Pengikut

Rabu, 19 Ogos 2015

Lelaki Saman Isteri Kerana Keterlaluan Bersolek ?


Assalamualaikum

Tergelak pula melihat apa yang di postkan blogger ben ashaari berkaitan dengan suami saman kerana isterinya keterlaluan bersolek. Inilah sekali menjadi persoalan , kamu mencintai seseorang kerana apakah , adakah kerana kecantikan dia semata ?

Inilah kenyataan sebenar bahawa kita akan menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak.

Bila cantik menjadi pujian ramai,
Bila biasa tak ramai nak dekat.

Sebab itu ramai orang sekarang berlumba-lumba untuk jadi cantik dengan apa juga cara.Sanggup melakukan pembedahan plastik dan buat suntikan.

Ianya demi kepuasan diri, agar diri di puji dan menjadi tumpuan ramai.

Make up tidak salah tapi berpada, jangan keterlaluan sehingga mampu menipu mata yang memandang. Bersederhanalah dalam make up dan apa jua kita lakukan.

Biarlah orang menerima kita seadanya .Belajarlah menerima kekurangan seseorang itu sebagaimana kita juga insan yang tak besempurna.

Ingatlah bahawa Allah tidak pandang rupa paras kita tetapi hati kita.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Manusia hanya dapat memandang sesuatu secara zahir (nyata) saja tidak dapat menembus apa yang ada dalam hati, maka manusia sering kali tertipu dengan penampilan atau gambaran luaran yang sebenarnya menurut pandangan Allah adalah berlainan. Niat dan prasangka (zan) yang menjadi penilaian Allah SWT dalam menilai baik dan buruknya manusia.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Amal itu hanya tergantung dengan niat " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Andai kau mencintai manusia kerana rupa.Bagaimana agak nya kau mencintai tuhan yang tak berupa?

Share This!


13 ulasan:

  1. ok, ni kelakar... tapi gila jauh beza muka sebelum dan selepas solek... horror!

    BalasPadam
  2. erk..biar betulll..colour kulit beza benar...haahha

    BalasPadam
  3. Hehehe. Agak kelakar... Tp betul la tu...make up pun berpada-pada la...

    BalasPadam
  4. Hmm sukar nak digambarkan..memang time tu memilih paras rupa saja kot..lepas tu bila tengok realiti lain memang akan mengamuk la

    BalasPadam
  5. hmm yg isteri makeup keterlaluan, yg suami keterlaluan memilih rupa. Sedih...

    BalasPadam
  6. hmm nak bersolek cantik pun salah ker siap saman menyaman lagi...xsehati sejiwa ni...

    BalasPadam
  7. berbeza betul rupa bila dah bersolek.. kne pakai make up je la kat rumah kalau macam tu..

    BalasPadam
  8. boleh pulak cam tu.. cinta hanya pada wajah buat pe..isyy

    BalasPadam
  9. Kalau sukakan orang kerana kecantikan, kecantikan itu tak akan kekal. Tapi yang ni, baru sehari kawen dah saman isteri sebab isteri tak lawa macam masa mekap. Nampak nau tak ikhlas. Tak worth pun orang mcm tu T_T

    BalasPadam
  10. tapi macam tak logik.. takkan time dating x pernah di timpa hujan ke... hahah

    this is why u need to bring your gf for swimming..

    BalasPadam
  11. parah! berpada2lah dalam bersolek..huhuhuhu

    BalasPadam
  12. kalau saya di tempat pompuan tu, tak rasa sedih pun. rasa lega.hahaha..lelaki macam tu, tak dapat pun takpe. nampak sangat memilih rupa.

    BalasPadam
  13. makeup tebal sampai menhancurkan muka..haishh..baik mekap nipis atau natural je

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails