Pengikut

Ahad, 6 Julai 2014

Secebis Pengalaman Menjadi Gelandangan

gelandangan

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Sebenarnya acik ingin kongsikan secebis kisah yang ingin di kongsikan bersama kamu semua pembaca blog akupenghibur.com. Acik pernah tekad untuk lakukan pada bulan puasa ini untuk merasa keadaan mereka yang susah di jalanan sebagai gelandangan. 

Niat acik untuk merasai sendiri rasa saat tidak mempuyai apa-apa di kala orang di luar sana sedap makan yang enak sehingga perut membulat. Sedangkan masih ada mereka yang sangat memerlukan makanan. Seperti biasalah lokasi pilihan acik adalah di area Kuala Lumpur. 

Waktu malam masih lagi ramai orang berpusu untuk membeli barang keperluan mereka,bukit bintang dan kawasan yang lain sesak dengan orang ramai. Wah pakai kereta mahal-mahal semua, untungnya mereka bernasib baik dan di kurnia rezeki yang melimpah. Tepat jam pukul 12 tengah malam maka keluarlah sekumpulan manusia mencari tempat teduh di tempat-tempat kebiasaan mereka. 

Aku melihat mereka membawa kotak , kain-kain buruk dan surat khabar lama yang di jadikan alas tempat beradu. Di kaki lima tempat mereka berteduh, di bawah jambatan dan mahupun lorong-lorong yang sempit. Aku melihat sendiri ada ibu bersama anak-anak kecil berkeliaran di waktu malam. Aku cuba mendekati anak perempuan itu. Aku bertanya, adik nak pergi mana malam-malam ini ?

Jawabnya dengan pendek .. nak cari makan bang untuk sahur 

Nak ambil ini ada roti, jangan merayau kesana sini bahaya, awak tu perempuan. Anak itu terus berlari menuju ke ibunya dan aku mengikutinya sahaja. Kelihatan ibunya yang sedang terbaring dengan berpakaian baju yang sudah lusuh. Aku hanya mampu bantu apa yang termampu.

Di sebalik keindahan ibu kota yang sangat tersegam indah hiasannya tersembunyi kehidupan kecil mereka yang sangat memerlukan pertolongan. Pukul 2, aku terus berjalan ke tempat-tempat lorongan kecil, melihat ramai yang berbaringan di kaki lima. Ada juga yang mengelongkar timbunanan sampah untuk mencari tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk di jual.

Aku beranikan diri mendekati seorang lelaki yang sedang duduk termanggu di kaki lima.

Assalamualaikum bang, boleh saya duduk kat sini ?

lelaki itu menjawab pendek, duduklah.

Bang boleh saya tumpang di sini untuk tempat berteduh ?

lelaki itu hanya tersenyum , lalu lelaki bertanya padaku, dari mana ini dik ? kena tidur di kaki lima kat sini ?

aku menjawab, dari jauh bang, saya pun orang susah juga.

Tiba-tiba dia kata padaku, aku dah lama di sini, tidur di merata tempat,makan apa yang ada sahaja. Siang aku berkerja cari tin-tin kosong dan kotak untuk di jual di kawasan pembuangan sampah. Aku hidup sebatang kara, tak ada mak, tak ada keluarga. Aku tak ada pilihan dik, orang pandang hina padaku , mereka anggap aku seperti anjing kurap yang mengemis hidup.Aku tak ada pilihan....

Aku hanya mampu terdiam dan mendengar kata-katanya.



Pukul 3 pagi, ramai aku lihat mereka yang berhati mulia, sekumpulan manusia yang mengedarkan makanan kepada mereka yang terbaring di kaki lima. Alhamdulilah pagi itu mereka mendapat rezeki untuk di jadi bekalan untuk sahur. 

Tanpa aku sedari air mata ini mengalir tanpa henti, di saat aku mampu makan yang sedap-sedap tetapi ada mereka yang berhari-hari tidak makan. Pakaian yang compang camping dan tidur di merata tempat. Aku bersyukur ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku.

Niatku itu tidak terhenti di situ, esoknya aku datang lagi ketempat tersebut tetapi alhamdulilah kali ini aku membawakan makanan yang di taja oleh seorang individu yang ingin aku sembunyikan identitinya. Baik orangnya, syukur masih ada yang prihatin setelah aku kongsikan di sebuah pusat pengajian yang menjemputku untuk berkongsi pengalaman. 

Aku sempat bertanya dengan beberapa orang di kawasan tersebut, mereka ada pekerjaan tetapi mereka tidak mempunyai rumah kerana kos yang mahal untuk menyewa. Semoga pihak yang berwajib prihatin dan membantu mereka. 

