Pengikut

Jumaat, 13 Februari 2015

Al Fatihah | Tok Guru Nik Aziz Dalam Kenangan



Assalamualaikum

Ya Allah rasa sedih hiba melihat pengebumiaan seseorang yang sangat di kagumi sejak dari dulu. Semalam rasa terkesima tanpa di sedari air mata mengalir apabila dapat tahu MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam semalam. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Paling penting adalah kesederhanaan itu buat acik kagumi allahyarham.

. memotong gajinya sebanyak 40 peratus unetuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Allahyarham enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. 


Allahyarham memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Tidak pelik jika pengebumian allahyarham tok guru di hadiri hampir 30 000 datang untuk melihat kali terakhir.


Al Fatihah, Takziah acik ucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga tabah dengan kehilangan ini. Semoga ruhnya di tempat di kalangan orang yang mendapat keredhaan Allah.

Share This!


7 ulasan:

  1. salam takziah dan al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat oleh Allah SWT...

    BalasPadam
  2. sedih sgt acik.. semoga syurga buatnya.. innalillah

    BalasPadam
  3. al-fatihah...ini adalah satu kehilangan yang amat dirasai oleh rakyat Kelantan

    BalasPadam
  4. Al-fatihah..hilang lagi sebutir permata berharga negara, semoga arwah tenang disana

    BalasPadam
  5. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya & menempatkan Allahyarham di kalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails