Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Tauladan : Belajar Dari Tukang Kayu Jangan Buat Kerja Sambil Lewa

tukang kayu
Gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Seperti biasa di hari jumaat acik kongsikan kisah-kisah tauladan untuk tatapan pembaca blog yang di kasihi sekalian.
 
Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kata-kata Hikmat
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

Catat Ulasan

32 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik.. betul. kena ada usaha lebih dalam setiap benda yang kita lakukan. singgah menabung TM sini. btw silalah share tips nak supply milk tu ~~~
Unknown berkata…
sentiasa ikhlas dalam setiap perkerjaan.
take note.
mmg terbaek cerita ni.
BinMuhammad berkata…
Benar...setiap pekerjaan mestilah dilakukan yang terbaik dan ikhlas tidak kiralah apa jua situasi kerana kita perlukan keberkatan dari hasilnya. Kerja yang sambil lewa dan tidak ikhlas maka tidak berkat hasilnya dan itulah yg si tukang kayu itu dapat. Best cerita ni acik...
salam jumaat acik, buat apa pun kita kena ikhlas kann???
Khir Khalid berkata…
Besar pengertian & maksud kisah ni.. semoga menjadi peringatan & iktibar kpd kita semua.. salam Jumaat Acik.. :)
belogisam berkata…
feel motivatde dgn kisah tauladan,, moga menjadi iktibar yg berguna utk semua termasuk diri
Asha Lya berkata…
baut kerja biarla ikhlas..baru rezki yang diperolehi berkat kan insyallah
Cekgu Norazimah berkata…
Salam jumaat, bekerja biarlah ikhlas semoga rezeki yang dapat adalah berkat ;)
shahrilhakime berkata…
tapi sekarang ni ramai yang bila buat sesuatu tu..mengharapkan balasan..... kalo beso balasannya.... elok le kerjanya.. kalo sikit.. kurang le kerjanya.... payah nak dapat orang yang beroi2 ikhlas sekarang ni...
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat acik..nice entry. ikhlas dalam melakukan tanggungjawab itu juga satu amanah
insyaallah,
salam jumaat,
tanggungjawab amalan yg mulia..
Blog Santai berkata…
Thanks Acik untuk cerita yang menarik ni..memang itu kaan terjadi kepada kita semuakan apabila keikhlasan tidak ada lagi....Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
Yaya Mohd berkata…
salam jumaat.. =)

nice share acik..
cerita pon menrik dan ade pgjran nyer..apepun yg penting kita mesti buat ssuatu dgn hati yg ikhlas..tak kira ianya kecil atau besar..
ANIM berkata…
kak anim pernah share cerita yang sama (kak anim baca dari sebuah buku motivasi tulisan seorang penulis Indonesia) kepada anak2 murid kak anim.niatnya supaya mereka tahu, apa yang mereka usahakan hari ini, akan dapat mereka lihat hasilnya nanti. waktu itu,
terkesan kan acik...
Unknown berkata…
salam jumaat acik.....nice sharing
by the way baca my new entry - Today I'm Officially 30 @ http://alamslegacy.blogspot.com/
Unknown berkata…
selesaikan tugas dengan penuh amanah ...
paridah berkata…
perkongsian cerita yg patut diteladani...kejujuran n keikhlasan itu harus menjadi sifat diri yg hakiki...
Lieya Von Jay berkata…
cerita yang membawa maksud yang mendalam. makna nya walau apa2 pon kita kena buat yang terbaik kan.. bukan nya sambil lewa ..
Tanpa Nama berkata…
menarik cerita ini, ada mesej tersendiri dalam nyer.. tq berkongsi yer
Shahrul Yusof berkata…
Pengajaran yang bagus. Ingatan buat diri kita supaya bersungguh-sungguh atas tiap pekerjaan yang kita lakukan.
Unknown berkata…
Salam bro... kisah yang penuh pengajaran buat kita.... walaupun sekecik mana pun kerja kita haruslah dilakukan dengan amanah dan tanggungjawab... jangan lakukan sambil lewa... :D
Maria Firdz berkata…
Owh... Prnh de juga satu drama sebijik mcm citer ni la... Pngjaran utk semua... Buatlah dgn ikhlas walaupun dlm terdesak atau terpksa..
Engku Muzahadin berkata…
Well said, penuh maksud tersirat!
Ina ZaLinA berkata…
sungguh mendalam maksudnya.. tq for sharing...
singgah BW sini...
norhasnizakhalid berkata…
quote dibawah membuat mama terfikir, ye! ikhlas.... itu penting...
cik lisa berkata…
nak buat apa-apa pun, ikhlas tu perlu letak at the top.. satu perkongsian yang baik ni, acik. boleh ingat mengingati, hehe
Tanpa Nama berkata…
kisah yang bermanfaat..alangkah ruginya si tukang kayu itu..dalam kehidupan sebenar,ruginya mereka yang tidak ikhlas melakukan sesuatu..
Unknown berkata…
terima kasih acik.. cerita yang menarik utk dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita semua. :)
Unknown berkata…
Ikhlas dalam apa yang kita lakukan adalah yang hasil yang terbaik
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

nice sharing.. pape kalau keje kena buat sehabis baik yer tak... insaallah perkongsian yg sangat menarik.

mselim3
Fiza Aizzawa berkata…
cerita pengajaran yg memang elok dikongsi bersama..
Tetamu Istimewa berkata…
Keikhlasan bekerja pasti akan merasai nikmatnya. Moga rezeki yang halal itu diberkati Allah SWT.