Ticker

6/recent/ticker-posts

Alasan Terpenting Mengapa Ibu Bapa Lebih Penting Berbanding Kekasih

redha ibu bapa
Gambar Hiasan

Assalamualaikum

Kalau di sebut soal cinta tentang sekali semua mampu tersenyum, sanggup buang ibu ,sanggup buang keluarga kerana mencari cinta sejati. Cinta yang di dambakan itu melebihi kemampuan dalam memiliki cinta. Ramai masih tak tahu mungkin buat-buat tak tahu tentang cinta sebenarnya membuatkan diri kita berada di dalam risiko. Apa risikonya ? maka fikir-fikirkanlah.   

Kadang acik jadi sedih apabila mereka lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada ibu bapa yang telah membesarkan mereka dari kecil hingga ke besar. Mereka hanya ingin dimengerti tetapi begitu juga remaja tak tahu memahami hati ibu bapa mereka. Jadi dengan senang hati acik ingin kongsikan alasan terpenting kenapa ibu bapa lebih penting dari kekasih.

Pertama : Dia ada ketika kita susah dan senang.

Ibu dan ayah kitalah yang sentiasa ada bersama kita saat kita susah dan senang. Ketika kita tak ada duit, pada siapa kita minta ? kalau tak sehat siapa yang jaga kita ? kalau kita di tinggalkan kekasih, siapa yang selalu ada dengan kita. Kita sanggup menipu ibu ayah kita demi kekasih, tetapi ibu ayah kita tak pernah lakukan itu demi kepentingan mereka. 

Kedua : Dia mengetahui segala tentang kita.

mak ayah kitalah orang yang mengetahui tentang kita. Dia tak pernah segan jika anak begitu dan dia terima seadanya. Tetapi kekasih kamu , jika dia rasa kamu tidak sesuai, terlalu manja, terlalu kasar dan sebagainya dia boleh tinggalkan kamu ,tetapi tidak untuk mak ayah kamu. 

Ketiga : Keredaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa kita 


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya. Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah.

Keempat : Doa ibu bapa di makbulkan Allah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
  
Kelima : Dia menerima kamu seadanya

Tentu sekali seorang kekasih itu mahukan kekasih yang cantik, ramping , lawa, gebu , bukannya yang gemuk, pendek dan macam-macam lagi. Mereka memilih yang terbaik untuk mereka tetapi mak ayah kita tidak melihat semua itu dan menerima kita seadanya. 

Keenam : Dia sumber kekuatan kita.

Ketika kita down ,siapa yang kita cari ? ketika kita kecewa pada siapa kita mengadu ? mereka sumber kekuatan hidup kita dan manusia yang selalu menyokong kita segala yang kita lakukan demi kebaikan kita.

Ketujuh : Dia tak pernah kedekut

Kalau dengan kekasih kamu ,nak makan pun minta mak ayahnya. Inikan lagi berbelanja untuk seseorang yang belum halal baginya. Kadang kekasih kamu hanya berikan baju RM 10 dah syok habis dan rasa sangat bermakna. Tanda dia sayang kamu. Tapi bagaimana mak ayah yang telah memberikan segala-galanya dari kecil adakah kamu tak nampak ? itu tanggungjawab mereka. tanggungjawab kita pula adalah untuk membahagiakan meraka.

Ok acik taip ini dahulu ,kemudian nanti acik akan sambung lagi. Niat acik tulis ini adalah untuk remaja sana sedar bahawa bahagiakan dulu ibu bapa kamu sebelum kamu dapat bahagiakan kekasih yang belum halal bagimu. Setiap ibu bapa nakkan yang terbaik untuk akan mereka jadi setiap apa yang di lakukan ibu ada bersebab. 




 


Catat Ulasan

19 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Betul kata acik... Ibu bapa tiada galang gantinya di dunia ni...
Wafi Remli berkata…
Ibu bapa lah punca wujudnya kita
Fatihah Azanan berkata…
Nice sharing acik. Betul, ramai yang sanggup pinggirkan parents mereka sebab kekasih, harta dan sebagainya.
Hakikatnya, who are we without them??
Letakkan agama yang teratas insha'Allah kita xkan pernah pinggirkan parents kita :)
Khir Khalid berkata…
Bisikan syaitan & nafsu dlm kegairahan cinta membuatkan sesetengah kita membelakangkan ibu bapa demi mengejar cinta kekasih... astagfirullah... sesungguhnya kasih & cinta ibu bapa itu tak dpt dibalas walaupun dgn seisi dunia sekalipun...
Cinta mengatasi semua perkara baik dan buruk...
Andainya ingin berumah tangga sekali pun kita perlu minta
restu kedua ibu bapa baru lah hidup bahagia,jgn abaikan
ibu bapa sesungguhnya kasih syg mereka hingga ke syurga.
Cinta dgn kekasih kalau di tinggalkan gigit jari....
Blog Santai berkata…
Tanpa ragu Acik..Ibubapa kita adalah segalanya. Tiada yang boleh tempat mereka...semoag kita tidak menjadai anak yang derhaka...
Blog Santai berkata…
Thanks Acik sudi nak masukkan Blog Santai dalam Bloglist..kita ok aje..
Fiza Aizzawa berkata…
Ibu bapa kita adalah segalanya... tiada boleh dijual beli dan tiada pengganti sebaik mereka... terima kasih dan Fiza berbesar hati sekiranya acik nak letakkan bloglist Fiza di dlm blog acik.. >_<
paridah berkata…
ibu bapa kita menyayangi n menerima kita seadanya tanpa menilai daripada sudut mana tetapi kekasih akan menghakimi kita dari ujung rambut hingga hujung kaki sebelum memberi keputusan menerima kita seadanya kononnya heh...heh..terima kasih acik sudi masukan blog kak dlm bloglist acik yg hebat ni...
Shahrul Yusof berkata…
Doa ibu bapa ni mudah dimakbulkan. Penting buat kita sebagai anak-anak untuk menjaga perhubungan dengan ibu bapa supaya urusan hidup seharian kita diberkati.
Unknown berkata…
Betul2.. Ibu bapa adalah segalanya.. ;D
Unknown berkata…
mrk penyokong kuat kita tak kira apa pun dah kita lakukan sbb kasih mrk tiada batasnya ...
Fatin Wawa berkata…
setuju sangat.... ibu bapa adalah insan yg x dapat dibandingkan dgn sesiapa..walau mcm mana diri kita, mereka ttp terima seadanya..
Adam Faiz berkata…
Nice entry.Ibu bapa tak boleh diganti :')
NEW ENTRY: Bermulanya Extra Class
budakbandunglaici berkata…
sayang ayah ibu selagi mereka masih ada
Unknown berkata…
Sayang ibu ayah.. pintu rezeki kita akan terbuka luas... :)
cikpinz berkata…
Tiada harta yang paling berharga di dunia ini selain ibu dan ayah..
AwekTrader berkata…
Walaupun ada duit macam2 boleh dibeli
TAPI INGAT
AyahIbu tidak ada dijual dimana sekali pun
Hargailah mereka selagi hayat mereka dikandung badan,
Amin
Yana Yani berkata…
betullah acik, zaman sekarang ramai muda mudi melupakan
ibubapa kerana kekasih yang belum tentu akan membahagiakn mereka
tergamak sungguh