![]()  | 
| ehsan google | 
Assalamualaikum 
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga.Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Sekarang ini tak kira kurus mahupun gemuk masalah kolestrol yang tinggi dalam badan kita. Faktor utama adalah soal pemakanan, lagi-lagi kita kerap makan makanan yang berlemak dan makanan segera.Apabila ia bertambah serius, seseorang itu boleh mendapat serangan 
jantung atau strok. Justeru, selain  mengurangkan makanan berkolesterol 
tinggi, kolesterol sedia ada di dalam badan juga perlu dikurangkan.  
Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:
Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:
1. Minyak zaitun 
 
Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.
2. Kuaci  
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah
 dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus 
menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti 
dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta 
mengurangkan kolestrol.
3. Epal
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup 
untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam 
badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan 
epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah 
berlakunya lemak dalam badan.
 
4. Ikan Tuna
4. Ikan Tuna
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, 
selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh 
daripada peningkatan kadar kolestrol Lemak jahat (LDL).
 
5. Kacang Tanah
5. Kacang Tanah
 Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat 
dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak 
merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan 
jantung.
 
6. Mangga
6. Mangga
Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, 
kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah 
kolestrol LDL dalam tubuh.
7. Kismis
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika 
anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh 
menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
 
8. Oat
8. Oat
Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam 
darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit 
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol 
anda.
Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, anda boleh:
-  Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan 
kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak 
tidak sihat. 
Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya. -  Minum susu tanpa lemak.
 -  Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkannya daripada badan.
 -  Ambil makanan mengandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih.
 - Hindari aktiviti merokok.
 
Maklumat ini acik dapatkan sewaktu kempen kesedaran kesihatan di Klang. Jadi sama-sama kita pastikan tubuh badan kita sihat dan di hindari penyakit. Tak mahulah muda-muda tetapi dapat pelbagai penyakit.  



21 Ulasan
terima kasih achik saranan makanan utk kurangkan klolestrol...biasanya mselim3 tahu oat aje... hehhe
mselim3
pls: nice sharing...