Pengikut

Jumaat, 26 Ogos 2016

Cintamu Semakin Terasa Hambar Kerana Semuanya Sudah Diketahui



Assalamualaikum

Setiap orang mempunyai perasaan untuk memiliki dan di miliki. Perasaan itu sukar di elakkan dengan kewujudan teknologi dan laman sosial membuatkan mereka giat mencari cinta.

Masa bercinta, kau kejar dia sepenuh hatimu. Kau jaga dia bagaikan minyak yang penuh. Segalanya kau berikan mengikut kemahuannya. Tiada rahsia antara kamu, semua pekara di khabarkan. Kau mendesak untuk segera menikahi dia pujaan hati kau. 

Biar beribu halangan melanda, cinta kau tetap teguh hanya untuk dia. Biarlah ibu bapa melarang kau ugut untuk kawin lari.

Usia mudamu tidak kau hiraukan demi dapatkan dia yang kau impikan. Hati lara ibu bapa hanya Allah yang tahu, kau tetap mendesak. 

Maka kawinlah kau dengan dia kekasih hatimu. Pada mulanya perkahwinanmu begitu indah, senyum tawamu bertebaran menandakan kemenanganmu.

Lama-lama kau rasa bosan tengok dia. Semua pekara tentang dia sudah kau tahu. Tiada lagi kata manis dan kejutan seperti dulu.Malah kau lihat ada lagi perempuan jauh lebih baik dan cantik dari isterimu.

Hari-harimu kau kerahkan tenaga mencari sesuap nasi. Tapi bila pulang leteran bergema, cemburu berleluasa. Ego mudamu gelora, maka amarah bertepiran.

Cintamu semakin akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka.Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian.




Ketahuilah wahai sahabatku, perkahwinan itu penuh tanggungjawab. Perlu persiapi diri dengan ilmu rumah tangga lagi-lagi lelaki. Kerana kita ketua keluarga, tanggungjawab kita besar untuk memimpin keluarga kita.

Lengkapi diri kita dengan persiapan fizikal , mental dan material.

Paling penting, dalamilah tentang ilmu agama, kukuhkan dulu asasnya.Kawin muda ini perlu ada ilmu.

Kenapa orang dulu boleh bertahan kawin muda ?

Kerana mereka dari kecil sudah di bertanggungjawab soal kehidupan dan berdikari.

Anak-anak sekarang ?

Terlalu manja dan harapkan ibu bapa. 

Jika benar kamu sudah sedia, maka buktilah kamu benar sudah bersedia. 

Jangan kita jadi duda dan janda masa muda. 

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails