Assalamualaikum

Acik :Bang ikan kembong berapa sekilo ?
Peniaga : Murah je sekilo RM 16 je

Fuh terkejut tengok harga, kebanyakan peniaga tak mahu letakkan harga di sesetengah jenis ikan.

Sempat juga berbual dengan peniaga, kebanyakan mereka orang letak harga tinggi dek kerana harga pasaran semasa.

Aku hanya menangguk sahaja, yelah biasanya ikan kembong jenis sedang sekilo RM 10 itu pun dah kira mahal.Jadi sajelah kemaskini status di facebook berkaitan kenaikan harga ikan. Rata-rata yang komen memang harga ikan naik terlalu tinggi.

Ada yang kata di tempat mereka harga lebih tingga sehingga RM 19 ? 



What !! 

Ya Allah kami nak makan apa ? Harga kebanyakan barangan naik tinggi lagilah kami di luar kawasan bandar.

Bawa RM 50 sekejap je habis dengan 3 barangan. Bukan merungut tapi inilah realitinya.