Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah Hantar Wanita Sebagai Pendorong Perubahan KeranaNya




Assalamualaikum

Pagi-pagi ini teringat pada seorang rakan. Dulu mesti dia datang bilik " acik jangan lupa kejut aku subuh tau ". Itulah setiap hari ayat dia, tapi ya Allah nak kejut dia kemain liatnya nak bangun sampai kena simbah air kat muka baru nak bangun.Tiap-tiap hari macam tu, kadang saje piat telingga dia.

Lepas solat tu, aku cuba hampirinya. Man aku nak tanya sikit kau jangan marah eh, apa specialnya subuh nie ? setiap hari suruh kejutkan kau.

Sebenarnya, pertunangan kami di uji dan aku baru putus dengan zubaidah dia kata aku tak boleh jadi imam yang baik untuk dia. Subuh mesti aku tak boleh bangun. Kalau aku tak boleh nak jaga solat macam mane aku nak jaga keluarga aku nanti ? anak-anak aku nanti? 

Pekara remeh ini selalu aku abaikan, kalau dulu aku suka pekara lagha biarlah sekarang ini aku berubah sedikit demi sedikit. Aku nak baiki diri aku, memang pada mulanya aku lakukan kerana dia tetapi lama-lama aku sedar seharusnya aku lakukan kerana Allah.

Hebatkan cinta seorang wanita mampu mengubah seseorang. Patutlah ada orang kata wanita mampu mengoncang dunia. 

Alhamdulilah aku nampak perubahannya. Dulunya kemain liat nak subuh sekarang tak perlu acik kejutkan lagi. Alhamdulilah kini dia telah temui cinta sejatinya, wanita yang mengubah hidupnya.

Acik selalu doakan semoga mereka bersama hingga akhir hayat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah.

Hebatnya perancangan Allah, Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kadang di uji sedikit soal perasaan untuk kita sedari kesilapan kita dan untuk kita baiki  diri. Setiap hari acik sentiasa muhasabah diri ini yang banyak kekurangan. Semoga hari ini lebih baik dari esok. Mari kita lakukan perubahan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
PERLU ADA KEKUATAN UNTUK MENGUBAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN...INSYAALLAH.
nurmisnan berkata…
Tiada yg mustahilkan. Biarpun samseng keras mcm taik minyak pun.. kalau Allah kata jadi makan jadilah dia dengn lebih baik. Itu semua kuasa Allah