Pengikut

Ahad, 16 Mac 2014

Sahabatku Memeluk Agama Islam


Assalamualaikum

SubhanaAllah segala pujian hanya untuk Allah, rasa pertama kali dalam hidup acik ianya terjadi, bagaikan bergetar hati ini, kerdilnya diriku jika di banding dengan yang lain. Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka buminya, sepatutnya kita kena bersyukur kerana kita lahir sebagai seorang islam.

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahir-lahir telah menjadi umat Nabi Muhammad saw, kenal siapa Allah, siapa nabi kita. Islam meliputi segalanya dalam hidup kita kita, apa jua persoalan dan pertanyaan terdapat dalam Al quran. Tak percaya buka tafsir al quran, bacalah dan hayatilah. Hidayat Allah perlu di cari kerana ianya tak datang bergolek dan jika hidayat itu datang maka raihlah dengan hati yang terbuka.

Semalam merupakan hari yang bersejarah dalam hidup seorang sahabatku, sebelum ini pernah beberapa kali dia pernah zahirkan untuk memeluk agama islam . Semalam juga, kami menghadiri "finishing school" di Uitm dan di sesi ke 2 ,penceramah yang di jemput adalah ustaz ebit lew. Kebetulan selepas habis program tersebut kami bersama dengan rakan-rakan yang lain bertemu dengan ustaz ebit lew, pelbagai soalan yang di tanyakan. Pertemuan Mauricia Grace dengan Ustaz Ebit Lew membuka lembaran baru apabila kira-kira pada pukul 5 petang mauricia grace telah mengucap dua kalimah syahadah. SubhanaAllah pertama kali dalam hidup acik, acik melihat secara realitinya keadaan menjadi redup , awan seumpama meneduhkan suasana, hujan renyai mula merintik. Allahuakbar ,Allah maha besar. Terima kasih ya Allah kau memilihku menyaksikan sahabatku memeluk agama sucimu agama islam.

Untuk pengetahuan semua mauricia grace berasal dari sarawak dan merupakan pelajar tahun akhir di uitm. Petikan ini di ambil dari facebook sahabatku mauricia grace. 


Segala pujian hanya bagi Allah semata, Tuhan sekalian alam. "Kun Faya Kun"

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

Mengapa saya mengatakan, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan? Saya tidak menyangka bahawa pada 15 March 2014 merupakan tarikh keramat yang cukup bermakna buat saya seumur hidup. Dalam perancangan saya nekad nak memeluk agama Islam pada cuti pertengahan semester bulan April 2014, mengucap kalimah syahadah di Masjid dan di saksikan oleh kakak saya sendiri yang telah memeluk agama Islam lebih awal daripada saya dan juga Pensyarah-pensyarah UiTM dan sahabat handai. Begitulah saya merancang untuk memeluk agama Islam.

Ternyata, Allah itu Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Kita ini hanya manusia biasa yang kerdil di mata Allah, yang tidak tahu meramal apa akan terjadi.

Semalam, Finishing School di Universiti, selepas habis slot pertama, Pensyarah yang memang rapat dengan saya memanggil...

"Grace, slot kedua pukul 2:30 ptg ini, Ustaz Ebit Lew yang akan memberikan ceramah"

Saya teruja dan sangat gembira, dan terus saya bagitahu kawan-kawan yang lain. Akhirnya impian saya untuk mendengar ceramah dari beliau menjadi kenyataan kerana sebelum ini saya hanya mengikuti perkembangan dan dakwah beliau secara alam maya dan tidak menyangka yang beliau akan di jemput untuk memberikan ceramah buat student "Finishing School".

Habis sahaja ceramah, saya dan rakan2 yg lain pergi berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew di perkarangan Fakulti Kejuruteraan UiTM untuk ambik gambar dan signature dari beliau.

Saya bagitahu kepada Ustaz Ebit Lew: "Ustaz, saya nak masuk agama Islam tidak lama lagi...(sbb dalam kepala dah set nak masuk Islam bulan April) " .

