Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Mengelakkan Di Timpa Musibah



Assalamualaikum 

Allahurabbi , zaman moden kini muncul juga penyakit-penyakit baru seperti yang melanda di Malaysia iaitu Zika. Dan penyakit bahaya seperti denggi, H1N1 dan banyak lagi.

 

Sememangnya ianya amat membimbangkan kita, tetapi teringat ustaz ebit lew pernah berkongsi dengan acik satu cerita yang sangat bermakna.

Doa yang harus kita amalkan untuk mengelakkan dari musibah.Dari Allah ujian itu datang ,dari Allah jugalah penyesaiannya.

Bagus juga amalkan untuk mengelakkan santau mahupun terkena dari buatan orang.

Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. 

Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut. Dalam hadis yang lain Nabi SAW ada mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita daripada kesusahan bala. maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu') 

 

Amalkanlah doa-doa tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW dan yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT daripada musibah, bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.

Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT INSYAALLAH..TKSH
arzmoha berkata…
semoga kita terhindar dari penyakit bala ini