Pengikut

Selasa, 19 Mei 2015

Ketika Harus Memilih Dia Atau Mak ?

doaku untukmu


Assalamualaikum

Jumaat yang lepas aku berkumpul dengan rakan-rakan kenalanku, lama sungguh tidak berjumpa sejak aku tidak lagi datang ke Subang Jaya. Ketika aku sedang asyik berbual bercerita hal masing-masing dekat 2 jam juga. Lepas itu sempatlah bergambar dan masing-masing mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba aku di sapa dari belakang .

Man :Acik.. kau ada masa tak ? 
Acik : Ehh man awat ? 
Man : aku nak minta nasihat kaulah, acik stress!!
Acik: Boleh Man tapi kita solat Asar dulu ye,
Man : okey acik,

Selepas solat,

Acik : Man , tapi kau kata ada benda nak minta nasihat, apa dia ?
Man : emm sebenarnya aku buntu acik , aku kena buat pilihan ini.
Acik : Pilihan ? maksud kau ?
Man : Isteri aku tak boleh terima aku, aku tak tahu apa salah mak aku, tak nak balik kampung aku, kalau balik pun kat rumah tak nak makan, dengan mak aku dia cakap kasar. Aku seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga aku, mak aku sabar. Kalau dengan mak dia bentak-bentak. 

Dia selalu kata padahal aku lebihkan mak aku sedangkan aku cuba sedaya upaya untuk bagikan masa. Dia selalu nak aku balik rumah mak ayah dia. Aku layan mak ayah dia dengan baik tapi dengan mak aku ? dia marah-marah. Aku sudah berulang kali bagitahu tanggungjawab anak lelaki terhadap ibunya besar.  .Tapi dia kata itu alasan , dia suruh aku pilih antara dia atau mak aku ?

Acik : Allahurabbi, sabarlah Man, sebagai lelaki tanggungjawab kita besar. Kita kena didik isteri dan jaga ibu bapa kita. Sebagai Khalifah dan ketua keluarga kau kena tegas dalam soal ini. Dia kena terima kau dan keluarga kau. Bukan hanya kau sahaja. Fahamkan dia, isteri yang baik pastinya seharusnya menjadi pembangkin kekuatan dan semangat kepada kebaikan lelaki bukan pemusnah. Tegur dan nasihatlah dia walaupun berulangkali.Isteri boleh cari ganti, mak tiada duanya. Fikirlah 

Sebenarnya acik sendiri kelu, resah dan hiba dalam menaip. Ya Allah jauhi aku dari pekara ini terjadi dalam hidupku.Sebab itu acik risau sangat dalam memilih calon isteri, pastinya dia harus menerima kekurangan dan kelebihan acik dan keluarga dan begitu juga acik menerimanya dia dan keluargan. Atas keizinan rakan acik dia minta acik siarkan dan minta pendapat kamu semua. 

Mohon nasihatnya daripada kamu semua , harap dapat membantu rakan acik ini. 

p/s : identiti sebenar rakan acik di rahsiakan hanya menggunakan nama samaran 

Share This!


18 ulasan:

  1. Apa pun krna lebihka ibu.. pada .masa yg sama pandailah tackle hati isteri. Usaha dan usaha lagi.. jika habis ikhtiar.. ibulah sebaik baik pilihan..kerana janji syurga dibawah telapak kaki ibu..

    BalasPadam
  2. Apa pun krna lebihka ibu.. pada .masa yg sama pandailah tackle hati isteri. Usaha dan usaha lagi.. jika habis ikhtiar.. ibulah sebaik baik pilihan..kerana janji syurga dibawah telapak kaki ibu..

    BalasPadam
  3. Sukar bila di ketika saat ini, sebab itu ketika memilih isteri disarankan memilih agamanya, jika faham agama pasti faham tanggungjawab seorang anak lelaki

    BalasPadam
  4. klu anak lelaki haruslah pilih ibu..sbb syurga dibwh tapak kaki ibu

    BalasPadam
  5. tanggungjawab lelaki pada ibunya hingga akhir hayat ibu... kalau isteri xleh nak terima mmg susah.. isteri xde hak nak srh suami memilih untuk derhaka kt ibu sendiri.. cuba tggl isteri tu sebulan kasi dia berfikir..kalau tetap dgn ego dia..tggl je la kan...semayang istikharah dulu.. :)

    BalasPadam
  6. kalau sy pun pilih ibu juga...sbb wife blh cari lain, lg pun wat per simpan wife yg mcm tu...apa pun bro..hidayah itu milik Allah.cubalah sabar dlm mendidik wife tu manalah tauuu berkat kesabaran tu ada hikmahnya ;)

    BalasPadam
  7. Walau apapun yg berlaku, ibu adalah keutamaan seorang anak lelaki. Kewajipan itu terpikul dibahu anak lelaki hingga akhir hayat ibunya. Maka, dia perlu bijak membimbing keluarganya.

