Pengikut

Sabtu, 20 Jun 2015

Jangan Cemari Bulan Ramadhan Dengan Perilaku Kita


Assalamualaikum

Alhamdulilah syukur ya Allah dapat bertemu lagi bulan ramadhan dah masul hari ke 3. Sangat seronok rasanya, walaupun kerja tetapi hati tetap bahagia. 

Tiba bulan puasa ini seronoknya di kongsi bersama oleh bukan islam juga.Dan mereka sangat menghormati orang yang  berpuasa, dan kadang dia mereka lebih excited dari kita.

Kadang fikirkan malu kalau orang islam sendiri tak puasa , kita bersangka baik saja , hari ini semua orang berpuasa Sebagai orang islam kita kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka agar mereka minat untuk ambil tahu apa yang kita lakukan.

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

ahhh pada acik beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, kerana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam.

Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan. Dan banyak lagi hikmahnya lain waktu acik kongsikan.Beberapa hari ini berlaku beberapa pekara yang pada acik rasa tidak harus di lakukan.

Seorang kenalan acik seorang mualaf yang dulu seorang cina. Dia tanya acik, kau tengok itu acik bulan puasa masih berpeluk di tempat umum dan tengok tu ada yang yang selamba hisap rokok kat tandas. Mereka tak hormat bulan ramadhan !! Adakah mereka tidak tahu perbuatan mereka salah ?

Acik : Entahlah mungkin tahu dan mungkin juga tidak. Ada yang mereka tahu apa yang mereka buat itu salah, mereka tahu akan dapat dosa. Tetapi sebab tidak nampak di mata maka di ambil ringan. Seharusnya kita menjaganya dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai muslim. 

Kejadian kedua 

Di sebalik kotak-kotak acik nampak ada benda bergerak, apa agaknya. Ketika itu acik dengan Muttu duk usha,apalah.Rupanya seorang pekerja sedang makan di sebalik kotak. Terkejut juga.

Muttu menjerit, weii tak puasa ke ?

Man : ala aku tak sempat sahur, lapar!!
Muttu : Tak makan sehari belum ada orang mati lagi, ishh malu betul, u buat malu orang islam sahaja. 

Aku hanya mampu mengeleng kepala sahaja. 

Entahlah kadang aku sendiri ragu. Ramai antara mereka selamba hisap rokok dan makan tempat umum pada bulan puasa. Paling sakit hati siap boleh berpeluk-peluk di pusat membelah belah. Apakah perasaan mereka. 

Yang bukan islam kemain sorok-sorok lagi nak makan bagi kita tak nampak. Yang islam ?

Adakah kau inginkan mereka memberi persepsi terhadap kita ?

Kita yang mencorakkan nilai agama kita, tindakan kita, perkataan dan perilaku kita melambangkan diri kita. 

Allahurabbi, puasku bersangka baik.


Share This!


5 ulasan:

  1. Puasa ni bukan hanya tahan makan dan minum je. Macam2 nak kena jga.

    BalasPadam
  2. HMM PERKARA2 YG PATUT SGT DIELAKAN DEMI KEMURNIAN RAMADAN MULIA N ISLAM YG SEJAHTERA...RUGINYA MRK YG MENZALIMI DIRI BGITU....

    BalasPadam
  3. kasihan dengan sikap yang islam zaman sekarang...ada puasa tapi x solat....

    malu dengan muttu bila dia ckp camtu...mcm mana nk tunjuk kpd non muslim kalau org islam sendiri begitu sikapnya

    BalasPadam
  4. Manusia ni mcm2 peel perangai diaorg ..

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails