Pengikut

Khamis, 4 Disember 2014

Doa Dan Perjuangan Adik Muhammad Izzsyraq Azraq





Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi di bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhamad SAW. Dalam kehidupan kita di uji dengan ujian yang berbeza-beza. Ada yang di uji dengan kekayaan, kesusahan, dan ada juga di uji dengan kesihatan. 

Rasa sayu dan gundah gelana melihat keletahan seorang kanak-kanak yang nampak happy tetapi di hatinya tersembunyi seribu perasaan yang kita tidak ketahui. Rasa ingin tahu tentang kanak-kanak ini sehingga terjumpa blog ini yang mengisahkan tentang keadaan anaknya. 

Muhammad Izzsyraq Azraq, mungkin ramai tak kenal tetapi adik ini pada acik dia sangat istimewa kerana semangatnya sangat kuat dan ibu bapa kepada adik beradik ini sangat tabah dugaan dari Allah.

Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini. Acik tidak tahu sangat tentang penyakit ini tetapi dari pembacaan ianya masih lagi kajian yang mendalam . Di sini acik sertakan kronokgi pembedahan yang telah di lakukan. 



11 NOV 2013 (Ops 1) :


Pembedahan dijalankan atas saranan pakar HKL 
kerana ingin mengetahui punca adik Izz muntah-muntah 
dan kenapa perutnya mengembung. 
Hasil pembedahan mendapati usus adik Izz terbelit 
dan sudah nampak kehitaman kerana tiadanya aliran darah. 
Doktor bedah Hospital Putrajaya hanya membetulkan salur darah 
dan membuang sedikit usus besarnya. 
Menurut doktor, usus kecil adik Izz semasa itu panjangnya adalah 100cm. 
Adik Izz kemudiannya dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL.

13 NOV 2013 (Ops 2) :

Pakar bedah Pediatrik melakukan pembedahan untuk membuang usus kecil 
adik Izz yang disahkan telah mati / tidak berfungsi. 
Pembedahan ini hanya membuang 10cm usus kecil adik Izz 
dan menurut pakar hanya 5cm usus kecil adik Izz yang benar-benar sihat, 
selebihnya belum pasti. 
Jangkaan pakar masa ini, 70-30 iaitu 70% adik Izz takkan survive.

05 DIS 2013 (Ops 3) :

Adik Izz menunjukkan gejala positif, 
Alhamdulillah dan pakar bedah ambil keputusan untuk menjalankan 
pembedahan untuk mengetahui progress baki usus kecil 
yang selain 5cm itu samada ianya sihat atau tidak. 
Pakar mengesahkan usus kecil adik Izz tidak dapat diselamatkan lagi 
dan ketika pembedahan dijalankan, 
ususnya telah pun kehitaman dan sedikit berbau. 
Usus kecil adik Izz dibuang meninggalkan 5cm sahaja usus kecilnya. 
Pembedahan kali pertama 
tiub Central Venous Line (CVL) di bahagian kiri dada adik Izz.

22 JAN 2014 (Ops 4) :

Pembedahan menyambungkan usus kecil adik Izz ke usus besar dijalankan. 
Kuasa Allah, usus adik Izz bertambah ke 8cm yang mana 
menurut doktor, usus tidak memanjang tetapi hanya mengembang.


10 FEB 2014 (Ops 5) :

Pembedahan memasukkan tiub Central Venous Line (CVL) 
ke dada adik Izz dimana tiub berkenaan akan disambungkan terus 
ke salur darah berhampiran dengan jantung adik Izz 
bagi tujuan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN). 
Tiub CVL disambung di bahagian kanan dada adik Izz. 

14 APR 2014 (Ops 6) :

Pembedahan memasukkan tiub Central Venous Line (CVL) 
yang baru di bahagian kanan dada adik Izz untuk 'Home TPN Programme'.

25 APR 2014 (Ops 7) : 

Pembedahan memasukkan lagi tiub Central Venous Line (CVL) 
yang baru ke bahagian dada kanan adik Izz kerana CVLnya tercabut.

28 MEI 2014 (Ops 8) : 

Pembedahan dijalankan kerana tiub Central Venous Line (CVL) 
adik Izz dijangkiti, dan tiub CVL baru juga 
dimasukkan ke bahagian dada kanan adik Izz.

04 OGO 2014 (Ops 9) :

Selepas beberapa siri pembedahan memasukkan 
tiub Central Venous Line (CVL) dijalankan, 
kekerapan tiub CVL berkenaan tercabut dan dijangkiti tinggi. 
Pakar mengesyorkan kaedah baru iaitu Chemoports. 
Pembedahan menanam Chemoports ke dada adik Izz dijalankan 
dan setiap minggu adik Izz harus tukar penggunaan jarum Chemoports. 


Pray for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome



Maklumat dari  blogger YY , saiz usus kecil manusia adalah antara 6 hingga 8 meter tetapi Adik Izz kini hanya mempunyai 8 sen terkesan dengan perkhabaran seperti itu.

Setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah atas dasar try and error disebabkan belum ada rujukan untuk penyakit ini di Malaysia.

Hospital @ Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur adalah rumah terbaru Adik Izz.Adik Izz berusia setahun lapan bulan ketika entry ni ditulis. Melihat senyuman dia, mungkin tiada siapa tahu penderitaan yang terpaksa diharungi oleh si pejuang kecil ini.

Menurut +ekjoz buluh iaitu Papa Izz, "Doktor masih lagi buntu untuk mencari penyelesaian agar Adik Izz sembuh. Buat masa sekarang dengan teknologi sekarang, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja penyelesaian terbaik. Hanya keajaiban ALLAH sahaja yang dapat membantu Adik Izz"


Acik baru tahu bapa Izz juga seorang blogger. Kamu boleh mengunjungi blog beliau  di www.ekjozbuloh.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan Adik Izz. Semoga sedikit tidak dapat membantu adik Izz.

Ya Allah ya tuhanku, panjangkan umurnya, berikan kesihatan yang baik kepadanya, ceriakan hari-harinya dan berikan kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Acik hanya tolong yang termampu semoga ALLAH merahmatimu adik Izz. 

Share This!


11 ulasan:

Yana Yani berkata...

moga adik izz terus kuat dan ibu bapa dia terus tabah
p/s-acik, ayat akhir tu macam ada yang tak kena lah =)

Farah Waheda Wahid berkata...

semoga aik izz terus kuat...akak tak daya nak baca sampai habis acik...air mata bergenang-genang... tak menyampai hati...

Cetusan Minda berkata...

semoga Allah permudahkan adik Izz melalui ujian Nya ... aaamin .

mama amir berkata...

Semoga Allah kuatkn semangat adik izz dan ibubapanya..aamiin

Nur Inani berkata...

semoga adik ini sihat seperti orang lain :)

Mama Niza berkata...

sayu hati mama dengan kisah adik Izz.. sebagai seorang ibu, mama memahami... mama titipkan doa buat anak kecil ini...

Mama Niza

Khir Khalid berkata...

Bersamalah kita sentiasa mendoakan yg terbaik buat adik Izz & seluruh keluarganya... aamiin...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

semoga cepat sembuh...

Najib Ariyan berkata...

Bersekali dengan jumaat ni saya doakan adik MIA akan sembuh sepenuhnya... amin

ekjoz buluh berkata...

Terima kasih semua! Saya dan keluarga mendoakan agar tuan puan semua dilimpahi rahmat dan nikmat yang melimpah dari Ilahi.

Maria Firdz berkata...

Moga diberikan kekuatan utk adik ishraq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails