gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini, ucaplah "alhamdulilah " tanda syukur kepadanya. Setiap hari mesti ada pelbagai cerita hidup yang hendak di kongsikan bersama-sama adakalanya suka atau duka. Siapa mempunyai sesuatu keinginan tapi belum di dapatkan ? Ala acik nie pun macam kamu semua juga yang mempunyai keinginan tapi setiap apa yang acik mahukan mestilah mengikut kemampuan dan cara mendapatkannye tidak melangar syariat islam.
Luahan demi luahan yang di kongsikan bersama acik , alhamdulilah masih ada yang percaya pada acik. Jangan risau setiap apa yang kamu katakan pada acik akan di simpan sebaik mungkin melainkan dengan keizinan kamu sendiri untuk izinkan acik share di blog acik nie. Setiap luahan dari rakan-rakan yang acik kongsikan itu atas kehendak pemilik mesej tersebut ataupon keizinan mereka .Dan hari nie acik mahu kongsikan sesuatu kepada kamu serta perlukan pendapat kamu semua. Baca di bawah ini.
Memang kadang kala leteran ibu itu tak dapat kita tahan dan kadang memang sakit telinga nak dengar tapi mak tak akan membebel jika kita lakukan pekara yang benar. Percayalah , mak mana yang tak sayang anak dia.Dia jadi "protective " itu tanda sayang dan peduli pada kamu. Untung tau ada orang nak ambil tahu dan ambil kisah terhadap kamu. Bayangkan mereka yang mak ayah asyik buzy dan tak ambil tahu dan mereka yang kehilangan ibu bapa. Mestinya mereka akan lebih menghargai dengan apa mereka ada.
Kalau nak jadi macam orang lain yang couple sana sini memang nampak indah, makan sama-sama , tengok wayang dan sebagainya.Tapi pernah tak terfikir ,bahawa Allah elakkan semua ini berlaku kepada kamu, Allah lindungi kamu dari pekara yang lagha dan ke lembah maksiat. Pada acik beruntungnya kamu. Memanglah rasa membuak-buak untuk rasa seperti remaja lain. Cuba muhasabah diri dan renungkan elok-elok bahawa betapa beruntungnya kerana Allah jaga kamu. Satu lagi , kalau kamu keluar berdua pegang sana sini yang bukan muhram tak pasal-pasal ayah kamu dapat saham dari tingkah laku kamu. tak kesian ke ?
Memang tak salah nak cari jodoh kamu, tapi restu ibu bapa itu paling penting. Jodoh itu satu ketentuan Allah. Sekurangnya kamu mula berdoa supaya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya Allah
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Tak perlu cemburu dengan orang yang Sweet couple,kerana manusia dicipta saling berpasangan.Cubalah cemburu dengan orang yang kuat Imannya baru betul. Mak selalu kata pada acik, nanti kalau acik jadi ayah baru acik tahu apa yang abah/mak rasa dan kenapa dia marah bila dia rasa tak betul di matanya. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jika tak di pantau anak-anaknya ,boleh rosak akhlaknya lagi-lagi di zaman moden ini yang dugaan lebih besar.
Pertama : ibu bapa mahu yang terbaik untuk kamu
Kedua: dia ingin kamu berjaya dahulu
Ketiga : dia tak mahu kamu kecewa dengan pilihan yang salah
keempat : dia mahu kamu habiskan belajar dahulu
Bila kamu dan lebih dewasa, dah ada segulung ijazah, diploma dan sebagainya. Jika kamu mempunyai pilihan kamu sendiri pastinya mereka tak akan menolaknya.
Pertama : ibu bapa mahu yang terbaik untuk kamu
Kedua: dia ingin kamu berjaya dahulu
Ketiga : dia tak mahu kamu kecewa dengan pilihan yang salah
keempat : dia mahu kamu habiskan belajar dahulu
Bila kamu dan lebih dewasa, dah ada segulung ijazah, diploma dan sebagainya. Jika kamu mempunyai pilihan kamu sendiri pastinya mereka tak akan menolaknya.
Cuba renung seketika dan lihat wajah ibu bapa kamu, mereka tak mahu pekara yang bukan-bukan berlaku pada kamu.Selalu berfikir positif dan selagi kamu di bawah tanggungjawab mereka, mereka berhak untuk atur hidup kita .Dan cubalah kamu buka hati untuk faham mereka juga.
23 Ulasan
Bw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com
Irra follow blog ni
Selamat berpuasa ^^
setiap pesan ibu itu adalah 'ubat' bagi anaknya.. Anak merasakan diri sudah besar.. anak tidak tahu yang 'pahit' leteran ibu adalah 'ubat' buat panduan anak menghadapi cabaran dunia yang penuh dugaan. Ibu adalah ibarat doktor yang menasihati pesakit agar makan 'ubat' yang diberikan... jika pesakit ingin cepat baik sihat ikut aturan makan 'ubat'...
Nasihat ibu adalah mutiara..
( maaf achik mselim3 kalau visit sini suka baca entry achik dan komen pjg2...hehhe)
mselim3 (daripada sahabat utk sahabat yang diingati)
pls: tanpa ibu siapalah kita... kan.
Betul kakak ni dah jadi mama kepada anak remaja amat faham bagaimana rasa mak/ayah bila anak kian membesar. Apa lagi dgn scenario dan environment sekarang yg macam-macam memang buat mak-ayah bimbang. So... sebaiknya kena dengar nasihat mak-ayah demi kebaikan diri juga.
Yg pasti couple boleh mengundang dosa besar. Ini tak ada dlm ajaran Islam.
Well said, acik!
buat adik suzy dan yang lain-lain..percaya je pada naluri mak..tak rugi.. :)
bila dah khawin nanti ada ank pinak, baru tahu...
susah senang nak jaga ank mcm mana...!!
Bukan senang nak jadi seorg Ibu...
hari ini hari kita enta esk lusa ank kita pulak nanti
buat perangai mcm kita kan susah...Salam Jumaat
tapi kalau pandai jaga diri tak pe lah kot..
588DOMINO
Situs Poker Online
Poker QQ Indonesia
Situs Poker Terbaik
Judi Poker Terlaris
Game Pokerqq Online
Poker Uang Asli
Bandar Domino Online
Agen Capsa Online
Minimal Deposit Hanya 20.000
Daftar Sekarang Juga DI Situs Poker Indonesia Terlaris
WWW.588DOMINO.COM
BONUS TO 0.5%
NB : JANGAN TERGIUR DENGAN BONUS DEPOSIT BESAR TAPI KALAH TERUS!!!
TIDAK ADA BONUS TETAPI MENANG TERUS
ANDA PILIH MANA ???