Pengikut

Sabtu, 5 Julai 2014

Senaman Melangkah Laju Beri Kesan Kesihatan Serta Kecantikan Ketika Bulan Ramadhan

senaman
gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Bulan puasa ini ramai jadikan alasan untuk tidak bersenam. Katanya takut penat dan nanti haus. Kalau kemana sahaja mesti nak naik kenderaan , tak mahu berjalan.Kalau boleh nak turun betul-betul depan kedai tersebut. Kalau bazaar tu kereta boleh lalu tak nak turun nak pergi ke satu-satu kedai naik kenderaan. Hahahahha. 

Jadi meh acik kongsikan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos. 


Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. 

Ini bukan sekadar andaian tau, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. 

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu: 

1.Berat badan stabil 

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku. 

2.Menurunkan berat badan 

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin. 

3.Risiko elak serangan jantung 

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. 

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung. 

4. Angin ahmar atau strok 

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes. 

5.Mencegah kencing manis 

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan). 

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes. 

6.Mencegah osteoporosis 

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun. 

7.Meredakan sakit lutut 

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu. 

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas. 

7.Tekanan 

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu. 


Tip jalan laju 


# Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa 

# Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata 

# Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju 

# Gerakkan lengan ketika berjalan 

# Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu 

# Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman 


Jadi mak cik-mak cik di rumah itu bolehlah buat satu around kat kawasan perumahan itu untuk pastikan badan kita sihat. Kalau kita biarkan lemah sahaja memang badan akan jadi lebih lesu-lesu. Kalau pergi bazar mahupun pasaraya silalah berjalan sedikit bagus untuk diri kita. 


Share This!


18 ulasan:

  1. Boleh amalkan selalu ni, buat depan umah pun boleh ni..=)

    BalasPadam
  2. makcik2 dirumah tu berjalan berkilometer sehari melakukan kerja di dalam n diluar rumah...xsematamata berjalan saja...tentu sihat tubunya kan...

    BalasPadam
  3. Fiza memang jln laju hari2.. mmg dah terbiase.. hehe... terima kasih atas atas perkongsian nie.. selamat berpuasa..

    BalasPadam
  4. akak memang suka jalan kaki ni..bulan puasa pun still amalkan, tapi makin petang makin tak laju jalannya.

    BalasPadam
  5. Bulan puasa ni malam dah tak dapat main badminton kena pergi terawih. Tp tu bkn penghalang tak boleh bersukan. Eden petang2 dalam bulan puasa ni main gak badminton. Dalam pukul 6.40pm cam tu dah main dah. Takdalah haus sgt. Lagipun masa tu cuaca tak berapa panas dah.

    Apapun thx for da info.

    BalasPadam
  6. subhanallah bgusnya..
    nampaknya kena amlkan nanti..
    tq sharing acik

    BalasPadam
  7. Info sihat dan badan cergas di kongsi lagi, moh apa lagi kite jom parking jauh sikit bg membolehkan kaki berjln jauh kan amalan suka parking depan entrance tuk elakkan dari kluar peluh :-)

    BalasPadam
  8. Selalu sangat jalan kaki. Kekadang demam2 pun jalan kaki gak. Tapi lagi demam ade la. Haha. Betul la tu, org dulu ramai tak kene penyakit kronik sbb hari2 jalan kaki jauh2. Kayuh basikal. Kan semua tu senaman sihat.

    BalasPadam
  9. saya pun pegi skola jalan kaki je. atleast adalah juga senaman dlm sehari :D

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..best sharing ni acik..moga memberi kesan yang positif berkat istiqhomah melakukannya..insyaallah..amin..

    BalasPadam
  11. apa pun jenis exercise , dah pasti ada kebaikannya ...

    BalasPadam
  12. Mmg amalan yg baik utk kesihatan.. T kasih atas perkongsian Acik.

    BalasPadam
  13. selalu buat ni :))
    nak berlari beriya2 rasa macam over sangat, so ika selalu juga bersenam cari ni, jalan laju hiks :))
    banyak kan manfaatnya acik walaupun sekadar berjalan :))

    selamat berpuasa dan salam ramadhan acik :))

    BalasPadam
  14. jalan laju nih memg bdn boleh maintain kurus...akak kalo jln memg jln laju...tp sjak lutut skit memg xbrni sgt nk jln laju sbb kalo slh lgkh lutut kuar dr kdudukan

    BalasPadam
  15. good sharing acik.. dah lama tak senam..

    BalasPadam
  16. Nice sharing... Hari2 berjalan...siap turun naik tgga lafi..

    BalasPadam
  17. terima kasih acik bg tips ni insyallah akan dijadikan rujukan

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails