Pengikut

Rabu, 19 November 2014

Kelemahan Perempuan Tetapi Sebenarnya Adalah Kekuatannya

Ehsan google

Assalamaualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Saban hari kita mendengar rungutan perempuan pelbagai pekara sama ada di kehidupan seharian mahupun di laman sosial. Memang benar setiap manusia yang bernyawa mempunyai kelemahan yang tersendiri begitu juga seorang perempuan mempunyai kelemahan tersendiri. 

Terutama bagi perempuan muslim yang terikat dengan beberapa aturan dalam agama. Dan itulah mengapa kaum feminis berkata susah menjadi wanita atau perempuan, kerana melihat beberapa aturan ini:


1. Perempuan auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Perempuan perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Perempuan saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Perempuan wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Perempuan kurang dalam beribadah karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “memerdekakan hak perempuan.”

Tapi, lihatlah sebalik dari kelemahan itu. Dibalik kelemahan tersebut perempuan memiliki kekuatan yang teramat besar.

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang perempuan.

2.Perempuan perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya.


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu."

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

3. Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/ wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.


4. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Dan tahukah jika ia meninggal dunia kerana melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung- jawabkan terhadap 4 prempuan, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang perempuan tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi perempuan jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah, demikian sayangnya Allah pada perempuan. Namun, kelemahan yang paling nyata bagi seorang perempuan itu adalah “perempuan selalu lupa betapa berharga dirinya.”


Dirinya mahal tetapi di biarkan dirinya ............


Subhanallah,semoga kamu mendapatkan ketenangan hidup yang hakiki, berjaya di dunia, dan di akhirat masuk surga firdaus tanpa hisab bersama para Nabi dan Rasul. Aamiin ya Allah 

Share This!


12 ulasan:

mrs.smile berkata...

saya bangga menjadi seorang perempuan :)
walaupun saya banyak kekurangan

Normi Nieza berkata...

good sharing..bangga mnjadi seorng perempuan..:)

Haslinda Hassan Ali berkata...

saya rasa bertuah dapat melahirkan cahaya mata...
Ya Allah lindungi ibuku...dunia&akhirat

Belog Santai berkata...

Thanks Acik..Itulah keistimewaan wanita kan..

Amanina berkata...

Allah sangat adil utk kedua-dua lelaki & perempuan :) :D jom sama2 baiki diri sebagai hamba Allah

Cik Ash berkata...

alhamdulilah bersyukur sangat jadi seorang perempuan.. tetapi diri ini masih ada kekurangan perlu diperbaiki lagi...

Mar Mansor berkata...

keistimewaan wanita..yang mungkin tidak nampak akan keistimewaan itu

Ain Ridzuan berkata...

Saya bahagia menjadi seorang wanita kerana kasih seorang wanita boleh membawa ke syurga.. insyallah.. Tetapi kaum wanita juga ramai di dalam neraka..

Nadia Johari berkata...

memang banyak kelebihan menjadi perempuan..dan perempuan juga senang dapat dosa..Nad sentiasa perbaiki diri

Gee Lion berkata...

wanita adalah makhluk istimewa ciptaan Allah.. ^_^
hanya jika wanita mengerti..

Bayu Alam berkata...

Perkongsian yang amat berguna dan penulisan yg sangat menakjubkan

Khir Khalid berkata...

Islam sebenarnya amat menjaga dan mengangkat martabat wanita.. Perkongsian yg sgt baik utk kita semua renungkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails