Pengikut

Ahad, 28 Jun 2015

Pengalaman Bersahur Yang Tidak Akan Di Lupakan | #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015



Assalamualaikum 

Alhamdulilah dah masuk puasa ke 11, sangat teruja setiap hari puasa kerana bulan ini entah acik rasa lebih tenang dan damai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Hari ini acik cuba laksanakan #cabaran20hari puasa/raya. Cerita pasal sahur, teringat pula beberapa peristiwa yang kadang buatkan acik gelak sendiri bila mengingatinya. Masa sahur inilah biasanya makan tak kenyang , tengok nasi pun teringat kat bantal. Memang selera hilang, masa kecil-kecil sahur mesti menangis sebab tak lalu makan. Mak mesti marah, paksa makan dan suapkan. 

Antara pengalaman sahur yang tak boleh di lupakan.

Pertama : Bersahur pada 7 pagi. 

Ini terjadi masa tingkatan 4, mak pergi kerja. Dah berulang kali kejut tak mahu bangun. Kata kat mak, kejap je, 5 minit lagi nak bangun tido. Adik acik kejut acik, bingkas bangun terus ke dapur amik makanan dan makan. Dengan confident makan sampai habis. Adik datang dari belakang, acik kau makan apa tu ? bukan puasa ke ? dah pukul 7 pagi.Perghh terlajak sahur lambat, tapi alhamdulilah kenyang. 

Kedua : Sahur atas motor

Masa itu di Uitm Shah Alam, kami ada perlu ke Angkasapuri ada recording. Kena datang untuk siaran pukul 6 pagi. Jadi perlu ada di sana pukul 5.30 pagi. Dari Shah Alam kami merempit ke Angkasapuri dengan membawa sebeban makanan. Makan nasi lemak malam semalam atas motor. Dengan tergoyang-goyang makan dan paling kelakar nasi lemak terpelanting . Jadi bersahur dengan telan air liur sahaja. 

Ketiga : Sahur di perantauan

Puasa di tempat orang memang tak seronok sebab mak tak ada di sisi, beberapa kali berpuasa di Melaka dan Selangor. Bersahur sorang-sorang tanpa ada yang menemani. Masa itu semua rakan bilik acik balik kampung. Cuma acik tinggal kat situ, jadi makanlah sorang-sorang sayu betul rasa. Masa itu hari pertama puasa sebab nak balik kampung tak ada duit. Bersahur dengan 2 keping biskut dan air sejuk. Sadis betul.

Keempat : Beli Makanan tapi tak makan.

Beberapa kali dah stand by beli makanan untuk sahur, dah plan dengan kawan-kawan nak makan kat bilik siapa untuk sahur. Sudah decide, malangnya semua terlajak tertidur sebab main game DOTA sehinggakan makanan yang banyak di beli untuk sahur terpaksa di tengok dan di buang.

Kelima : Bersahur dengan anak yatim.

Ini pengalaman yang tak boleh acik lupakan juga, bersahur bersama anak yatim, acik tidur bersama mereka untuk beberapa hari. Paling sedih masa kami sahur ada anak-anak kecil yang menangis memanggil mak ayah mereka. Mereka teringat pada mak ayah masa mereka bersama. Air mata tak tertahan, hanya mampu menenangkannya dia dengan secebis harapan. 

Jika di bandingkan sahur kita dengan mereka di Gaza, Palestin dan Afrika . Kita masih beruntung, makan semua cukup, kadang sahur makan sedap-sedap. Ucapkan alhamdulilah dan jangan membazirkan makananan. Ingatan ini juga untuk acik dan ingatan bersama.

Jadi macam mana pengalaman bersahur kamu ? 



Share This!


17 ulasan:

  1. sahur pukol 7 paling win . hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan leyla..rezeki acik sahur kol 7..hhihi

      Padam
  2. sahur apanya kul 7 tu acik..hahahaha..lawok

    BalasPadam
  3. hihihihihihihii..sahur pukol 7 ye acik...hihihi

    BalasPadam
  4. hehe..sahur kul 7 pagi tu, xpeeeee kalau tak sengaja..hihi ;P

    BalasPadam
  5. wah banyak pengalaman sahur yg dikongsi...menarik semuanya.

    BalasPadam
  6. kesimpulannya: jangan bawa moto sambil bawa nasi lemak. nanti terlepanting....

    BalasPadam
  7. Salam Acik,
    bersahur jam 7 pagi, wahhh kunci jam... repeatlah setiap 5 minit

    BalasPadam
  8. Hehe... Sahur kul 7 tu.. Maknanya subuh pun telajak gak la tu.. Hehe.. Biasa la muda remaja g kan masa tu..

    BalasPadam
  9. sedih baca pengalaman sahur yang kelima tu... tak boleh tahan bila baca cerita tentang anak-anak yatim.. :'(

    BalasPadam
  10. Yang nombor empat tu selalu jugak terjadi kat Nani
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    BalasPadam
  11. Hahaha 7pagi sahur alahaiui....

    BalasPadam
  12. Yang last tu sedih sekali.Full stop.

    BalasPadam
  13. ceh..sahur pukul 7..kompidennn je ek acik pi makan....

    BalasPadam
  14. Bestnya pengalaman acik bersahur..saya paling best pun bangun lambt sempat mkn kurma sebiji dan minum air je

    BalasPadam
  15. Bestnya pengalaman acik bersahur..saya paling best pun bangun lambt sempat mkn kurma sebiji dan minum air je

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails