Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Semalam terserempak dengan seseorang yang pernah berjanji hidup semati, dulu- dululah. Dia sekarang dah betkahwin dan dah punya anak.

Si Dia : Ehh acik..
Acik : Eh awak..
Si Dia : Acik saya nak minta maaf dengan apa yang acik buat kat acik. Saya...
Acik : Dah dah cukup, benda dah lama jangan di kenang-kenang lagi.
Si Dia : Tapi saya pernah sakiti hati awak, saya minta maaf.
Acik : Acik dah lama maafkan, benda dah terjadi anggaplah ianya pengajaran untuk saling menghargai.

Okay itu sedikit sedutan acik berjumpa dengan bekas bakal tunang. Jadi di sini acik ingin berikan sedikit tips kepada kamu berkenaan dengan bekas kekasih , bekas tunang kamu yang pernah menyakiti kamu.

Pertama : Bertenang dan anggaplah seperti orang baru kenal

Jika bertemu buatlah biasa seperti kamu baru kenal . Bersifat profesional itu perlu t, tunjukkan bahawa kamu boleh hidup dengan bahagia waaupun bukan dengan dia. 


Kedua : Anggaplah dia bukan jodoh kamu

Dalam kehidupan kita , kita tak terlepas di uji dalam soal perasaan . Ada satu saat kita dah rasa dia adalah jodoh kita, dekat dengan ijab dan kabul tetapi terpisah tanpa di duga dengan pelbagai alasan . Allah pinjamkan dia untuk kita berkenal- kenalan dan tentunya perancangan Allah itu akan lebih baik untuk kita, inshaAllah akan temukan jodoh yang lebih baik tak cepat, lambat sikit.

Ketiga : Proses untuk mengenali diri

Mungkin ada kesilapan diri kita yang kita tak sedar , kita juga menyakiti dia. Tak semua pekara kita betul dan tak semua pekara kita dalam situasi yang menyenangkan.Ianya perlu masa untuk kita muhasabah diri untuk hubungan yang akan datang. Muhasabah diri dan selalu berdoa pada Allah semoga di berikan jodoh yang baik dan kita menjadi lebih baik.

Keempat : Jangan berdendam

Kadang kita di sakiti, kita di khianati dan kita di mainkan soal perasaan. Jangan biarkan hati kita berdendam, nak biarkan hati kita ada titik hitam di sebabkan mereka.Anggaplah ia pengalaman untuk jadikan kita lebih baik di masa akan datang.

Kelima : Maafkanlah

Siapa salah itu tidak penting, tetapi siapa yang memaafkan itu adalah lebih penting. Ye tahu kita terkesan kerana perbuatannya, bayangkan dulu Nabi Muhammad SAW pernah di lemparkan dengan batu, di lemparkan kata-kata Baginda tetap memaafkannya. Memaafkan itu bukan kita boleh menerima dia dalqm hidup kita. Hanya memaafkan apa yang dia pernah lakukan pada kita.

Kelima : Ikhlaskan apa yang berlaku

Ikhlaskan , percaya ia buatkan hati kita lebih tenang.Sesungguh keikhlasan itu membukti bahawa kita telah memaafkan dan sanggup lupakan apa yang terjadi.

Lagi-lagi dalam dunia yang penuh cabaran ini, anak muda mencari cinta, putus cinta dan sanggup buat apa sahaja pekara di luar fikiran waras kitq. Kembalikan cinta kerana Allah, jaga perhubungan kita dan baiki diri. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jika tidak itu ujian untuk kita. Semoga pembaca blog ini sentiasa di bawah keredhaan Allah dan sentiasa mendapat hidayahnya.Amin