Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum

Bila mak sibuk kata teringin itu mesti biasa dia nak. Mak jarang minta-minta tapi kalau dia sebut pasti dah lama nak. Mak teringin bulan puasa ini makan Ayam goreng berempah. Senang sahaja rupanya tetapi acik memilih ayam goreng itu di taburi rempah yang di goreng sedap betul !.

Haha tapi acik masak semalam special untuk mak. Meh acik kongsi resepi dengan kamu.

Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah Dan Sedap.

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili 
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit jintan manis

bahan-bahan kisar :

  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman atau juga untuk beberapa jam.
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.


Senang bukan ?

Perempuan atau lelaki tak pandai masak pun tak boleh buat. Haha cubalah. Maaflah kalau gambarnya kurang cantik. Janji kenyang. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

paridah berkata…
SEDAPNYA AYAM BEREMPAH ACIK..PANDAI MASAK NI..
Que Achmad berkata…
subhanallah, nmpak sedap. InsyaAllah abe akn cuba buat
sohoque berkata…
Fuuuh nampak pun dah sedap tu
Izzati Suhaide berkata…
perghhh..nampak sedap..nanti nak try buat..tq acik..
nora razalli berkata…
WAAAA...JADI AYAM REMPAH DIA ..NNTI2 BOLEH TRY BUAT PLAK NI
Suria Amanda berkata…
sedapnyaaa..pandai acik masak rupanya..
jie susanos berkata…
nmpak mcm mdah jer buat..tapi xtau jadi ke tak klu aku buat..kihkih.
Akupenghibur.com berkata…
boleh la kak ..belajar sikit2
Akupenghibur.com berkata…
cubalah inshaAllah jadi
Akupenghibur.com berkata…
boleh la kak..masakan simple
Akupenghibur.com berkata…
wahh 😊😊 nanti share gambar