pandang kepada rupa...tapi kecantikan rupa yang kita pilih adalah kecantikan dalaman yang terserlah diwajah. Tak kira bagaimana rupanya pasti tetap cantik dimata kita. :)
mudah-mudahan tidak alpa dgn kecantikkan ...
randomlyally berkata…
Bila hati cantik, biasanya kecantikan itu terserlah hingga ke luaran.. tapi, lumrah manusia yg selalu menilai pada kecantikan luaran dahulu sebelum menilai kecantikan dalaman.. :)
Karen Monica berkata…
cantik dalaman jauh lebih baik dari cantik luaran..biasanya bila cantik dalaman serinya akan terpamer di wajah :)
Tetamu Istimewa berkata…
Kedua-duanya penting. Namun lebih penting kecantikan dalaman.
Unknown berkata…
Paling penting adalah akhlak yang mulia dan sebagainya. Jikan wajah yang cantik, itu adalah bonus.
Unknown berkata…
Sy ingin nampak cantik dimata suami
Unknown berkata…
Kecantikan itu seauatu yg abstrak.. ttp bgantung kpd kita lah juva nk mnilai bagaimana erti kcantikn tu.. bg zara, zara nk cantek untuk suami dan di sisi Allah swt.. hehehhe. Insyallah. . =)