Assalamualaikum
Acik kau tak malu ke orang gelarkan anak mak ? lelaki anak mak ?
La awat pula nak malu, bangga adalah sebab dia mak aku. Kalau tak ada dia tiada aku di dunia.
Mata ini yang menjadi saksi hidupnya yang sukar untuk membesarkan kami adik beradik. Bagaimana harus aku tak sayang dia.
Ingat lagi, orang kata dengan mak . Jangan berangan nak sekolah anak kalau tak ada duit.
Menangis dia, tapi hatinya cekal untuk memberikan pendidikan kepada kami.Dia yakin bahawa dengan pendidikan boleh mengubah nasib kami.
Kerja kilang dekat 30 tahun, kerja 12 jam berdiri. Kerahkan kudratnya demi kami.Bagaimana untuk aku lupakan pengorbanannya ?
Kami jalan kaki sama-sama hantar aku ke sekolah untuk pastikan aku dapat ilmu. Jadi orang yang berjaya.
Duduk di temani lilin malam, pernah satu hari tempat bilik kami terbakar. Pernah orang lain ambil tahu ?
Hanya orang tahu mengutuk kami, mengata kami dan memperlekehkan kami.Hidup kami bagaikan kais pagi kais petang makan petang. Di blog inilah tempat ku hamparkan cerita kasih sayang seorang itu.
Tahukah kau syurgaku di bawah telapak kaki ibuku ?
Takkan ku biarkan dia terseksa kembali. Cukuplah cukuplah apa yang dia lalui.
Terima kasih mak kerana jadi ibu yang terbaik untukku. Tiada gantinya untukku.Jauh di sudut hati,
aku merinduinya membuatkan air mata tanpa di sedari bercucuran.
senyumanya, gelak tawanya penawar dukaku.
Ketika hati gundah , kau peneman yang setia,
ketika aku duka, kau memberi jalan setiap masalahku
Ketika lara, kau menjadi penghiburku
kata-katamu adalah wadah jiwaku
kekuatan untuk terus aku bernafas.
Tiada duanya untukmu ibu,
tiada bandingnya dirimu dari lain.
Allah menciptakanmu khas untukku ibu.
Terima kasih atas segalanya.
Hari-hariku hanya bersamamu ibu
Selamat Hari Ibu wahai ibuku yang tercinta
15 ulasan:
SELAMAT HARI IBU UTK IBU ACIK DAN SEMUA IBU... SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN .. ALHAMDULILLAH...
selamat hari ibu...amat berbangga sbg ibu yg memperoleh anak yg mngharagai kasih syg ibu mrk..
Sob sob sob sedih.....
Selamat Hari Mak, Mak Cik...
Acik...syglah ia selagi ia masih ada....
bagi yg telah tiada sedelah doa... InsyaAllah doa ank soleh/solehah x akan putus.
untung ibu acik dapat anak seperti acik, sejuk perut ibu mengandung....
selamat hari ibu untuk semua wanita bergelar ibu...
sedihnya. manusia memang hanya tahu mengeji, sedangkan dia tak pernah tahu kesusahan yang orang lain lalui. teruskan jadi anak mak acik. moga syurga tempat ibu acik & anak2 beliau.
ramai anak harini yang lupa jasa seorang ibu dan seorang bapa
selamat hari ibu wahai mak acik :D
begitulah pengorbanan dan kasih suci seorang ibu, Alhamdulillah Acik salah seorang putera soleh yang sentiasa menghargai pengorbanan ibumu.Teruskan berbakti Acik.
apa pun yang terjadi, org petama yg kita ingat mesti MAK... Selamat hari ibu utk Mak Acik....
seronok kan jd anak mak..
so hargai lah segala jasa dan pengorbanan mak acik selagi hayatnya masih ada
Semoga pengorbanan seirang ibu akan sentiasa kita kenang sampai bila2
Moga syurga tempatmu nak
selamat hari ibu mak acik :)
kagum dgn acik n mak acik. tabah. :')
selamat hari ibu..sayangilah mereka tanpa syarat dan batasan..
Catat Ulasan