Banyak perkara yang beliau kongsikan. Ustaz kata, "Jangan tangguh! jangan tangguh. Ok, sekarang ikut saya sebut dua kalimah Syahadah".

"Jadi Ustaz, kalau saya ikut ustaz sebut saya akan jadi orang Islam terus ke Ustaz? Eh mcm tu sahaja jadi org Islam? Terasa sedikit air mata nak mengalir, terasa sebak, perasaan campur baur. Saya tanya Ustaz sekali lagi. Betul ke Ustaz?" . Ustaz mengangguk. Macam tidak percaya.

Kemudian Ustaz panggil kawan-kawan dan pensyarah yang ada tinggal di perkarangan Fakulti Kejuruteraan UiTM :-

"Mari, Grace ingin mengucap kalimah syahadah, semua ini akan menjadi saksi"

Saya ikut Ustaz mengucap dua kalimah Syahadah diikuti dengan air mata tanda gembira, sambil di saksikan sahabat handai dan juga pensyarah dan staff Masscomm. selesai mengucap dua kalimah Syahadah, tiba-tiba hujan rahmat di Shah Alam. Masya Allah! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!

Sempat saya menunaikan solat Asar dan Magrib bersama dua orang sahabat saya. Mereka ajar saya ambil wuduk dan solat. Saya tahu jam solat Magrib, saya tanya kawan saya.

"Sempat lagi kita nak solat Magrib kan, macam mana eh, saya tak tahu lagi solat dan ambil wuduk"

Kawan saya baik hati, dia ajak solat sama. Dia cakap kita kena solat Asar dulu baru solat Magrib memandangkan waktu nak balik rumah jam sudah menunjukkan 05:30ptg.

Risau pun ada takut tidak sempat Solat Asar memandangkan rumah kami tak ada air. Risau lagi, memikirkan macam mana nak ambik air sembahyang. Jadi kami pergi ke Masjid UiTM. Sekali lagi, hujan rahmat dari Allah. Hujan turun dengan lebat!

Semua terkejut dan sms, call, dan saya sendiri tidak sempat memaklumkan kepada sesiapa yang saya sudah memeluk agama Islam. Sebab mengejar waktu Solat Asar dan Magrib. Walau saya sendiri tidak menyangka bahawa secepat ini Allah memilih saya untuk mengucap dua kalimah depan Ustaz Ebit Lew. Terima kasih banyak-banyak Ustaz.

Begitulah, bayangkan hari ini kita merancang untuk mati setelah usia kita 100 tahun, tetapi jika "Kun Faya Kun" dari Allah maka terjadi lah ia ! Sempat kah kita bertaubat? Sempatkah kita kembali ke jalan Allah yang benar? Sempatkah kita mati sebagai seorang yang beriman? Sedangkan saya sendiri tidak menyangka secepat ini rencana Allah buat saya untuk menerima Dia sebagai jalan kebenaran hidup di dunia dan akhirat. Nampak? Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Percaya kepada Qadak dan Qadar.
Alhamdulilah sahabatku telah kembali ke fitrah beragamanya, dia telah memilih agama yang benar. Ya allah kau kuatkanlah hatinya untuk sentiasa bersama mu, kau berikanlah hidayah dan petunjuk untuknya agar selalu yakin dengan kebesaranmu. Ya ALLAH kuatkan hati sahabatku untuk menempuhi hari-harinya. Kau permudahkanlah urusan dan murahkan rezeki . Kepadamu aku meminta dan kepadanmu aku berserah .

Allah sayang Mauricia Grace,Syukur dan tahniah kerana mengucap syahadah petang tadi.Semoga menjadi asbab hidayah buat manusia seluruh alam. dari ebit lew
Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka buminya, sepatutnya kita kena bersyukur kerana kita lahir sebagai seorang islam .Tapi agak pelik sebenarnya kerana masih lagi ada pertikaian di mana sepatutnya pada usia 18 tahun berhak untuk memilih agama sendiri.

