Pengikut

Isnin, 1 Disember 2014

Ungkapan Yang Perlu Di Elakkan Ketika Bertengkar Dengan Pasangan

ehsan google
Assalmualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad saw. Walaupun acik belum lagi berumahtangga tetapi mak selalu nasihatkan pada acik untuk di bawa panduan dan peringatan untuk di bawa di alam perkahwinan. Jadi acik ingin kongsikan kepada kamu semua.

Kehidupan suami isteri dalam sebuah keluarga bukanlah kehidupan syurga dunia yang hanya berisi kenikmatan dan suka sentiasa. Seromantis apapun suami isteri, sebahagia mana keluarga itu , tentu ada ketika ada permasalahan yang berlaku, selisih faham berlaku tanpa di duga. Perselisihan atau pertengkaran yang sesekali terjadi pada suami isteri jika tidak di tangani dengan baik hal kecil boleh di besarkan.Ahh, agar perselisihan atau pertengkaran tidak berkepanjangan, tidak membawa luka mendalam serta tidak merosak hubungan cinta dan kasih sayang, suami isteri perlu menghindari tiga ucapan ini yang acik selalu pesan:

Pertama: perkataan melalui ancaman.

Suami isteri harus menghindari kata-kata yang bernada ancaman. Sebab ancaman hanya makin menyebabkan kemarahan pasangan kita dan menjadikan masalah
berpanjangan.Kalaupun ancaman meredakan masalah secara sementara, pastinya ia membekaskan kekhawatiran di jiwa pasangan hidup kita.

Kata-kata seperti “ kalau kamu tidak berubah, aku akan pergi dari rumah ini” atau “Jika kamu mengulangi hal itu lagi, aku akan mengusirmu dari rumah ini” seharus dihindari.

Betapa banyaknya keluarga yang berpecahbelah setelah suami mengeluarkan ancaman semacam ini, kemudian isterinya menjawabnya dengan ancaman pula.

“Oke, kalau begitu aku akan pulang ke rumah orang tuaku.”

Yang lebih berbahaya, jika suami mengancam dengan menggunakan kata “cerai.” Seperti kalimat: “Kalau begini caranya, aku akan menceraikanmu.”

“Tiga perkara yang serius dan bercandanya(bergurau) sama-sama dianggap serius, yakni nikah, talak dan rujuk”(HR. Abu Daud)

Imam Nawawi menjelaskan, “Orang yang mentalak dalam keadaan redha, marah, serius maupun bergurau, talaknya tetap jatuh”

Kedua : Menyatakan ungkapan kebencian.

Meskipun sedang marah atau bertengkar dengan pasangan, hindari kata-kata “Aku benci kamu.” Sebab, sama ada disedari atau tidak, kata-kata ungkapan kebencian ini sangat membekas di hati pasangan hidup,
khususnya ketika diucapkan oleh seorang suami kepada isterinya. Si isteri akan merasa bahawa suaminya sudah tak lagi mencintainya. Dan ini berbahaya bagi kehidupan pernikahannya.Dari bekas kata-kata kerana ungkapan benci ini akan terus terbawa dalam benak isteri meskipun kemarahan sudah mereda, pertengkaran sudah selesai, dan permalasahan sudah reda.

Tapi lelaki perlu ingat bahawa ianya tidak hanya setakat di situ ketika permasalah mendatang hadir lagi tak mustahil si isteri akan mengigati apa yang telah kamu ungkapkan.  Para suami perlu menyadari bahwa wanita adalah makhluk perasa. Sensitif perasaannya.

 Ketiga : Tidak pernah

Kata-kata ini juga perlu dihindari iaitu “tidak pernah.” 

Kerana dua patah perkataan ini mampu membuatkan hubungan itu terjejas teruk.

"bila bersama dengan kamu aku tak pernah bahagia !!"

Mungkin kata-kata pada kita biasa tetapi sedarlah bahawa ianya memberi kesan yang mendalam kepada pasangan kita. 

Allahuakbar, acik menaip ini juga mengingati diri ini yang juga akan melalui fasa ini. berfikirlah sebelum ungkapkan perkataan itu kerana ianya akan meninggalkan kesan kepada sesiapa yang mendengar.

Share This!


9 ulasan:

Enor Adam berkata...

Perkongsian yg berguna... tahniah atas anugerah kmu baru2 ini..

Khir Khalid berkata...

Perkongsian yg bermanfaat utk dijadikan panduan serta peringatan bersama.. T kasih atas perkongsian ini Acik.

Belog Santai berkata...

Salam selasa Acik..

So sadis bila baca ayat ni ..."bila bersama dengan kamu aku tak pernah bahagia !!"..hmm...

Bin Muhammad berkata...

Bagus sekali buat ingatan bersama...terutama diri sendiri. Thanks Acik

Liza Licha berkata...

kadang2 bila marah memang paling risiko tinggi untuk keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Hazmin Hamudin berkata...

Tengah marah, memang macam-macam perkataan boleh keluar. Kena bawak bersabar banyak-banyak.

Asha Lya berkata...

Memg kna byk besbr, x blh ckp main lps je

Nurul Hidayah berkata...

Alhamdulillah.. nice sharing acik :)

yoorin melacolea berkata...

org pompuan selalu kalau marah nak je mulut kena cabai.. tp alhamdulillah.. buat masa ni masih lagi jaga mulut.. haiippp,... tp x boleh simpan lama2.. nanti kalau dah meletopsss!! kebabommm.. moh laa kite berbincang bila dah reda ye x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails