Setiap tahun pasti aku akan tertunggu iklan-iklan Petronas.Kali ini Iklan Deepavali Petronas 2016. Memang tak mengecewakan dan beri kesan mendalam semperna Festival Cahaya.

Festival Cahaya ini lebih di kenali Dwali atau Deepavali. Mesti taukan? Dalam menyambut perayaan Deepavali,kita sebagai warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.

Baru-baru nie aku ada tonton iklan Deepavali Petronas 2016 seperti aku uar-uarkan. Ianya sangat mengubah persepsi aku dan jalan cerita sangat jelas dengan mesej yang ingin di sampai terutama soal prasangka.


akupenghibur iklan petronas Deepavali 2016

Dari first impresion lagi sudah di hidangkan lagi dengan tanggapan bahawa Muniandy dan rakannya seperti gangster

Membeli dan membawa peralatan seperti mahu lakukan jenayah. Gerak gerinya buatkan mata yang melihat itu gerun secara tak langsung menghukum dan labelkan bahawa mereka berbahaya !

Stigma negatif kita dalam masyarakat masih tebal, kita mudah menilai sesuatu mengikut padangan kita. Tetapi tahukah kita pekara sebenar ?

Itulah apa yang terjadi pada Muniandy dan rakannya.Penampilan dan gayanya di salah ertikan. Betul ke mereka ingin melakukan sesuatu yang berniat jahat ?


Korang kena tengok sendiri untuk tahu pekara yang sebenar Muniandy dan rakannya lakukan dan nilailah sendiri. Klik di bawah nie.


Kita seharusnya mengakis stigma tersebut ,rupa paras ,pemakaian dan cara seseorang itu tidaklah melambang  sepenuhnya sifat peribadi seseorang Itu. Itu hanya luaran, dan kita perlulah ambil masa untuk mengenali sebelum menghukum.

Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

akupenghibur iklan petronas Deepavali 2016

Akhir kata, who u are, where u came from, we are Malaysian. Seronok kita sambut pelbagai perayaan. Happy deepavali to my friends and to all celebrating Deepavali.