Assalamualaikum

Hujung-hujung tahun ini semestinya isu hangat di perkatakan adalah soal perkahwinan. Pelbagai ragam dan adat yang berbeza di setiap negeri.

Kadangnya kita tidak di beritahu tentang hal tersebut sehingga menjadi "panas" semasa majlis di lansungkan.

Untuk lelaki yang kawin dengan gadis johor perlu ambil tahu tentang hal ini.

Pertama : Di johor untuk bersanding tentu sekali banyak halangan iaitu tol. Ada sampai 4 tol kena hadapi seperti 
Tol 1 masuk halaman rumah
Tol 2 kaum lelaki ada laluannya
Tol 3 di tangga 
Tol 4 di atas pelamin dengan mak andam RM 80.

Ianya bukan niat menyusahkan tetapi biasanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Penjaga tol biasanya ahli keluarga dan nilai duit tol itu seikhlas hati.

Kedua : Selepas majlis biasanya pengantin lelaki kena basuh periuk-periuk bekas masakan. Aktiviti ini di lakukan bersama bapa mertua dan adik beradik lelaki. 

Ketiga : Mesti ada berzanji dan karoke 

Di majlis perkahwinan biasa di belah pagi mesti ada berzanji dan petangnya nyanyian dan hidangan halwa telingga nyanyian dari warga kampung mahupun sanak saudara.

Ahh 3 dulu acik sertakan, bila ada lagi acik akan tambah. Kalau kamu ada pengalaman kawin dengan orang Johor , boleh kongsikan.