Pengikut

Rabu, 1 Jun 2016

Permudahkanlah Urusan Mereka Yang Ingin Berkahwin



Assalamualaikum

Alhamdulilah semua urusan hujrah untuk ptptn telah selesai. Lega betul. Tiba-tiba ada yang tepuk di belakang. Acikkan ?


Kenal lagi tak ?

Ermm aku puas aku cuba cam muka dia.

Nie Sham ler, junior di poli dulu, ala acik jaga kami di MSK.

Ya Allah dah lain muka, tak cam. 

Haha kenapa dah kuruskan haha, lama tak jumpa jomlah duk bebual kejap. Aku belanja.

Banyak pekara yang kami bahaskan, tetiba bila berbicara soal jodoh. Acik bila nak kawin ? Dah patut kawin nie.

Haha aku hanya mampu ketawa, hari sabtu nanti tapi tahun tak tahu bila. Nak pergi rumah pengantin sesatlah pulak. Kau bila pula Sham ?

Terdiam dia seketika, aku dalam perancangan acik, tapi ada masalah besar.


Masalah besar, masalah apa itu sham ? kataku kepada dia.

Pihak perempuan minta hantaran tinggilah acik, nak buat majlis di dewan. Nak grand,tapi aku tak mampu. Dia minta hantaran Rm 15 000.

Ermm ini kami masih bergaduh soal hantaran.

Dah bawa berbincang ? ku tanya padanya.

Dah acik, mak dia argue.Kata barang sekarang mahal dan setimpal harga semasa.

Fuh macam urusan jual beli pula, Sham kau kena jujur dengan mereka dan cakaplah ikut kemampuan kau. Bawa bincang dengan ayahnya sebab wali itu pada ayah bukan pada mak. Kehidupan selepas kawin lagi seksa sham. Nak mulakan hidup baru,kataku padanya.

Itulah acik, gaji aku seberapalah sangat, acik tahu aku dah 5 bulan diet, setiap hari makan telur untuk save, bukan cerita nak minta simpati tapi aku tak tahu nak cakap dengan siapa.Patut ke aku buat pinjaman peribadi ?

Sham, aku nasihatkan tak payah. Nanti lagi seksa dah kawin lepas itu menangung hutang.

Tetiba datang seorang wanita. Sham dah lama tunggu ?

Eh tak la, acik inilah tunang aku , Zati.

Aku hanya senyum saje. 

Zati menyampuk , " bincang apa nie, nampak serious"

Aku teruskan kata-kata" Soal kawin dan hantaran tinggi"

Terdiam Zati, dah dia terus memandang Sham.

Zati sayang Sham tak ?  Kataku pada Zati

Ermm mestilah sayang,,sahutnya.

Kalau sayang,saya nak minta tolong nie. Perkahwinan ini adalah kamu berdua perlu langsungkan. Jadi apa kata kalau korang berdua sama-sama kumpul duit untuk capaikan jumlah hantaran itu.

Nak tahu betapa susahya sama-sama. Sham kumpul, Zati pun kumpul. Baru fair baru tahu rasanya nanti.Duit yang di kumpul boleh guna selepas kawin.

Tapi itu bukan tanggungjawab lelaki ke ? , Sahut Zati.

Tanggungjawab lelaki adalah beri mas kawin atau mahar , hantaran itu pilihan atau hadiah. 

Terdiam Zati, dia cuma angguk 

Sambungku, korang akan hidup bersama, saling bantu membantulah. Bawa bincang lagi dan Zati pun kena yakinlah mak ayah, ikutlah kemampuan pihak lelaki. Tidaklah terlalu tinggi dan tak terlalu rendah.

Terdiam suasana, aku hanya mampu nasihat selebihnya itu mereka uruskan. Kepada mak ayah, tak salah nak grand jika mampu.Jika tidak sederhanalah . Mulut orang memang tak boleh tutup, tapi bila korang susah mereka tak bantu.


Share This!


8 ulasan:

  1. thanks acik.banyak pengajaran kat sini.

    BalasPadam
  2. cik nor sampai sekarang xjumpa lagi jodoh.. doakan cik nor cpt bertemu jdoh yer..:)

    BalasPadam
  3. DUDUK BERBINCANG DGN KEPALA DINGIN TENTU MSLH SEBESAR MANAPUN BOLEH DISELESAIKAN...KAHWIN CARA ISLAM LBH MUDAH BUKAN CARA ADAT MELAYU.

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang dah semakin pelik. Kadang-kadang jadi macam satu pertandingan pula. Pertandingan anak siapa yang dapat hantaran paling tinggi.
    Mula- mula En Mat, beliau letak hantaran anak dia Rm12K sebab anak dara beliau kerja sebagai 'supervisor' di kilang elektronik. Pak Abu pun nak ikut En Mat juga. Sebab anak Pak Abu pun bukan calang- calang orang. Kerani di pejabat tanah. Mak Limah pulak nak 'up' sikit sebab anak dara dia kerja pula gomen juga macam anak Pak Abu, lagi besar jawatannya, iaitu Penolong Pegawai Tadbir, jadi kena 'up' sikit dari anak En Mat dan Pak Abu. Kurang-kurang RM15K.
    Pihak lelaki yang mati kutu... Aduss...!

    BalasPadam
  5. memang sekarang ni semuanya mahal belaka..
    zaman akak dulu rm5000 jer hihi

    BalasPadam
  6. insyaallah semuanya akan dipermudahkan

    BalasPadam
  7. zmn skg berlumba2 nak tgi kan hantaran, itu blm nmpk lg dkt daerah tmpt tgl sha...fuhh..siap kira tiang rumah..hihi..dan sha sndiri ada pngalaman sebijik cmni..huhu..kata mama, apa kata org :(sampai ke tua xkhwin acik oooi..

    BalasPadam
  8. Greetings admin
    I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu. I hope others can feel the same benefits as me I will wait for your next article updates. Thank you for sharing

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails