Pengikut

Rabu, 11 Mei 2016

Kes Kanak-Kanak Lemas Dalam Baldi & Besen Semakin Membimbangkan

ehsan google

Assalamualaikum

Di dada-dada akhbar telah memaparkan kes-kes melibatkan kanak-kanak yang lemas di rumah. Apa yang di maksudkan adalah akibat lemas di baldi mahupun di besen.Kebiasannya akibat terjatuh tergelincir di dalam bilik air.

Kanak-kanak lingkungan 1 tahun ke atas perlu di awasi dengan sebaik mungkin. Saat ini perasaan bermain itu sangat tinggi dan tentu sekali mereka tak boleh berfikir sama ada pekara itu bahaya atau tidak.

Jadi ibu bapa atau penjaga perlu ambil peduli tentang beberapa pekara. Antaranya :

Pertama : Sentiasa tutup pintu bilik air

Kebiasannya tumpuan mereka pasti bilik air. Air sangat sinonim dengan kanak-kanakkerana air itu sejuk dan memang anak- anak suka main air.Jadi mereka tahu di mana tempat mereka untuk bermain. Pastikan selalu tutup pintu bilik air tersebut.


Kedua : Pastikan baldi dan besen tidak di penuhi air.

Biasalah kita akan tadah air untuk kegunaan kita lagi-lagi sekarang terdapat catuan air. Tetapi bagi mereka ada anak kecil maka elakkan. Terbalikkan baldi dan besen tersebut. 

Ketiga : Jangan terlalu leka bermain laman sosial.

Kadang bila duk santai, kita nak juga bermain facebook, layan whatsapp .Tak salah tetapi yang salah bila berjam-jam duk bermain. Bila sedar anak dah tak ada, cari tak jumpa sekali tengok di bilik air. Allahurabbi.

Keempat : Awasi gerak geri mereka.

Kanak-kanak ini bermain berpisah tiada. Kadang ada saje plan mereka. Lagi ada geng dengan abang, adik mengikut sahaja. Kadang banyak pekara tak di duga. Maka awasi mereka !!.

Kelima : Pastikan keadaan bilik selamat.

Pastikan lantai tidak licin, pencuci tandas di simpan di tempat yang selamat.

Nauzubillah , janganlah terjadi pekara-pekara yang tidak di ingin pada anak-anak kita. Jadi utamakan keselamatan dan awasi anak-anak. 

Share This!


5 ulasan:

  1. minta dijauhkan dr anak2 kita..jangan terlalu leka

    BalasPadam
  2. uisss.. mintak dijauhkan semua ni...

    BalasPadam
  3. Kanak-kanak memang perlu kita pantau setiap pergerakan mereka. Tidak boleh alpa. Macam-macam boleh jadi.

    BalasPadam
  4. seriau nak baca kes cam gini...seram

    BalasPadam
  5. tu yang risau..apa-apa pun nad sellau pantau fariza ni..sampaila dia besar

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails