Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cepat masa berlalu ingat lagi, zaman nak pergi sekolah dulu masa darjah 1.

Excited sangat nak pergi sekolah, pagi-pagi nak pergi sekolqh tapi masa darjah 1 dah tak nak mak teman kononnya dah besar. Tapi mak setia menemani dari luar tingkap untuk melihat anaknya. Alahai rindu pula zaman sekolah dulu-dulu.

Sekarang pula anak sedara acik yang akan masuk sekolah. Ada yang baru nak masuk tadika iaitu Zahra dan seorang lagi Rizmi yang masuk darjah 1.



Tengok mereka teruja masuk sekolah, kita pula rasa seronok.Budak sekarang memang advance sebelum darjah 1 dah pandai membaca buku.Kagum betul dengan mereka, acik dulu lambat baca.

Acik doakan semoga anak-anak sedara acik menjadi orang yang berguna dan dapat menjadi pemimpin yang terbaik di masa depan. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Acik dari jauh selalu akan mendoakan semua anak sedara acik.