dari page aman palestin
Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini , ucaplah syukur kita dapat bangun pagi untuk bersahur dalam keadaan yang aman. Kita dapat pergi ke bazar dengan senyuman yang menawan untuk mencari juadah untuk berbuka. Tetapi tidak bagi mereka yang berada di Gaza. Setiap hari mesti berjaga untuk keselamatan diri, serangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa siren peringatan. 

Sebelum meneruskan coretan ini marilah kita sedekahkan al fatihah kepada mereka yang terlibat nahas MH17 dan kepada semua penduduk gaza yang terkorban dalam serangan. Kita akan di uji dan terus di uji, pastinya setiap ujian itu berbeza bagi sesiapa sahaja. Terkejut apabila acik mendapat maklumat di page aman palestin bahawa jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza yang kini mencecah lebih 583 orang akibat serangan Israel dan mangsa yang cedera sebanyak 3640. Itu satu jumlah yang besar. 

Paling kejam apabila kanak-kanak ,wanita dan orang awam menjadi mangsa serangan bagi tentera israel. Di mana sifat kemanusiaan ?Adakah orang awam itu juga mempunyai senjata untuk membalas ? sedangkan mereka hanya mampu berlari untuk selamat diri.Meriam-meriam penceroboh Israel terus membedil Timur Gaza dengan bedilan tanpa henti. Tanpa henti tanpa mengira waktu, bayangkan mereka yang bersahur dan berbuka di serang dengan kejam.

dari page aman palestin
dari aman palestin


Masjid di serang!!, hospital di serang !! rumah orang awam di serang !! balai polis di serang !! apa lagi lepas ini yang akan di serang ? 

Bantuan dari luar tidak dapat masuk, ubat-ubatan di perlukan segera tetapi semuanya di sekat masuk. Ya Allah sedihnya, bayangkan anak-anak yang sedar dari lena yang kehilangan ibu bapa mereka. Bagaimana nasib mereka ? ibu bapa yang kehilangan anak-anak mereka , kehilangan yang teramat.

Kita tak dapat berjuang ke sana, marilah kita bantu mereka yang termampu dan jangna pernah putus mendoakan mereka disana. 

Duta kecil aman palestin
Duta kecil aman palestin

Kamu menyanjungi perjuangan rakyat Palestin?
Kamu ingin membantu perjuangan mereka?
Cawangan Aman Palestin jauh dari tempat anda?Kamu tidak berkemampuan dari segi kewangan?
Kamu selalu berkomunikasi di media sosial?

  Kamu semua boleh jadi Duta Kecil Aman Palestin!

Bagaimana caranya?

Senang sahaja!
Bantu kami promosikan FB Aman Palestin ke setiap:

1) Kenalan;
2) Ahli keluarga;
3) Sekolah; dan
4) tempat kerja kamu.

Duta Kecil AP,
Sama-sama memikul Amanah Besar!