    BalasPadam
  8. nasihat saya, jangan putus doa pada Allah, minta di cerahkan jalan, minta di sejukkan hati isteri, minta kedua bersemuka dan semua yang mungkin ada tersilap dengan mudah di selesaikan.

    ibu adalah keutamaan, sebab syurga di bawah telapak kaki ibu. tapi isteri juga adalah ibu kepada anak kita nanti. wallahualam.

    minta sahabat banyak berdoa kepadaNYA

    BalasPadam
  9. tak bahagia hidup tanpa rehda dr ibu. isteri tu salah kerana tak layan mak mertuanya macam mak sendiri. suami perlu usaha didik & banya berdoa agar isteri akan hormat & sayang ibunya. Lagi pun what goes around comes around. Kalau hari ni kita bg layanan buruk kat mak mertua, satu hari nanti kalau dpt menantu yang buat balik benda yang sama kat kita camna?

    BalasPadam
  10. Tanggungjawab seorang anak lelaki sangat berat. Bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarga dan taat kepada ibu bapa. Lagi pula, syurga anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu. Tunjukkan yang baik-baik mengenai keluarga kita. Allah pemegang semua hati. Berdoa lah, minta dengan Allah supaya isteri sahabat lembut hati.

    BalasPadam
  11. berat jgk kan masalah nih acik. sembahyang istikarah dan nasihat isteri itu secara baik.

    BalasPadam
  12. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... cuba nasihat dulu isteri tu... mudah-mudahan dapat hidayah dari Allah... isteri boleh dicari... ibu cuma satu....

    BalasPadam
  13. Sukarnya untuk memilih walau siapa jua yang mengalaminya..benar kata acik,ibu tiada gantinya,tetapi si isteri juga seorang wanita yang sudah atau bakal bergelar ibu..harus ada sifat yang rasional dalam menyelesaikan masalah ini..semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya

    BalasPadam
  14. Memang banyak perkara ni terjadi dalam kehidupan kita. Pertamanya memang sukar nak menerima orang lain selain suami, namun isteri kena faham kita berkahwin dengan suami maknaynya semua 'hak' suami seperti tanggungjawabnya kepada keluarga kita tak boleh nak abaikan..sebab syurga suami di bawah tapak kaki ibunya...

    BalasPadam
  15. Cabaran sbg seorang lelaki atau suami. Perlulah diperjelaskan sebaiknya tanggungjawab lelaki terhadap ibunya. Isteri kena ikut suami kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami juga. Itulah tanggungjawab lelaki yg perlu dijaga terhadap ibu dan juga isterinya...

    BalasPadam
  16. ini lah masalah kalau perempuan yang nak jadi isteri tapi tak ada ilmu sebagai seorang isteri. lain kali masa kursus kahwin tu belajar betul-betul. faham hukum-hakam agama. supaya tak jadi masalah la selepas kahwin........

    bukan mudah nak jadi isteri mithali tapiiiiii... lagi susah nak jadi anak yang mithali... *renung-renungkan*

    ( Acik, pemangkin bukan pembangkin... hehehehehe... :p )

    BalasPadam
  17. Along datang sini, Join bagi pendapat dan nasihat. Kawan Acik tu, perlu terangkan, perlu didik isteri tu hukum-hakan agama. Itu tanggungjawab suami. Sang isteri adalah pilihan hati, pilihan sendiri. Segala macam tanggungjawab ke atas isteri, perlu dilaksanakan, bukan setakat dari sudut nafkah lahir mahupun batin, tapi dari segi ilmu agama dan juga ilmu tentang realiti kehidupan.... Acik ingat tak kisah nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail? Kisah tukar tiang pintu rumah? Kisah berkaitan Nabi Ismail dengan isteri pertamanya. :)... Cuba guna pakai teori tu ke atas kawan Acik...

    BalasPadam
  18. Kita kalau sukakan anak dia, kena sukakan family dia sekali. Baru serasi. hehe

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails