Ticker

6/recent/ticker-posts

Jujur Itu Penawar Walaupun Ianya Sangat Menyakitkan


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas di muka Allah ini. Harih ahad yang sungguh tenang walaupon kadang kala emosi sedikit tergangu tapi tak pernah mencela sinar mentari dari terus bersinar dengan memberi nikmat kepada yang memerlukan. Tiap tiap hari acik di hujani dengan pelbagai soalan dari rakan rakan yang minta pendapat dan komen. Maaf kepada yang tak sempat untuk acik bagi pandangan dan pendapat kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Kebetulan kerja sekarang memang menguji dan balik malam.In sha Allah kalau ada masa akan datang ke blog kamu semua. Siapa tak pernah menipu atau berbohong ? Tipulah kalau katakan dalam hidup ini semua orang tak pernah berbohong ? ahh tengok tu mesti nak cover diri. Memang pon kadang kala kita lebih protect diri kita untuk sembunyikan berlapis lapis segala kesalahan dan percakapan kita dari orang tahu.

Usia kita makin bertambah ,dalam rancaknya usia kita tu , berapa patah perkataan yang kita habiskan untuk bercakap ? dan berapa kali agaknya kita berbohong ? kalau di kumpulkan bagaimana dosa kita. Setiap hari kita tak pernah berseorang sebab ada penjaga kiri dan kanan yang tak pernah berhenti mencatat segala apa yang kita lakukan.

Bukan apa, orang selalu benci pada kejujuran walaupon dia jujur tetapi jujur tetap di benci. Jika di bandingkan dengan tipu, orang lebih suka pekara yang tak benar dari reality sebenar. Sebab mereka tak sanggup nak terima semua nie. 


Acik rasa, ini masanya untuk kita bangkit dan muhasabah diri , lihat diri kita , berapa banyak agaknya kita dah tipu orang  ? dari pekara kecil sehingga besar. Memang ada kala kalau kita tipu itu untuk kebaikan. Tapi sampai bila ?? Lastly kita juga yang akan di salahkan dan di benci oleh orang lain bila sudah tahu kebenaran. 

Dan marilah ungkapkan kebenaran yang hakiki.. Satu lagi jika kita ada buat silap dan salah, gunakan kaedah yang betul untuk buat pengakuan. Sebab bila kita buat dosa dengan manusia , dosa tersebut hanya dapat di maafkan oleh mereka yang kita buat dosa.

Kejujuran itu memang pahit untuk di terima tapi  jika kita ikhlas dengan apa yang katakan maka in sha Allah semua akan tiada masalah. Percayalah pada ALLAH.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Menipu / berbohong nie macam dadah, kalau kita tak buat tak sah , kita akan kecanduan.Dan kita akan terus menipu dan menipu.Orang akan hilang kepercayaan pada kita.

Untuk menagani masalah ini , kita haruslah kawal diri kita dan percakapan kita. Selalu lah berzikir ,bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH supaya hati kita lembut .Dan cara kedua kita bolehlah berpuasa  kerana puasa itu dapat mengawal perasaan kita untuk melakukkan pekara yang tak baik.Paling penting taubat yang perlu kita lakukan.




Hendaklah kamu berkata benar(jujur),karena berkata benar itu membawa kepada kebaikan,dan kebaikan itu mambawa ke  surga.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata benar dan cenderung dengan berkata benar,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang jujur.

Dan jauhilah berkata dusta(bohong),karena dusta itu mambawa kepada  kejahatan,dana kejahatan itu membawa ke neraka.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata dusta dan cenderung dengan berkata dusta,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang pendusta

H.R BUKHORI-MUSLIM

 Takpe kita mula dari perlahan lahan, sedit demi sedikit, elakkan dari pekara lagha dan berfikir dulu sebelum berkata-kata. Memang betul hanya Allah yang tahu apa kita buat tapi kita harus tahu , di padang masyar nanti semuanya akan terbongkar dan setiap perkataan dan perilaku kita akan di siarkan tanpa ada tapisan. Di dunia kita mampu gembira di akhirat nanti ??  Acik taip ini sebenarnya lebih kepada muhasabah diri ,ingtkan diri sendiri. Kita ada yang fikir nak tunjuk bagus , kamu salah!! sebab acik takut dengan kematian yang boleh datang bila bila sahaja dan saat tu kita tak sempat bertaubat dan meminta maaf.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Time Traveller berkata…
Insyalla.. Akan tanam azam untuk lebih muhasabah kan diri.. Thanks pd peringatan.. :D
ZULHILMI TEMPOYAK berkata…
tak semua hati mmpu dijaga. :D
Unknown berkata…
skali kita menipu rasa bersalah, bila dah biasa, tak rasa pape. sama macam solat, klu dari kecil tak tinggal, sekali tinggal mesti rasa serba salah.
Khir Khalid berkata…
Kejujuran adakalanya menyakitkan.. namun ia lebih baik dari berselindung. Ada kalanya mmg bukan mudah utk berlaku jujur terutama yg melibatkan situasi dan hati, namun itu adalah yg sebaik2nya...
KeMBaLI™ berkata…
Salam terkadang kebenaran adalah satu yg menyakitkan jika pekara yg kita selindung itu adalah salah....ramai x mampu bersikap jujur...sebab durg tau benda tu menyakitkan....namun kalu diri kita seorang yang dapat buang dari ego..and jenis humble..inysallah berani berdepan dengan kejujuran kan..
Siti Aisya Ibrahim berkata…
betul acik, kadang orang memang taknak dengar kebenaran, orang susah nak hadapi kebenaran tuh...sebab tuh, jujur tuh pahit, tapi itulah yang seeeloknya kan, dari berbohong...kita pun selalu jugak membohong, mulut ni laju betul nk bohong2 white lie gtuh, tak bagus betul...terima kasih acik sebab mengingatkan :D
paridah berkata…
BERCAKAP JUJUR TU TUNTUTAN AGAMA...TAPI KEBANYAKAN KITA SUKA DIBOHONGI KEJUJURAN YG DINYATAKAN SUKAR DITERIMA...KEBOHONGAN LBH DIPERCAYAI PULA...PELIK TU.
Saufa Sakinah@ hAda berkata…
kadang-kadang laju mulut dari akal....tu tercipta pembohongan tu. kal nak cakap yang betul mulut dok bgtau yang salah...kadang-kadang kite menipu bersebab menyorkan keburukan kite. kadang2 saje suke2....
Maria Firdz berkata…
Berkata benarlah walaupun pahit ..
arzmoha berkata…
insyaallah, terima kasih kerana mengingatkan tentang ini acik.
aboya berkata…
kejujuran lebih bernilai dari kekayaan - katanya ben