Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita Berhak Memilih Bakal Imamnya, Lelaki Yang Baik Padanya



gambar hiasan

Assalamualaikum

Ketika kau menemui cintamu,
kembalilah bertaut pada tuhanmu,
istikarahlah minta pentunjukNya,
Jangan terikut kata minda dan emosi,
Kelak merana hati yang merindui.

Seorang wanita berhak memilih bakal imamnya, lelaki yang baik padaNya.Untuk memimpin ke Jalan mencari keredhaan Ilahi. 

Ianya suatu pilihan yang akan di lakukan oleh seorang wanita itu. Pada acik tidak ada istilah perigi cari timba. Andai niat baik, inshaAllah di permudahkan oleh Allah.

Tetapi batas adat membuatkan hal ini menjadi satu stigma dalam masyarakat.Dalam adat kita lelaki yang mencari wanita untuk di pinang dan di kahwini. Itu satu kebiasaannya.



Sirah Nabi Muhammad saw telah di buktikan apabila Siti Khadijah Melamar Rasullulah.

”Dari Tsabit, ia berkata, ”Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang anak perempuannya. Lalu Anas berkata, ”datanglah seorang perempuan kepada Nabi SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada beliau, kemudian perempuan itu berkata, ”Wahai Rasulullah maukah tuan mengambil diriku? Kemudian anak perempuan Anas menyeletuk, ”Betapa tidak malunya perempu itu!” Lalu Anas menjawab, ”Perempuan itu lebih baik daripada kamu”.Ia menginginkan rasulullah, kerana itu ia menawarkan dirinya kepada beliau”. (HR. Ibnu Majah). 

Hal ini menunjukkan betapa hukum Islam sangat menjunjung tinggi hak wanita. Mereka tidak hanya berhak dilamar tetapi juga memiliki hak untuk melamar lelaki yang disukainya.

Lalu pada hari yang lain Abu Thalib bersama anak kemenakannya (Muhammad s.a.w.) pergi menemui bapa saudara Khadijah bernama Amr bin Al-Asad karena ayah Khadijah saat itu telah wafat. Kedatangan Abu Thalib adalah untuk memperbincangkan keinginan Khadijah terhadap peribadi Nabi. Oleh Amer bin Al-Asad diterima dengan baik dan ia tidak keberatan dengan perjodohan antara Khadijah dengan Muhammad, asalkan kedua belah pihak sama-sama cinta. Dan telah terpandang di kalangan kota Mekah bahwa keduanya telah bertemu (sepadan) kebangsawanannya. (Kelengkapan Tarikh Juz 1 Hal 104)
Dari uraian sejarah di atas dapat kita lihat bahawa kedatangan Nafisah binti Munabih mengutarakan keinginan Khadijah dapat saja dianggap sebagai melamar / meminang Nabi Muhammad s.a.w. (waktu itu belum menjadi Nabi). Namun secara adat dan kelaziman lelakilah yang melamar wanita. Oleh kerananya proses lamaran ini diperkuat lagi atau secara resmi dilakukan oleh Abu Thalib kepada Bapa Saudara Khadijah bernama Amr bin Asad. Maka inilah lamaran yang lebih resmi. Sehingga dapat disimpulkan bahwa secara resminya, tetap pihak Keluarga Nabi Muhammad s.a.w. lah yang datang melamar Khadijah r.ah.
Dalam hal yang di bincangkan ini bermakna si wanita menyatakan hasratnya selebih di bincang mengikut kesesuai adat kita.

Ada seorang sahabat kata " kalau kita tak cepat bertindak nanti perempuan lain sudah ambil lelaki pilihan kita"

Dalam pencarian tersebut seorang wanita atau perempuan itu mestilah menjaga adabnya. Tidak terlalu melunakkan suaranya dan melentukkan badannya untuk menawan hati lelaki pujaan.

Mesti jaga adab dan pergaulan agar tidak menjadi fitnah.

Paling penting selalu berdoa dan minta petunjuk dari Allah. Andai ada jodoh pasti bersatu.

Apa pandangan kamu ?


Catat Ulasan

6 Ulasan

paridah berkata…
Wanita juga berhak menentukan jodoh pilihannya perlu bina keyakinan diri.
Unknown berkata…
masing-masing berhak :)
Izzati Suhaide berkata…
dulu kawan2 salu jugak kata kite ni memilih padahal ada sebab kenapa kite memilih...nice sharring acik.. :)
Reena Sidek berkata…
yup.. tak salah perempuan memilih.. andai lelaki yang menjadi pilihan mampu mendidik di dunia dan membawa ke syurga.. Andai lelaki mahu memilih bakal isteri solehah.. yang wanita pasti juga mahu memilih bakal suami yang soleh dan budiman..
jie susanos berkata…
Huhu..smoga org prempuan jgn malu dgn apa yg di inginkan..lebih2 lg soal jodoh..