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahir lahir telah menjadi umat Nabi Muhammad saw, islam adalah meliputi segalanya dalam hidup kita, apa jua segalanya terdapat di dalam al quran.Tak percaya buka tafsir al quran dan hayatilah.
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/06/alhamdulilah-sahabat-baikku-bakal.html#sthash.bWrli1np.dpuf

Share This!


33 ulasan:

  1. alhamdulilah..syukur kepada allah maha kuasa... :P

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. syukur.. :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. rasa terharu akak membacanya.. begitulah Allah mmeberikan hidayah kepada hamba-Nya..

    BalasPadam
  4. Subhanallah... semoga kita terus istiqamah menjaga agamaNya..

    BalasPadam
  5. Bergetar hati baca kisah ini...

    BalasPadam
  6. Subhanallah walhamdulillah... tahniah.. syukur kehadrat Allah swt atas kebesaranNya.. Allahuakbar..

    BalasPadam
  7. syukur alhamdulillah... rahmat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya..

    BalasPadam
  8. Allah maha besar.. alhamdullillah..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah besar pahala tu....

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi saudara Islam kita. Kita perlu bagi sokongan kepadanya.

    P/S: Acik, saya tawarkan "harga istimewa untuk pelajar" untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Nanti boleh emel saya. Sekian, terima kasih. Harap maklum.

    BalasPadam
  11. Syukur.. bertambah hamba yang menyebut nama Allah

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah tahniah. Dan jangan lupa beri bimbingan yang baik

    Ikhlas,
    profhariz.com

    BalasPadam
  13. beruntungnya teman anda itu,...langsung saja disiram hidayah..!

    BalasPadam
  14. Hidayah Allah swt tidak terjangka dan tidak terlewat. Syukur Alhamdulillah...Semoga Acik akan terus membimbingnya.

    BalasPadam
  15. masyallah... hidayah milik allah

    BalasPadam
  16. syukur alhamdulillah.... bertambah lagi seorang umat islam di dunia.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat....

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah. Semoga dia kuat untk menghadapi cabaran2 yg akan datang ..

    BalasPadam
  18. Allahuakbar!

    Syukur Alhamdulillah...

    BalasPadam
  19. Subhanallah...semoga beliau menjadi muslimat sejati...

    BalasPadam
  20. Acik, bimbing kembar Mel ya. Walaupun Mel dengan Grace tak seagama sekarang, Mel stiasa sokong segala keputusan yg dia buat. Moga Tuhan merahmati dia dan melindungi dia. Amin.

    BalasPadam
  21. Meremang bulu roma kakak. Mengalir airmata kesyukuran kakak juga
    Moga beliau terus istiqmah dan mendapat bimbingan terbaik..

    BalasPadam
  22. Acik.. bergetar jiwa ain membaca ni.. subhanallah... bersyukur sgt kerana Allah memberi bonus kpd kita lahir2 sebagai org yg beriman... bygkan kalau kita dilahirkan sebaliknya... adakah kita menjadi org yg sekarang ni atau tersesat jauh drpd landasan agama... alhamdulillah... besar sungguh nikmat yg Allah berikan ini...

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum acik. Subhanallah. Allahuakbar. semoga dipermudahkan segala urusan sahabat baru kita ni... merutun jiwa baca entri ni ~~~

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah..bertambah lagi umat Islam..aminnn

    BalasPadam
  25. Syukur
    Sama kes dengan saya gak nie

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah... Jalan yg terbaik dia telah pilih..

    BalasPadam
  27. Alhamdullillah, taniah ^___^

    BalasPadam
  28. ACIK, sy sebak gila rsa baca ayat2 status fb kwn acik tu..Besarnya hidayah Allah dh bg kat dia..Skrg dia suci dari sebarang dosa.semoga kwn acik terus istiqamah..Allahuakbar,,,bahagianya rsa

    BalasPadam
  29. Subhanallah walhamdulillah.. syukur.. bertambah lagi umat Islam. keras2 hati aku pun, terharu aku rasa. Ramai2 lah bimbing beliau acik.. semoga dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah.bertambah lagi umat Islam.Semoga urusan dia dipermudahkan oleh Allah.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails