Ticker

6/recent/ticker-posts

Duit Banyak Tapi Masih Rasa Tak Cukup, Orang Lain Gajinya Kecil Tapi Sentiasa Cukup

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini ,ucapkan syukur kepada Allah. Semalam kebetulan bertemu dengan rakan-rakan yang berkerja di domino pizza setelah sekian lama tak berjumpa. Tiba-tiba seorang rakan acik mengeluh " ishh gaji masuk tapi habis macam gitu jer. 

Razif : kau buat apa dengan duit kau banyak tu ? gaji kau bukan sikit ?
Amran : ala aku bayar kereta , rumah , bil-bil yang tertungak dan macam-macam lagi.Bulan nie pula isteri aku nak beli jam tangan.
Razif : ohh macam tu, plak dah
Acik : biasalah tu memang biasakan akan macam gitu, tapi aku pernah dengar ustaz cakap , Pernah tak rasa, walaupun duit banyak tapi masih rasa tak cukup. Padahal ada orang lain yang gajinya kecil tapi sentiasa cukup?? Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif
 
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja adik beradik,  kawan-kawan & saudara-mara.

Sebenarnya duit kita bukan sepenuh milik kita , ada bahagian sedikit adalah hak orang lain. Kita hidup bersenang lenang sedangkan ada yang 7 hari tak makan. Fikir-fikirlah. Paling penting ibu ayah jangan lupa berikan pada mereka walaupun mereka kaya sekalipun .Peringatan ini kepada diri acik juga yang banyak kelemahan.

Satu pekara lagi ,jika buat sesuatu itu jangan mengharapkan balasan manusia, maka kita akan kecewa dan tak mahu lagi buat kebaikan. tetapi niatkan kerana Allah , maka hati kita akan lebih tenang dan menganggap bahawa itu rezeki mereka. 

Catat Ulasan

29 Ulasan

sitirohaida berkata…
betul tu acik...yang penting jangan selalu mengeluh dan mengungkit2 pasal duit..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. Alhamdullilah. terima kasih untuk peringatan berguna ni. syukur alhamdullilah. gaji kecik pun masih mencukupi perbelanjaan kami sekeluarga. bantu keluarga, ibu bapa terlebih dahulu. in shaa Allah, berkat hidup kita. gaji pun terasa cukup sentiasa. hehehe sheila singgah sambil klik tabung acik kat sini ~~~
Unknown berkata…
Betul tu Achik.. duit lebih berkat jika kita beri kepada mak ayah...
Diya Hanun berkata…
hehe..xkeje lg ni..gaji pon x dak..
Unknown berkata…
entry yang buatkan kita sama2 beringat. thanks acik..:)
Shahrul Yusof berkata…
Rezeki, jika disyukuri insyaAllah akan diberkati. Jika asyik mengeluh, harta setinggi gunung pun tidak akan merasa cukup.
Cik Nor berkata…
good entry acik..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

nice entry.. peringatan yang sangat baik... memang kekadang kita lebih suka mendahulukan benda yang tak penting dulu daripada benda yang penting. memang benar duit kita bukan duit kita semua nya... perlu diagih2kan.. kepada yang berhak.

mselim3

pls: terima kasih achik... atas ingatan.
Unknown berkata…
Emm memang pernah rasa macam ni..tapi apa boleh buat...tu lah petanda kita sedang diuji untuk lebih dekatkan diri pada-Nya..terima kasih atas perkongsian ni..
shahrilhakime berkata…
awok suka entri ni acik..... sama2 le kita beringat....... selalunye beso gaji..beso le belanja nye.......
Asha Lya berkata…
btl tu biarpun sedikit kewajipan kita sbg anak menghulurkan rezeki pada ibubapa...
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik..sedikit biar berkat.. pasti besar kebaikannya & kegunaannya. T kasih atas perkongsian & peringatan ini ye.. sesuatu yg baik utk renungan semua..
Unknown berkata…
paling penting jangan lupa bagi kat mak ayah dan peruntukan untuk sedekah.lagi2 anak lelaki..kan??
Unknown berkata…
Alhamdulillah masih ada rezeki untuk kak cik dan ibu.
Walaupun tak sebanyak mana syukur masih di berikan rezeki
Apa yang penting.
Belajar bersyukur tak perlu mengeluh.
Rezeki ada di mana mana.
Macam kita berblog juga.
Menulis untuk kepuasan minat.
Menulis untuk perkongsian.
Jejari Menaip berkata…
perkongsian yg baik acik..tq,..:)
Maria Firdz berkata…
Rezeki kita ada hak org lain yg perlu kita kongsikan...
Blog Santai berkata…
Bila tengok title terus teringat inilah situasi bila rezeki kita tak berkat. Banyak tak cukup sikit apatah lagi..
cik lisa berkata…
satu perkongsian yang bagus, bro ;), saling ingat-mengingati. Orang sekarang memang selalu ambil mudah tentang ni.
Unknown berkata…
wah, terima kasih abg acik menyedarkan syuk :)
cahaya berkata…
sedekah dan untuk ibu bapa paling baik tapi sering lupa.wahulam
BinMuhammad berkata…
Sebab itu pendapatan perlulah halal dan berkat...Insyaallah, segalanya akan cukup sempurna.
Kakzakie Purvit berkata…
Sungguh benar bagai dikata banyak sebab mengapa merasa gaji tak cukup. Tapi kakak rasa di negara kita yg serba-serbi mencabar dgn kenaikan harga bagai tidak dikawal buat mereka yg berpendapatan rendah rasanya memang kesian. Kalau kita boleh makan di restoran/makan angin/jalan-jalan dgn keluarga tapi mereka yg susah sudah pasti tidak berpeluang utk itu semua...
Sofinah Lamudin berkata…
salam acik... blog acik dah rupa baru lah. Lama dah kot kan ? baru hari ni jenguk blog acik balik. kemas dan smart la acik... :D

Apapun , saya suka artikel ni. Betul juga kata Ustaz tu. Terima kasih share :)
Sheila Salim berkata…
selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini~~~
Fiza Aizzawa berkata…
kalau gaji besar, belanja pun besar.. huhu.. tapi mmg betul, jgn lupe bagi kat mak abah dulu.. rezeki kita tak kan jadi tak cukup.. In Syaa Allah..
Unknown berkata…
good sharing Acik... :D gaji sikit or besar.. kalau kita rasa bersyukur dgn rezeki Allah pasti akan cukup... tapi kalau asyik rasa tak cukup je.. mmg x cukup la jadinya..
Hariz berkata…
Nice blogpost. Baca memalam memang feel artikel hang.

Ikhlas,
profhariz.com
Azhafizah MN berkata…
Alhamdulillah..sentiasa cukup bila semua di atas tu dilakukan :)