Akhir kalam dariku, Jika kamu rasa di dirimu susah, tengoklah sekeliling ada orang lebih susah darimu. Jika kamu mengeluh di saat di timpa musibah kecil lihatlah di sekeliling masih ramai yang di berikah musibah yang lebih besar darimu. Di kata kau bersedih kerana di tinggalkan kekasih,lihatlah sekelilingmu masih lagi ramai mereka yang bersedih mengenangkan nasib anak-anak mereka yang kelaparan. Di saat kau membazirkan makananmu, lihatlah sekelilingmu masih lagi ramai yang berlapar di siang dan di malam hari. 

Beryukurlah atas nikmat di kurniakan Allah tidak semua orang bernasib baik sebagaimana nasib kita. Jangan kita kufur nikmat di berikan oleh Allah.  

Share This!


19 ulasan:

  1. syukur atas nikmat yang Allah berikan...

    BalasPadam
  2. N3 TERBAIK..BERGENANG AIRMATA MEMBACANYA SGT MENYENTUH MENGENANG KESUSAHAN HIDUP YG TERPAKSA MRK HADAPI...ITU BUKAN PILIHAN MRK TAPI UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP MRK TIADA PILIHAN..

    BalasPadam
  3. Lain pulak kalau kat jepun, orang tidur di kaki lima. Itu standart. Kadang2 yang tidur kat jalan tu, orang yang yang still pakai baju kerja. Berbaju kot.

    Semoga Allah keluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. Kadang2 tu jalan2 kat kL, terfikir jugak. Macammane hidup orang yang tido di kaki lima. Patut kerajaan lebih sensitif akan hal ni.

    BalasPadam
  4. Kita yang bernasib baik ni harus bersyukur dengan nikmat yang dinikmati dan tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Di bulan Ramadan ini banyakkan lah bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Betul kata acik kita jangan terlalu membazir . Ingat juga mereka yang tiada makanan sedangkan kita mewah dengan makanan.

    BalasPadam
  5. bersyukurlah dengan apa yg kita ada..ada org lain lebih susah dari kita..

    BalasPadam
  6. sedihnya bila baca ni acik..betul, harap orang yang sepatutnya bantu mereka akan buat yang sepatutnya.sedih tengok di sebalik kemegahan Kuala Lumpur, ramai yang mengemis sekadar untuk makan.

    BalasPadam
  7. Best perkongsian ni acik..sedih bila mengenangkan anak anak kecil..moga suatu masa kelak Malaysia boleh mencapai tahap sifar gelandangan..amin..

    BalasPadam
  8. syuur atas nikmat yg Allah berikan, :)

    BalasPadam
  9. Subhanallah sedihnya x ramai yg sedar

    BalasPadam
  10. Allahuakbar. Alangkah bertuahnya kita. Terima kasih Ya Allah. Tahniah kerana berjaya menelusuri kehidupan mereka. Teringin juga melihat dengan mata kepala sendiri.

    BalasPadam
  11. Jika di beri pilihan mereka jugak tak mahu jadi gelandangan... Siapa yang nak pilih hidup susah tapi Allah tu maha tahu menguji manusia atas apa mereka mampu. Syukur walau takk kaya masih ada tempat berteduh even menyewa masih cukup makan pakai even tak mewah. Alhamdulillah.. moga mereka semua di beri rezeki untuk merasa hidup selesa

    BalasPadam
  12. Ya Allah rasa insaf bila baca entry nih..Betul tuh..kalau kita rasa kita susah sbnrnye ada yg lebih susah drp kita kat luar sana..teringin nak mendekati org gelendangan nih..nak tau kisah hidup mereka

    BalasPadam
  13. terbaik la acik..merasa sendiri perasan org yg hidup gelendangan.. sentiasa rasa bersyukur..

    BalasPadam
  14. Mereka mmg patut dibantu.. dulu sewaktu bujang mmg selalu bersama2 gelandangan ni. Setiap mlm akan ada group yg bawa makanan utk mereka... syukurlah kita masih mempunyai kehidupan yg sempurna walaupun tak sekaya mana... subhanallah walhamdulillah...

    BalasPadam
  15. memang berat dugaan sebagai homeless...syukur juga saya masih ada rezeki untuk hidup sempurna walau dalam kepayahan juga sebenarnya!

    BalasPadam
  16. bersyukur sangat dengan apa yang kita miliki, dalam duk kita merungut makanan tak sedap la, apa la, ada orang terpaksa mengorek tong sampah untuk mencari makanan..macam mana la gayanya ...

    BalasPadam
  17. terima kasih berkongsi acik, wlau tak dpt nak merasa sendiri tp turut dibayangi rasa hiba.. kesiannya mereka.. sejujurnya pd pandangan husna, keadaan mereka itu yang membuatkan org ramai takut nak dekat, tp andai ada hati seikhlas acik pasti kebajikan mereka terjaga.. smoga mereka terus dilindungi Allah SWT..

    BalasPadam
  18. Melihat kehidupan yg lebih susah.. Buatkan kita bersyukur gn apa yg ada..

    BalasPadam
  19. kita selalu pikir kita susah, padehal belambak lagi org yg lebih susah dari kita kan?

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails