Pengikut

Ahad, 31 Mei 2015

Kenapa Fresh Graduate Susah Nak Dapat Kerja ?


cari kerja
ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat kembali taip di blog sekian lama hanya membiarkan tanpa entri dan kebanyakkan entri auto post. Ramai lepasan graduan ipta dan ipts mengangur setelah tamat pengajian. Diploma atau ijazah tidak dapat di gunakan sewajarnya ? 

Kenapa ? 

Kebanyakan mereka pergi interview tidak dapat kerja kerana mereka mahukan pengalaman. Terpaksalah duduk rumah berbulan sambil mencari kerja. Apa yang kita belajar tidak sama apa yang akan kita kerja dan lari bidang itu biasa.

Tak semestinya apa yang kita ingini itu yang kita dapat , kembali kepada realiti yang sebenarnya tentang dunia kerjaya.Nasihat acik untuk kamu semua kawan-kawan dan adik-adik acik semua. 

Pertama : Jangan demand gaji terlalu tinggi.

Memang benar kita ada kelulusan sama ada diploma atau ijazah tetapi jangan letak harga terlalu tinggi. Bila pergi interview bila syarikat tersebut tawarkan RM 1500 ++ kita rasa tidak layak untuk kita kerana kita ada ijazah. Sebenarnya untuk ijazah  fresh graduate sangat beruntung jika di beri RM 2000 ke atas. Nasihat acik ambillah dulu lama kelamaan akan naik dan lepas itu ada pengalaman baru boleh demand  gaji.Jika di tanya expectation gaji ? mungkin kita kata gaji itu boleh di bawa berbincang dan saya mahukan cari pengalaman

Kedua : Jangan terlalu memilih bekerja

Sekarang ini memang pilihan terhad untuk kita, lepasan graduan ipta dan ipts sekali keluar puluhan ribu tetapi peluang kerja tidaklah sebanyak itu. Jika kerja yang kita dapatkan itu tidak mengikut kelulusan kita itu biasa, jika dapat maka bonus untuk kita. Untuk bekerja kita perlu bersedia apa jua keadaan , jangan bagi alasan tak biasa bangun pagi la, tak boleh balik lewat sangatla, tak boleh buat overtime hujung minggu dan sebagainya. 

Ketiga : Sediakan resume menyakinkan 

Resume adalah sangat penting untuk pandangan pertama pihak syarikat. Maka buatlah resume yang menyakinkan, tetapi resume mestilah mengikut kemampuan kita sebenar. Jangan resume gempak bila ketika interview di buat semua benda tak tahu. 

Keempat : Kerja nak senang gaji nak tinggi

Kena upah pemikiran bahawa nak kerja yang mudah dan gaji yang tinggi, walhal kalau ikutkan gaji adalah ikut kemampuan syarikat tersebut. Mana ada kerja senang dan gaji tinggi melainkan meniaga sendiri itupun perlu usaha lipat kali ganda. 



Kelima : Jangan putus asa untuk mencari kerja.

Jangan penat untuk mencuba walaupun beberapa kali interview, cuba dan lihat kelemahan semasa interview. Register di jobstreet , job malaysia  dan job central  . Setidaknya sedang menunggu itu kita bolehlah cari kerja lain dan pergi ke mana-mana interview yang panggil kita.

Keenam : Kekemasan pergi ke interview.

Pandangan pertama sangat penting ketika pergi interivew, jagalah pernampilan diri kita. Bagi lelaki jangan pastikan rambut terurus, bercukur dan rapikan misai dan janggut. Jangan lupa pakai minyak wangi tetapi jangan berlebihan pastikan baju di gosok. Begitu jugalah wanita jangan pakai pakaian yang terlalu terang dan berpadanan dengan jawatan yang kita pohon.

Ketujuh : Jangan lambat datang interview

Bila pergi interview itu pastikan datang awal dan buat persediaan dari segi dokumen yang di ingini. Interview pukul 10 pagi, gerak dari rumah 10.40 pagi  ? kalau dekat tak apa , tapi kalau jauh ? baik rancang perjalan kamu.

Rasanya cukup dulu sampai di sini , jika adalagi acik akan tambah untuk sama-sama dapat manfaatnya. Setidaknya ianya memberi semangat kepada kamu semua sedang cari kerja. Jangan putus asa, rezeki ALLAH itu luas yang penting terus berusaha. 

Share This!


19 ulasan:

  1. Assalammualaikum..nice entri acik... boleh jadi panduan kepada student yg baru tamat pengajian..dari menganggur..baik kerja..kerja itu juga ibadah..dpt duit..dpt pahala..

    BalasPadam
  2. Semua point di atas adalah tepat sekali... Rasa grad tu dah mula rasa bangga nk gaji lebih... Bermula lah dr bawah jika tiada kerja yg sesuai..

    BalasPadam
  3. betul tu acik...jgn nk bangga bila dah grad lepas tu pilih kerja. x salah bermula dr bawh kan...macam kawan KG...sanggup bermula dr bawah wlupun dah grad.skrg dah naik dah...berkat kesabaran dia

    BalasPadam
  4. Setuju dengan pendapat acik. Ramai graduan yg bekerja jauh menyimpang dengan kelulusan yang ada.
    #clickclicknufnang

    BalasPadam
  5. Terima kasih tipsnya acik.. akan jadi panduan lepas habis bljar nanti..

    BalasPadam
  6. bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian

    BalasPadam
  7. bagus nasihat acik....singgah sini..blogwalking..

    BalasPadam
  8. resume tu sangat penting sebab ia 1st impression kepada bakal boss kita. satu lagi nak tambah kat interview tu, jual diri kita kepada bakal majikan. pastikan dia beli kita ;)

    BalasPadam
  9. Interview adalah platform terbaik utk menjual diri. Kena get ready dan perform sebaik boleh.

    BalasPadam
  10. gaji nombor 2, nombor 1 cari peluang untuk meningkatkan nilai diri dlm industri

    BalasPadam
  11. good sharing ! tapi tulah kan, sekarng semua nak pengalaman...acano

    BalasPadam
  12. Paling penting jgn putus asa- sumtime tu dh pi interview yg ke seribu baru ade rezeki dpt keja...

    BalasPadam
  13. Betul, fresh graduate tak boleh nak demand high salary...itu pengalaman saya juga dulu

    BalasPadam
  14. usaha dapatkan kerja lepas graduat mula gaji hanya lepas sara hidup ok dah..lama2 naik juga tu.

    BalasPadam
  15. selalunya mrk x dpt kerja sbb memilih ... lbh baik kerja biasa drp x de kerja kan .

    BalasPadam
  16. tips yg sgt bagus... kebanyakan graduan skrg banyak resumenya tak cukup strong.. resume dan application letter kena meyakinkan barulah ada keyakinan dr company kan...

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas nasihat itu tadi ... lepas ini saya tak akan membuat perkara kotor lagi....

    BalasPadam
  18. Kalau mcm tu, baik dari sekolah rendah belajar main2, spm enjoy, result hancur pn xpe. Kuar pohon msk teknikal ambil sijil dan sedia bekerja pd umur 20thn, mula pada bwh, cukup 5thn demand gaji tinggi2 sbb syarikat akn bg positions tinggi utk mereka yg ad cukup pengalaman.kalau ambil degree umo 25 br abes dan dikira fresh grad, gaji 1.3k jd kerani sbb kena mula pd bawah jgk, lps 5years br blh apply senior executive umo dh 30, yg ambil sijil experience dh 10 thn dh blh apply manager level. Sy kesian tgk fresh grad di malaysia, sistem pendidikan tinggi ikot negra dunia pertama tp peluang pekerjaannya masih di dunia ke3. Sistem yg diterapkan kerajaan byk dh salah, so selepas ni byk ibu bapa xpyh berhabis wang hantar ank belajar, cukup sekadar hantar ambil sijil teknikal sbb nk cepat msk alam pekerjaan, akhirnya masyarakat kurang berpendidikan tinggi dilahirkan.so, selepas ni kalau dpt ank xpyh suruh belajr sungguh2 cukuplah sekadar lulus bahasa melayu dan inggeris.

    BalasPadam
  19. Kalau mcm tu, baik dari sekolah rendah belajar main2, spm enjoy, result hancur pn xpe. Kuar pohon msk teknikal ambil sijil dan sedia bekerja pd umur 20thn, mula pada bwh, cukup 5thn demand gaji tinggi2 sbb syarikat akn bg positions tinggi utk mereka yg ad cukup pengalaman.kalau ambil degree umo 25 br abes dan dikira fresh grad, gaji 1.3k jd kerani sbb kena mula pd bawah jgk, lps 5years br blh apply senior executive umo dh 30, yg ambil sijil experience dh 10 thn dh blh apply manager level. Sy kesian tgk fresh grad di malaysia, sistem pendidikan tinggi ikot negra dunia pertama tp peluang pekerjaannya masih di dunia ke3. Sistem yg diterapkan kerajaan byk dh salah, so selepas ni byk ibu bapa xpyh berhabis wang hantar ank belajar, cukup sekadar hantar ambil sijil teknikal sbb nk cepat msk alam pekerjaan, akhirnya masyarakat kurang berpendidikan tinggi dilahirkan.so, selepas ni kalau dpt ank xpyh suruh belajr sungguh2 cukuplah sekadar lulus bahasa melayu dan inggeris.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails