Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita ?



Assalamualaikum

Fuh minggu ini akan ada bermacam aktiviti dan sibuk dengan kelas. Dan minta maaf kepada blog yang acik tak sempat blogwalking sebab ada kelas. Hehehe semalam kelas habis 10 malam. Balik tu sangat la lapar dan pergilah kedai makan dan order nasi goreng black paper dengan telur bistik that is my favorite. Duduk sorang diri sambil menunggu makanan siap tetiba ada yang tepuk dari belakang. Hai acik .. apa khabar ?  kenal tak ?acik pon blur blur lagi ..siapakah gerangan dia nie ??

Rupanya dia adalah salah seorang pembaca blog acik, dia kata mungkin acik tak kenal dia tapi dia kenal acik.. SubhanaAllah tak sangka acik dapat jumpe jugak pembaca blog nie. Dan dia pon nak makan. Dia siap ajak acik makan dan siap belanja lagi. Alhamdulilah. 


Tengah makan tiba-tiba terkeluar soalan yang di lontarkan oleh Ijat pada acik.Dia bertanya : Acik Kenapa Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita ?.Yelah kalau baca dalam blog acik ,acik ada juga ceritakan soal jodoh..tak boleh ke bercinta tanpa rasa kecewa. Penatlah cik bercinta macam nak rak dan akhirnya kecewa juga.

saat itu pon acik terkejut juga sebab yang bertanyakan seorang lelaki yang gagah ? tapi acik jawab jugalah. Hidup ini bagai laut ada pasang dan surutnya.Kita tak boleh jangka setiap apa yang berlaku, kadang kala gembira, sedih ,duka ,suka ,senyum dan kecewa. Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita. 


Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan. 

Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita. 

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]

Catat Ulasan

65 Ulasan

Unknown berkata…
nasihat yang cukup bernas.. seharusnya kita redha atas segala apa yg telah ALLAH tentukan..
nasihat yg bernas .. thnx bro,, nie lagu ape eayh ?? sedap lah..
Akupenghibur.com berkata…
yup tepat sekali!! Allah tahu yang terbaik untuk kita :)
Akupenghibur.com berkata…
welcome :) lagu nie tajuknyw wanita nyanyian deherty
Unknown berkata…
Yee...saya juga berfikir mcm tu dulu.. kalau sy tak merasa peritnya bercinta, saya tak ada pengalaman untuk mendidik anak2 saya nnti..
Unknown berkata…
Eh...entry terbaru kita hampir sama la..
Rozita Ceritaita berkata…
akak setuju yang no 3 tu dik.. kadang2 kita tak sedar diri kita makin jauh dengan Allah.. hanya kerana kita solat 5 waktu tak bermakna kita dekat denganNya sepenuh hati.. amat penting juga siapa yang kita dampingi..
semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya..amin..
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali... ini semua pengajaran dan pengalaman untuk kita terus maje kehadapan :)
Ayue Rejaluddin berkata…
Allah temukan kita dengan orang yang salah supaya kita belajar dari kesilapan......
=D
Insyaallah dia dah tentukan yang terbaik buat kita.....
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah- mudahan :) sama2 kita baiki diri
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) Allah maha mengetahui :)
Kak iman berkata…
pssttttt...BK setuju sgt2. BK sllu ingtkan diri BK , kalau ada dugaan dtg BK akan ckp ni mesti ALLAH rindu BK nak berdoa padaNYA, BK lalai denganNYA sebab 2 DIA menurunkan pelbagai ujian untuk BK..thumbs up acik
setuju dengan entry ni...setiap apa yang Allah rancangkan itu bersebab... bukan suka2 jer...
Akupenghibur.com berkata…
Kita saling ingt nengingati
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu allah rancang terbaik untuk kita
Unknown berkata…
setiap yg berlaku ada hikmahnya...cuma kita kena kuat kan hati terima dugaan Allah... ada yg lebih baik untuk kita di luar sana...ataupun mungkin Allah nak bagi petanda kita masih belum bersedia untuk sesuatu itu...ataupun kita semakin lupa pada Allah...wallahualam
Sayidah Napisah berkata…
everything happens must be a reason insyaAllah..lambat atau cepat je kitanampak hikmah tersebut. btw,acik pernah dikecewakan ke?? hehhe :)
Unknown berkata…
Kekecewaan tu pun merupakan salah 1 bentuk ujian yg Allah bg utk kita, supaya kita kembali kpdNya...disebalik kekecewaan tu pasti akan ada kebahagiaan, igt semua yg jadi ada hikmahnya, kan acik :)
BinMuhammad berkata…
Salam,
Gambar tu menarik! Tepat dan jelas!
Gambar sendiri shot ke?

Masa gembira kita sering lupa Allah, bila kecewa barulah teringat padaNya. Itu tanda Allah sayangkan kita...Dia tidak mahu kita terleka dan lalai dari mengingatinya. Bersyukurlah.
Unknown berkata…
Allah hantar orang kecewakan kita biar kita beringat dengan Allah. Balik kepada Allah. Subhanallah..
Unknown berkata…
Tak mungkin kita mencapai kebahagiaan tak pernah kecewa kan...yang paling penting jangan pernah mengeluh dengan ujian Allah...apatah lagi menindak...kalau itu memang qada & qadarNYA...relakan dengan keikhlasan dihati...insyaAllah pasti DIA bagi keindahan utk kita :)....
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ...kita serahkan semua pada ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
betul tu..mestilah pernah .di tinggal oleh si dia
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..pastinya semua ada hikmah secara tersembunyi mahupoon nyata
Akupenghibur.com berkata…
BM ehhh x de la gambar google :)

suka ayat nie >> Masa gembira kita sering lupa Allah, bila kecewa barulah teringat padaNya. Itu tanda Allah sayangkan kita...Dia tidak mahu kita terleka dan lalai dari mengingatinya. Bersyukurlah.
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali.. biar kita ingat ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..wahh hebat berkata2
Unknown berkata…
Ayat kredit A je tu..hahaha...makseh :)
nabila biela berkata…
sedih...hurmm..=(..hkikatnya..ucapan tuh lebih sng dr perbuatan kan?huhuhu
Tanpa Nama berkata…
kita akan jumpa orang yg salah dulu. dari situ kita belajar. kekecewaan mengajar kita dimasa hadapan. :)
Unknown berkata…
setiap benda yg kita rasa tak best pasti ada hikmahnya...kalau kecewa bercinta tu tandanya yg pasangan tu bukan jodoh kita....setuju dgn bro, mungkin Allah nak test samada kita terlalu taksub dengan "cinta lelaki perempuan" atau tidak...
Izzat Eshak berkata…
Pasti ada hikmahnya
Salam perkenalan =)
Akupenghibur.com berkata…
mem ang pon yang alamI ITU LEBIH PERIT..TAPI ITU PENGALAMAN BERHARGA
Akupenghibur.com berkata…
tulah ..allah menguji kita untuk melihat cinta kita bagaimana
Akupenghibur.com berkata…
yuup :0 salam perkenalan :)
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... bila Allah uji kita , itu tandanya Dia sayang kat kita . Sesungguhnya Allah menguji kita sesuai dengan keimanan / kekuatan / kesanggupan kita ...
hazwan hairy berkata…
smpai skrg msih lagi single..myb belum bertemu dgn yg sesuai lps dikecewakan 2tahun lps..wahh..hahaha
Shida Radzuan berkata…
bro PM nama dan add ye ASAP..esok nk pos dah..
lynmunir berkata…
Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hikmah itu pasti kita rasai bila telah dapat melewati waktu perit itu. 'Time is the best medicine for broken hearted.' Biarkan masa yang mengubat luka dihati :-)
Zaza Iman berkata…
berapa kali kenal org yg slh akhirnya btemu yg terbaik..alhamdulillah..tq sharing =)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam... benar sekali :) Allah itu sayang pada kita
Akupenghibur.com berkata…
x pe bro Allah akan temukan selayaknye untuk ko
Akupenghibur.com berkata…
wow suka ayat nie ..Time is the best medicine for broken hearted.'

Akupenghibur.com berkata…
hehehehehe alhamdulilah :)
Unknown berkata…
It's true...but at the end of the day, u'll find someone that really loves u...good sharing, bro! :)
Unknown berkata…
waaaahhh bgitu rupanya.. sangat bermafaat utk sy terima kasih... :)
Nory Zoulkefle berkata…
Allah hantar seseorang utk kecewakan kita sebab dia nak kita rasa disebalik kemnisan hidup, ade juga pahitnya...

memang mula2 kecewa jgak bila diri dikhianati, tapi bile dah jmpa pengganti yg jauh lbh baik, masa tu baru kita bersyukur dan terima kekecewaan yg lama tu..hehe
Cik karmila berkata…
saya suka entry awak,,,,rase t0uching sangat bila baca entry yg nie,,,apalaha ada pada cinta manusia jika tanpa kehadiran cinta ALLAH,,
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..wahhh cm base true story saje
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ada juga suka entry nie
Nur Nainis berkata…
Betul..mungkin juga Allah nak suruh kita bercinta dengan Dia terlebih dahulu. Bila kita sedih kita kembali pada Allah, tapi bila kita gembira adakah kita ingat Allah..Allahuakbar, reflect pada diri saya juga. Carilah cinta yang sejati, ianya milik Pencipta yang hakiki.
iamHANIS berkata…
sangat bermakna.terimasss. :)
nurmisnan berkata…
Lama x jenguk sini.. gd sharing here
Cik Matahariku berkata…
tahniah, entri yang bernas, dan sudut pandang yang boleh dijadikan panduan semua muslim. harus berasa bersyukur dab bernasib baik kerana bkn kita yang jadi sebab org lain berasa kecewa, dan daripada rasa kecewa itu, kita belajar utk tidak menyakiti @ melukakan insan lain..salam perkenalan..:)-
Aimacomel berkata…
Terbaik dr acik.. Betul tu. Elok pd pandangan kita xsemestinya baik pd pandangan Allah kan. Yg kelihatan buruk pada mata kita mungkin itu yg terbaik pd tuhan Maha Pencipta..
Yg manis jgn la terus ditelan. Yg pahit jgn terus dibuang. Kekecewaan itu yg akan mendewasakan kita supaya kita perbaiki diri dan hidup kita. Dia mahu kita terus dekat kepadaNya..
Nice sharing acik. Tahniah kerana membuka minda ku hari ni :)
NuissMa berkata…
bercinta berpada-pada.. :)
Syera berkata…
selalu jd silent reader je. la ni bru nk komen ;)

terbaik entry ni acik.

mmg b'guna sgt tuk org mcm sye yg tgh dlm proses ubat hati ni. komen2 pun best, bole dijadikn panduan.

dulu selalu dgr kekecewaan org lain je. skg dh t'kena diri sndiri, mmg sakit sgt rsenye. mood sume dh ke laut. tp skg sye dh redha dia bkn jodoh sye. and sye yakin allah dh sdiakan yg terbaik tuk sye. insyaallah :))
Unknown berkata…
nice sharing admin..
kekadang kita ni cpt sgt mgeluh bila kecewa.
dah xfikir hikmat dsebalik sesuatu tu
Winternaa berkata…
entry ni membuatkan saya menangis secara tiba-tiba
Dn's Gemilang berkata…
InshaAllah pasti ada hikmahnya
Unknown berkata…
As salam, macamna boleh dgr lagu? kat mana nak klik yer? hehe..citer ni da 3 tahun lepas, tp sy baru nak baca harini..
Akupenghibur.com berkata…
lagunya dah x de .. dulu ada 😊
Unknown berkata…
Selalu mendoakan Allah akn kembalikn dia kpd saya dan mulakan hidup baru dengan brpgg teguh pada agama Allah.
Unknown berkata…
Semua saya buat selepas dia pergi..lupakan dia,move on, senyum kembali, teruskan kerjaya saya, dekat dgn keluarga, cuma satu saja yg saya tak boleh buat.. rindu! Saya xboleh buang rindu saya. Saya akan simpan dalam ingatan bahawa dia pernah jadi kawan baik saya suatu masa dahulu..
Unknown berkata…
Semua saya buat selepas dia pergi..lupakan dia,move on, senyum kembali, teruskan kerjaya saya, dekat dgn keluarga, cuma satu saja yg saya tak boleh buat.. rindu! Saya xboleh buang rindu saya. Saya akan simpan dalam ingatan bahawa dia pernah jadi kawan baik saya suatu masa dahulu..