Pengikut

Ahad, 27 Mac 2016

Biarlah Kuala Lumpur Ini Bersalji Pasti Aku Bertaubat



Assalamualaikum

Di sebalik kehidupan seseorang itu tersembunyi seribu satu cerita yang jarang di perdendangkan kepada semua. Hanya senyuman dan kejayaan yang di tunjukkan di sebalik itu banyak air mata yang telah di singkapkan. Kisah Ini telah 5 tahun dalam draft dan di paparkan kepada pembaca blog ini, Hidayah Allah itu akan di dapatkan kepada yang benar-benar mencarinya.

Teringat kisah zaman di politeknik dahulu, di situ mula kisah hidupku dan teman seperjuangan ku mencari apa erti hidup. Di situ terletak pelbagai ujian kerana segala nikmat di dunia terhidang tiada lagi kawalan ibu bapa dan aku bebas ingin lakukan apa sahaja. 

Disember 2011 : 

Aku tidak lepas peluang untuk lakukan apa sahaja yang aku suka, tetapi entahlah aku bukan jenis mengikut membuta tuli aku cuma nak tahu apa "keseronokan" di sebalik segala itu. Pernah satu malam nekad dari Melaka kami ke Kuala Lumpur untuk merasa malam Tahun Baru sebagai remaja yang inginkan kebebasan. Tidur di depan KLCC menaiki moneral berkali-kali kerana tertidur di situ, tidur di kaki lima berjalan kemana sahaja mengikut aluan angin.

Menyusuri lorong-lorong gelap yang di katakan "syurga remaja" seusiaku, aku bertemu dengan seseorang perempuan berusia lingkungan 16 tahun. Terdetik hati untuk mendekatinya, pertemuan pertama kali dia tak mahu berbicara denganku.

Malam seterusnya kerana perasaan ingin tahu aku bertemu dengannya,

Hi Cik, kenal saya lagi, saya yang semalam.

Aku sedang kerja jangan gangu aku , katanya

Aku tetap tidak berganjak di tepinya, dan aku hulurkan sedikit duit.

Nah ini ada Rm 50 boleh kita berbual seketika ? 

Lama dia memikirkan tawaranku dan dia mengambilnya dan dia berkata : 

Ok , 15 minit aje , kau boleh tanya apa sahaja yang kau suka.Nama aku Sue !

Acik : Kenapa kerja sini, macam mana boleh kerja sini ? 
Sue : Aku kerja sini mak ayah aku paksa, demi duit apa kerja aku buat.
Acik : Tak cuba kerja lain ? 
Sue : Kenapa kerja sini kau anggap kotor ke ? 
Acik : Bukan gitu, tapi awak boleh dapat kerja yang lebih baik.
Sue : Aku dah cuba tapi kerja ini je aku mampu buat.

Acik : Tak takut Allah marah ? 
Sue : (lama dia membisu) erm aku tiada pilihan.
Acik : Hidup kita ada pilihan, cuma awak nak atau tak je.
Sue : Dan aku pilih jalan ini, Jika aku nak berubah Biarlah Kuala Lumpur Ini bersalji pasti aku bertaubat . Dah masa kau dah habis aku nak terus buat kerja.

Hari ketiga aku masih memerhati dia dari jauh, entah mengapa aku rasa aku perlu bantu dia.Hari ini aku akan balik ke Melaka.

Semasa cuti sem, aku kembali lagi ke tempat itu untuk melihatnya lagi, tapi malangnya dia telah di pindahkan ke tempat baru.Tapi malam itu penungguan aku tak sia-sia dia datang ke situ untuk melepak dengan rakannya.

Aku mendekatinya :

Sue : Kau nak apa lagi dari aku ?
Acik : Awak ada hutang 10 minit lagi dari saya,

Sue : Kau menyusahkan aku cepat, aku bayar 10 minit kau nie,

Acik : Kenapa sue lari dari saya ? 
Sue : aku takut dengan orang yang cakap pasal agama macam kau tapi padahal ada niat lain.
Acik : Tiada niat apa sue, saya cuba nak tanya kalau Kuala Lumpur turun salji betul , apakah Sue akan buat apa yang Sue katakan tu ? 
Sue : aku akan buat , haha sebab aku tahu mustahil
Acik : Apa yang Sue nakkan dalam hidup ini ? 
Sue : aku nak keluarga bahagia, aku nak lari dari kehidupan hitam nie.Tapi aku tak boleh aku dah terikat.Aku nak rasa bahagia, aku nak kehidupan macam orang lain. Tapi itu hanya mimpi bagiku!

Aku terdiam kerana melihat dia menangis membuatkan aku buntu , tapi dalam masa yang sama aku meminta seorang sahabat sukarelawan di Kawasan Chowkit untuk memantau keadaan semasa Sue tersebut.

June 2015 : Kisah di atas pernah aku taip semasa aku di politeknik dahulu, Aku dapat tahu  Sue telah di tangkap kerana terlibat dalam kegiatan dadah. Di dalam sana mungkin hal terbaik untuknya mencari Jalan Kebenaran yang selama ini di cari. Tetapi aku agak terkilan kerana aku tidak dapat melawat Sue sekarang ini tidak tahu di penjara mana Sue di Tahan.

August 2015 : Alhamdulilah aku dah dapat tahu di mana keberadaan Sue, Pegawai Penjara itu berjanji akan salurkan maklumat tentang Sue kepada aku. InshaALLAH aku akan bantu Sue maksimum aku boleh. Aku anggap dia seperti adikku sendiri dan aku harus bantu. 

March 2016 : Hampir 5 tahun kisah yang aku pernah draft kan tersimpan rapi di blog ini. Alhamdulilah Sue sudah bertemu dengan apa yang di ingini untuk dekat kepada Allah dan kini dia telah berkahwin dengan pegawai penjara yang selalu memberi maklumat kepada aku tentang Sue. Akhirnya Salji Itu turun dapat bentuk hidayah kepada Sue. Jika Dia berkehendak tiada sesuatu yang mustahil terjadi. Allahukabar.


Share This!


5 ulasan:

At-Tarmizi berkata...

syukur kepada Allah...akhirnya selamat jua =)

paridah berkata...

Allah hu akbar...hidayah Allah telah dianugerahkkan kpd sue laksana salju yg turun di hatinya. syukur alhamdulillah.

Linda berkata...

Alhamdulillah...rupanya turun juga salji itu :)

Nina Mirza berkata...

Alhamdulillah... Semoga mimpi Sue untuk punya keluarga yg bahagia terus menjadi realiti.

Nina Mirza berkata...

Alhamdulillah... Semoga mimpi Sue untuk punya keluarga yg bahagia terus menjadi realiti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails